Jus buah-buahan untuk kesihatan

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak promosi oleh pelbagai syarikat pengeluar tentang kehebatan produk minuman kesihatan masing-masing yang selalunya dijual dalam bentuk serbuk bagi memudahkan pengguna. Wujudnya pengeluar-pengeluar minuman kesihatan ini macam cendawan tumbuh selepas hujan,  yang sesetengahnya diragui dari segi kesahihannya kerana kebanyakannya tidak pun mendapat kelulusan dan pengesahan Kementerian Kesihatan. Kebanyakan pengeluar minuman kesihatan ini mengaut keuntungan yang sungguh lumayan dengan jualan harga yang begitu tinggi tetapi keberkesanannya biasa-biasa saja.  Oleh itu, kita sebagai pengguna harus berhati-hati sebelum membeli sesuatu produk hanya berpandukan testimoni yang boleh direka-reka, sampai sanggup berhabis kerana termakan dan terpengaruh dengan iklan2 mereka. Sesetengahnya menggunakan personaliti tertentu untuk mempromosi produk mereka. Walau apapun, sebelum membeli sebarang produk kesihatan, pastikan produk tersebut telah mendapat kelulusan dan pengesahan Kementerian Kesihatan.

Sebagai pengguna prihatin, saya lebih percayakan jus buah-buahan yang diperbuat daripada buah-buahan yang segar daripada produk yang telah dibuat serbuk dan dijual dengan harga yang begitu mahal.

Kita boleh membuat jus daripada campuran buah-buahan dan sayuran pilihan sendiri untuk memperolehi khasiat tertentu mengikut keperluan masing-masing. Ini lebih menjimatkan dan lebih dipercayai.

jus buah

Berikut dikongsikan beberapa campuran buah-buahan yang boleh dibuat jus sendiri bagi mendapatkan khasiat tertentu.

* Lobak merah + halia + Epal  ==> Meningkatkan kelicinan dan membersihkan sistem badan.

* Epal + timun + celery  ==>  Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol,  mengubat sakit perut dan sakit kepala.

* Tomato + lobak merah + Epal  ==> Menambah kegebuan kulit, memperbaiki kulit bermasalah dan mengurangkan mulut berbau.

* Peria katak + epal + susu  ==> Mengelakkan mulut berbau dan mengurangkan panas dalaman badan.

* Oren + halia + timun  ==> Memperbaiki tekstur dan kelembapan kulit serta mengurangkan panas badan.

* Nenas + epal + tembikai  ==> Menyingkirkan garam berlebihan dalam badan,  menyihatkan ginjal dan pundi kencing.

* Epal + timun + kiwi  ==> Menambah kegebuan kulit dan memperbaiki kulit bermasalah.

* Pear + pisang  ==>  Mengawal atur kandungan gula dalam darah.

*  Lobak merah + epal + pear + mangga  ==> Mengurangkan panas badan,  menyiahtoksikkan badan, mengurangkan tekanan darah dan melawan oksidasi (bahan antioksidan).

* Tembikai susu + anggur + susu  ==> Kaya dengan vitamin C dan vitamin B2 bagi meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan  daya ketahanan (imuniti) badan.

* Papaya (betik) + nenas + susu  ==> Kaya dengan vitamin C, E, dan zat besi  bagi memperbaiki kompleksi kulit dan metabolisma badan.

* Pisang + nenas + susu ==> Kaya dengan vitamin dan nutrien bagi mencegah sembelit.

Selamat mencuba….

Sumber:  http://mht.co.in/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: