Tadabbur Al-Quran ~ Alhamdulillah (Surah Al-Fatihah)

Biasanya perkataan ‘Alhamdulillah’ dalam Surah Al-Fatihah diterjemahkan sebagai ‘Segala pujian bagi Allah’ (Praise to Allah/God). 

Terdapat 3 bahagian bagi perkataan ini iaitu:

Al –  bermaksud ‘yang’ (the).
Hamdu – bermaksud “rasa kesyukuran” (feeling of gratitude) atau pujian terhadap sesuatu kebaikan yang telah dilakukan.
Lillah – bermaksud ‘untuk Allah’ atau ‘kepunyaan Allah’ (belonging to Allah).

Mengikut Nouman Ali Khan (Pengasas Kumpulan Bayyinah, Dallas, Texas, USA), ‘Alhamdulillah’ merangkumi dua makna iaitu Maddah atau segala pujian (Praise) dan syukur (gratitude) adalah kepunyaan (untuk) Allah. Perkataan Alhamdulillah itu sebenarnya bermakna Al-Madhu wa syukran lillah.

Maddah – Pujian yang boleh dibuat sama ada untuk tujuan yang ikhlas atau tidak, terhadap benda hidup atau benda bukan hidup.
Hamdu – Pujian yang hanya ditujukan kepada benda yang hidup dan mesti dilakukan dengan ikhlas.
Syukur (rasa berterima kasih/penghargaan) – Ucapan atau rasa berterima kasih apabila ada orang yang melakukan sesuatu kebaikan terhadapnya.

Jadi, wajarlah perkataan Alhamdulillah itu diucapkan dengan penuh rasa memuji Allah disertai rasa bersyukur kerana nikmat dan segala kebaikan yang Allah sediakan untuk kita. Wallahu a’lam.

Sumber: Bayyinah TV

One Response

  1. Allhamdullilah. Satu pelajaran yang bagus hari ini untuk surah Al Fatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: