Today’s Quote

“Never stand in front of a judge or behind a donkey.”  ~  Indian proverb

Advertisements

Doa Rasulullah SAW selepas solat sunat fajar

Mafhumnya: ” Ya Allah, aku memohon rahmat-Mu yang dengan rahmat itu Engkau memberi petunjuk hatiku, mengumpulkan kembali urusanku, menggabungkan kembali apa yang terpisah dariku, memperbaiki batinku, mengangkat zahirku dengan amal soleh, membersihkan amalku, memberi ilham kepada hatiku, menolak fitnah yang menimpaku dan menjagaku dari segala keburukan.” ~ Riwayat Ibnu Abbas r.a.

Today’s Quote

“Fortune favours the bold.” ~ Italian proverb

 

Umur dan dosa

Abu Bakar al-Katani r.a. menceritakan bahawa ada seorang mengira sendiri kejahatannya. Pada suatu hari,  ia mengira tentang umurnya. Ia dapati umurnya enam puluh tahun. Ia mengira berapa hari umurnya itu, maka ia dapati umurnya sebanyak 21,240 hari. Tiba-tiba ia memekik sekuat-kuatnya lalu pengsan tanpa sedarkan diri. Apabila ia telah sedar maka ia berkata: “Alangkah ruginya, aku datang menemui Tuhan dengan membawa sebanyak 21,240 dosa. Ini pun jika aku melakukan satu dosa sahaja setiap hari. Bagaimana jika aku melakukan berbagai dosa yang tidak terkira setiap hari?”

Kemudian ia mengeluh panjang; “Aku sendiri yang salah dan bertanggung-jawab. Aku telah membangunkan dan memajukan duniaku tetapi aku meruntuhkan akhiratku. Aku telah menentang pelindungku, Allah Yang Maha Mengurnia. Kemudian aku sangat benci untuk berpindah dari kemajuan kepada kehancuran. Bagaimana aku akan datang di hari mengira amalan yang tercatit di dalam kitab catitan amal dan bagaimana aku menghadapi azab itu tanpa amal soleh dan pahala?”

Kemudian iapun menjerit sekuat-kutanya lalu jatuh ke bumi. Apabila orang ramai cuba menolongnya didapati ia telah mati. Semoga Allah memberi rahmat ke atasnya.

~ Petikan buku Membentuk Jiwa Sufi (Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek)

 

Hadis ~ Zakat harta

“Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya hapuslah segala apa jua yang merosakkan hartanya.” (HR Tabrani)

Today’s Quote

“Hope for the best but prepare for the worst.” ~ English proverb

Hadis ~ Kebaikan adalah sedekah

“Daripada Jabir bin Abdullah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: Setiap kebaikan adalah sedekah.” (HR Bukhari dan Muslim)

%d bloggers like this: