Saksikan supermoon pada 22 Julai 2013 malam ini

Hari ini 22 Julai 2013 genap 13 hari umat Islam berpuasa, dan bermakna malam ini adalah malam 14 haribulan mengikut kalendar lunar iaitu malam bulan mengambang penuh. Mengikut ahli astronomi, malam ini adalah agak istimewa kerana dijangkakan malam ini penduduk bumi dapat menyaksikan supermoon (bulan mengambang super) iaitu bulan mengambang penuh yang lebih besar dan lebih terang daripada biasa.

Umum mengetahui, setiap bulan, bulan akan mengambang atau bulan penuh tetapi kedudukan dan kecerahan bulan tidak sama setiap bulan. Secara puratanya, terdapat 4-6 supermoon atau bulan super setiap tahun.

Apa yang dimaksudkan dengan supermoon?

Supermoon atau Bulan mengambang super atau dikenali juga sebagai bulan perigee ialah bulan mengambang penuh yang kedudukannya mempunyai jarak yang paling dekat dengan bumi di orbitnya dan ia betul-betul bertentangan dengan matahari pada waktu siangnya.

supermoon

Secara amnya, supermoon mempunyai saiz bulan penuh yang kelihatan lebih besar kerana kedudukannya yang paling hampir dengan bumi. Supermoon juga kelihatan lebih cerah atau terang kerana ia mampu membiaskan cahaya matahari sepenuhnya pada kedudukan yang bertentangan.

Namun begitu, orang awam yang memandang bulan dengan mata kasar agak sukar untuk membezakan antara bulan penuh biasa dengan bulan penuh super (supermoon). Gambarajah di bawah ini menunjukkan perbezaannya.

Supermoon-size-difference-alec-jones-e1374418812126Sumber

Pada malam bulan mengambang super (supermoon) ini, ombak di laut yang berkait rapat dengan bulan mengambang pun akan lebih tinggi dan besar daripada biasa sehingga beberapa hari.

Pada tahun 2013 ini, supermoon juga terjadi pada bulam Mei, Jun dan Julai dan dijangkakan juga pada bulan Ogos nanti. Di Malaysia supermoon juga berlaku pada malam nisfu Syaaban yang lepas iaitu pada malam 23 Jun 2013.

Mari kita sama-sama saksikan bulan mengambang super (supermoon) malam nanti…. Subhanallah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: