10 Tanda Awal Kanser Pankreas

Sejak kebelakangan ini kanser pankreas semakin banyak dikesan. Kanser pankreas ini biasanya tidak menunjukkan simptom awal, dan biasanya ia dapat dikesan apabila telah berada pada peringkat bahaya. Pesakit kanser pankreas dijangka boleh hidup dalam masa 5 tahun, dan hanya 4% daripadanya saja yang boleh hidup melebihi 5 tahun.

Umum mengetahui bahawa bahagian hujung organ pankreas mengandungi sel yang menghasilkan insulin dan di bahagian pangkal organ pankreas pula mengandungi sel yang menghasilkan enzim penghadaman. Jika tumor terdapat di sel yang menghasilkan insulin, ia dikenali sebagai tumor endokrina yang mudah dikesan tetapi agak jarang terjadi. Tumor yang terdapat di sel yang menghasilkan enzim penghadaman pula dikenali sebagai tumor eksokrina yang kerap terjadi tetapi agak sukar dikesan pada peringkat awalnya.

Bagaimana kita hendak mengetahui tanda amaran awal bagi kanser pankreas?

Dikongsikan di sini beberapa tanda amaran awal kanser pankreas yang boleh dikesan. Jika terdapat dua atau tiga daripada tanda-tanda berikut, silalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Di antara tanda-tanda awal ialah apabila pesakit mempunyai atau mendapat:

1. Diabetes secara mendadak

– Tumor pankreas ini boleh menyebabkan pesakit kanser mendapat diabetes secara tiba-tiba/mendadak.

2. Mata dan kulit menjadi semakin kuning

– Ini disebabkan tumor pankreas, walaupun bersaiz kecil, boleh menutup atau menyumbat duktus hempedu yang terletak di bahagian pangkal pankreas yang menyebabkan air hempedu berkumpul di situ kerana tersekat. Ini juga boleh menyebabkan jaundice (sakit kuning).

3. Gatal di kulit, tapak tangan dan tapak kaki

– Kesan sampingan jaundice yang biasa ialah gatal-gatal di tapak tangan dan tapak kaki disebabkan oleh reaksi kulit terhadap bilirubin (bahan kimia berwarna coklat kekuningan di hati yang menyebabkan jaundice).

4. Kurang selera makan

– Biasanya 6-8 bulan sebelum tumor pankreas dapat dikesan, pesakit kanser ini tiba-tiba hilang selera makan dan cepat berasa kenyang selepas makan sedikit.

5. Perubahan deria rasa

– Pesakit kanser pankreas bertukar deria rasa yang biasa. Contohnya, tiba-tiba tidak suka bau kopi, rokok, atau lain-lain yang sebelum itu disukainya.

6. Sakit perut

– Rasa sakit perut ini terasa sehingga ke bahagian belakang badan. Rasa sakit ini akan hilang apabila badan ditundukkan ke depan.

7. Pundi hempedu membesar

– Pundi hempedu pesakit kanser ini membesar disebabkan oleh duktus hempedu yang tersumbat di mana hempedu akan membengkak/membesar di belakang duktus ini. Pundi hempedu yang membesar ini boleh dirasai oleh doktor yang memeriksa pesakit dan juga boleh dilihat pada ujian imej.

8. Najis yang pucat, terapung dan berbau busuk

– Ini disebabkan tumor pankreas menghalang enzim penghadaman sampai ke pangkal usus bagi proses penghadaman lemak. Jadi, makanan berlemak tidak dapat dihadamkan yang akhirnya najis yang dihasilkan tidak padat, ringan, berbau dan terapung kerana kandungan lemak yang tinggi.

9.  Najis hitam dan berdarah

– Ini disebabkan oleh pendarahan di bahagian atas usus.

10. Turun berat badan secara mendadak tanpa dirancang

– Ini disebabkan oleh kurangnya enzim pankreas yang dihasilkan bagi menghadamkan lemak yang diperlukan sebagai sumber tenaga. Lemak hanya melalui sistem penghadaman tanpa proses penghadaman.

pancreatic_cancer

Sumber

11 Responses

  1. Arwah kakak saya didiagnosa mengidap kanser pankreas tahap 4 yg telah merebak ke hati. Simptom2 yg dialami olehnya lebih kurang sama spt pesakit diabetis yg tidak elok kawalannya. Oleh kerana dia adalah pesakit diabetis maka simptom2 itu dianggap kesan penyakit diabetis yg kurang baik kawalannya. Sehinggalah didapati matanya menjadi kuning barulah dia berjumpa doctor. Utk makluman, sel2 kanser pankreas adalah teramat aktif & cepat merebak. Doktor yg merawat kakak saya telah membuat scan 8 bulan sblm itu & tidak terdapat sebarang tanda2 kanser. Apabila scan kali ke2 dibuat adalah didapati bahawa dia mengidap kanser tahap 4. Kakak saya cuma hidup selama 2 bln shj selepas didianosa mengidap kanser. Oleh itu saya sarankan jika terdapat sebarang tanda2 kanser pankreas cepat2lah berjumpa doktor sbb selalunya tanda2 cuma akan timbul apabila kanser pankreas berada pada tahap 3 atau 4.

    • Terima kasih aida atas perkongsian info dan pengalamaan pesakit kanser pankreas di kalangan keluarga sendiri. Memang kanser pankreas ni sukar dikesan pada peringkat awal, cuma ia menunjukkan tanda2 di luaran yang kadang-kadang kita tak perasan kerana ia menyamai penyakit2 lain. Semoga info ini bermanfaat kepada semua pembaca. Sekarang ini kes kanser pankreas semakin meningkat dan amat menggerunkan.

    • Salam aida saya nak tanya adakah arwah kakak sebelum itu rasa dahaga yang keterlaluan ? Pening kepala yang melampau…..mohon hubungi saya 0193293783 untuk tahu di hospital mana sakit dia dapat di kesan.

  2. Assalam …nk tanya aida , kakak awk sempat operation tak?

  3. salam…kanser prankears ni ada penawar tak? Abang sulung saya br habis radioterapi…so far sekarang dia masih boleh berjalan cuma agak sedikit lemah dan kurus. Dia akan menjalankan pembedahan yg seterusnya tak lama lg….please….mohon share kalau ada yg tahu penawar penyakit ini…kita sayang abang kita satu ni sangat2😦

    • Salam flora, awak boleh cuba produk SARI AGE GARD dari Sarimah Signature Series.. Sebab banyak kes kanser pulih.. Kakak sy suspect kanser, doktor recommend suruh consume produk ni..

  4. sulit utk ku terima apabila mama sa mdpt skit itu..sulit jg ku terima apabila melihat mata bapa bkaca dan mengelap matanya..stage4 mama..bagaimana aku harus menerima ini..

    • Harap puan dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Allah… tapi jangan putus asa untuk berikhtiar untuk mengubatinya.

  5. Kanser pankreas sgt cpt merebak. Arwah ayah sya hanya dpt hidup x spai 2bln setelah d sahkan menghidap kanser ni d tahap ke 4. Berubat secara kpg pun x dpt membantunya.😥

  6. nak tanya akak2,ayah saya didapati menghidap kanser pankreas pagi tadi…dia memang turun berat badan secara mendadak dan darah berkurangan…muka pucat dan mata kuning…biasa pesakit akan berasa sakit ke tidak?? sbb ayah saya hidap penyakit saraf dah 4 tahun,dia dah biasa dgn sakit pinggang…

  7. Baru2 ni ayah saya menghidap penyakit kanser pankreas , tahap 4
    Tanda2 awal sudah kelihatan,
    Pada mulaNya, kami sekeluarga tidak mengetahui bahawa yg ayah saya menghidap kanser tersebut, selepas 2 bulan, berjumpa dgn doktor, dan doktor memberitahu hal yg sebenar, 10 hari ditahan Di Wad, keesokannya pergi ke Hospital di Alor Star, utk membuat pembedahan, dsebalikNya membuka saluran yg tersumbat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: