Hadis ~ Pintu kebaikan

“Dari Muaz bin Jabal r.a., Nabi Muhammad bersabda: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan? Puasa adalah pelindung, sedekah memadamkan kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.” (HR al-Tirmizi dan Ahmad)

Advertisements

Today’s Quote

“If you can’t give any sugar then speaks sweetly.” ~ Indian Proverb

Doa Abu Zar al-Ghafiri

Doa Abu Zar al-Ghafiri:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu iman yang berkekalan. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu hati yang khusyuk. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keyakinan yang sebenar. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agama yang lurus. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan daripada setiap bala bencana. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan sepenuhnya. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan yang berkekalan. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu anugerah sentiasa bersyukur atas nikmat keselamatan. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu memadai dengan apa yang ada daripada mengharapkan bantuan manusia.” 

//

Today’s Quote

“If you live in the river, you should make friends with the crocodile.” ~ Indian Proverb

Minuman jus ajaib

Jus yang dianggap ajaib oleh pengamal perubatan herba Cina ialah jus yang diperbuat daripada campuran Epal, beetroot dan lobak merah dalam kuantiti yang sama banyak. Ia dikatakan jus ajaib kerana terdapat kombinasi khasiat pemakanan dan kesihatan daripada ketiga-tiga bahan tersebut yang menjadikannya sangat berkhasiat.

Di antara khasiat jus daripada ketiga-tiga campuran epal, beetroot dan lobak merah ini ialah:

* Epal – mengandungi vitamin A, B1, B2, B6, C, E dan K bersama dengan mineral seperti folate, zink, magnesium, potassium, fosforus, kalsium, sodium, dan zat besi (ferum).

* Beetroot – mengandungi  vitamin A, C, B-kompleks beserta mineral seperti zat besi (ferum), kuperum, magnesium dan potassium serta agen anti-penuaan. Beetroot juga dikenali sebagai bahan makanan yang membantu mencegah penyakit jantung, terutamanya penyakit kardiovaskular.

* Lobak merah – mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, C, E dan K bersama dengan niasin dan asid pantothenic serta mineral seperti  kalsium, magnesium, potassium dan selenium.

Jadi, jus campuran ketiga-tiga bahan makanan yang berkhasiat ini mampu menyediakan nutrien yang cukup untuk  menjaga kesihatan badan seharian.

minuman ajaib

Sumber

Hadis ~ Puasa sunat Syawal

“Dari Abu Ayub Al-Ansari r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia diikuti pula dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal, nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun.” (HR Muslim)

 

Today’s Quote

“If you think you’re too small to make a difference, you haven’t spent a night with a mosquito” ~ Indian Proverb

%d bloggers like this: