Hindari 8 habit sebelum masuk tidur

Semua orang perlukan tidur yang cukup dan berkualiti supaya badan mendapat rehat yang cukup apabila bangun tidur. Oleh itu, beberapa habit atau tabiat yang boleh menghalang tidur yang berkualiti perlu dihindari sebelum masuk tidur, di antaranya:

1. Hindari perangsang (stimulan) termasuk makanan

Ini termasuklah makanan atau minuman mengandungi kafein, melakukan senaman, mengambil makanan manis, makanan berempah, dan makanan lain, seperti ais krim, seleri dan bijirin.

Senaman sebelum tidur menyebabkan seseorang itu sukar tidur kerana kesan tenaga yang dihasilkan daripada senaman tersebut. Walaupun senaman baik bagi membolehkan seseorang itu tidur lena tapi ia perlu dilakukan beberapa jam sebelum tidur. Jangan buat senaman kurang daripada 3 jam sebelum tidur kerana ia akan meningkatkan suhu badan dan menyebabkan sukar lena.

2. Hindari mandi air panas sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur

Seperti juga senaman, mandi air panas akan menaikkan suhu badan dan menyebabkan sukar untuk tidur.

3. Hindari kafein atau makanan berkafein selepas jam 4 petang

Selepas pukul 4 petang, kafein akan mengganggu jam dalaman semulajadi dan merosakkan ritma badan semulajadi yang mana akan menyebabkan gangguan untuk tidur.

4. Hindari rasa terlalu lapar sebelum tidur

Ada orang yang rasa terlalu lapar sehingga tidak boleh tidur. Ini adalah tanda seseorang itu tidak dapat cukup protein atau fiber melalui makanan yang diambilnya sehingga menyebabkan perut terlalu lapar. Makan sebelum tidur pula akan menimbulkan masalah kerana tenaga dan graviti diperlukan untuk proses penghadaman.

Jika baring selepas makan, lebih banyak graviti diperlukan oleh salur penghadaman. Ini juga akan menghasilkan simptom pedih ulu hati atau rasa mual.

5. Jangan menonton TV atau melayari internet sekurang-kurangnya satu jam sebelum baring untuk tidur

Ini kerana cahaya skrin yang terang daripada TV atau skrin komputer akan membantutkan pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang menggalakkan rasa mengantuk untuk tidur.

6. Jangan buat kerja tugasan atau bertengkar sebelum tidur

Membuat kerja atau bertengkar sebelum tidur akan menyebabkan seseorang itu sukar melelapkan mata sehingga larut malam. Ini akan menyebabkan tekanan mental dan hilang masa tidur yang berharga.

7. Hindari leka membaca buku cerita/novel yang diminati sehingga sukar untuk berhenti

Ini sudah tentu akan menyebabkan sukar untuk tidur. Untuk memudahkan tidur, bacalah bahan-bahan yang ringan atau yang kurang menarik, seperti manual elektronik atau sebagainya, yang tidak menyebabkan leka dan ingin terus membaca.

8. Elakkan peluk kucing atau haiwan kesayangan semasa tidur

Sesetengah orang suka memeluk haiwan kesayangan seperti kucing semasa tidur, atau kucing yang memang suka tidur bersama tuannya. Perlakuan seperti ini selalunya menyebabkan seseorang itu mudah terkejut dari tidur yang nyenyak lebih-lebih lagi jika kucing itu tiba-tiba bangkit secara mengejut apabila ternampak sesuatu pada waktu malam. Ini akan menganggu anda yang sedang lena dan kitar REM (mimpi) anda.

tidur

Sumber

One Response

  1. Terima kasih tuan, tapi satu je masalah saya kucing saya selalu akan tidur bersama saya menyebabkan tidur saya kurang saya kurang nyenyak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: