Soal jawab antara Hassan al-Basri dengan pemuda

Hasan al-Basri didatangi seorang lelaki dan berkata: “Aku selalu melakukan maksiat; aku selalu melakukan dosa kepada Tuhan, namun aku dapati Allah tetap memberikan kesenangan hidup dunia kepadaku, tanpa ada yang diharamkan kepadaku.”

Hasan al-Basri bertanya: “Apakah kamu selalu bangun malam?”

Dia menjawab: “tidak”

“Memadai bagi kamu bahawa Allah haramkan kamu bermunajat kepada-Nya,” jawab Hasan al-Basri ringkas.

Sifat pemurah

Suatu kaum itu disibukkan untuk memberi kepada makhluk. Mereka mengambil dan memberi. Mengambil dari kurnia dan rahmat Allah dan memberikan kepada fakir dan miskin yang ditimpa kesempitan.

Mereka tunaikan hutang orang yang berhutang yang tiada kuasa untuk melunaskannya.

Mereka adalah raja-raja, bukan raja-raja dunia kerana raja-raja dunia itu mengambil dan tidak memberi, sedangkan kaum itu mengutamakan orang lain dan menunggu-nunggu orang yang tidak hadir.

Mereka mengambil dari tangan Allah bukan tangan makhluk. Usaha anggota badan mereka untuk makhluk, sedangkan usaha hati mereka untuk mereka sendiri. Mereka berinfak (memberikan harta) itu kerana Allah bukan kerana hawa nafsu, bukan kerana pujian dan sanjungan.

Tinggalkan kaum yang sombong terhadap Allah dan terhadap makhluk, kerana sombong itu termasuk sifat orang-orang pemaksa yang mana mereka dibenamkan ke dalam neraka jahanam. Apabila kamu marah kepada Allah maka kamu sombong kepada-Nya.
(Pesanan Syeikh Abdul Qadir Jailani)

Today’s Quote

“Success usually comes to those who are too busy to be looking for it.” ~ Henry David Thoreau

%d bloggers like this: