Tanda taubat diterima

8 tanda luaran taubat seseorang itu diterima oleh Allah SWT, iaitu:

1. Rasa takut terhadap lidahnya. Lidahnya akan dijaga dan dihalang daripada berbuat dusta, mengumpat, banyak bercakap dan lidahnya  akan digunakan untuk sentiasa berzikirullah dan membaca al-Quran.

2. Rasa takut terhadap urusan perutnya, jadi ia tidak akan memasukkan sesuatu ke dalam perutnya kecuali yang halal sekalipun sedikit.

3. Rasa takut terhadap urusan matanya, jadi ia tidak akan memandang yang haram dan tidak pula memandang kepada dunia dengan pandangan kasih terhadapnya, tetapi pandangannya terhadap dunia itu adalah sebagai pengajaran.

4. Rasa takut terhadap urusan tangannya, jadi ia tidak akan mengambil yang haram, tetapi ia akan mengambil sesuatu yang membawa kepada ketaatan (kepada Allah).

5. Rasa takut terhadap urusan kedua kakinya, jadi ia tidak akan berjalan dengan kedua-dua kakinya itu untuk perkara maksiat, tetapi ia akan berjalan untuk perkara ketaatan kepada Allah.

6. Rasa takut terhadap urusan hatinya. Ia akan membuangkan dari hatinya sifat permusuhan, marah dan hasad dengki terhadap saudara-saudaranya dan ia akan memasukkan ke dalam hatinya nasihat yang baik dan sifat lembut serta belas kasihan dengan orang-orang Islam.

7. Rasa takut terhadap urusan pendengarannya. Ia tidak akan mendengar kecuali perkara yang benar.

8. Rasa takut terhadap urusan perkara-perkara ketaatan (kepada Allah). Ia akan menjadikan perkara-perkara ketaatan itu semata-mata ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah, menjauhkan rasa riak dan berpura-pura.

~ Petikan buku Membentuk Jiwa Sufi (Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: