Doa Akhir Tahun 1435H dan Doa Awal Tahun 1436H

Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1435H jatuh pada 24 Oktober 2014 (Jumaat) dan 1 Muharam 1436H jatuh pada 25 Oktober 2014 (Sabtu). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1435H) dan doa awal tahun (1436H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1435H (Hari Isnin malam Selasa).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Advertisements

Doa Mohon Rezeki Yang Halal

Mari amalkan…. Aamiin.

doa rezeki halal

Kelebihan Doa Antara Dua Sujud (Ifthirosh)

KEKUATAN DOA IFTHIROSH

Ketika duduk iftirosh, iaitu duduk di antara dua sujud, ada do’a yang amat dahsyat. Sayang banyak umat Islam yang tidak mengerti do’a ini dan membacanya dengan tergesa-gesa dan cepat-cepat, tanpa memahami maknanya:

bacaan_duduk-2

Robbighfirli … Ya Allah ampuni aku,
Warhamni … rahmati aku,
wajjburni … tutupi semua keburukanku,
warfa’ni … angkat darjatku,
warzukni … beri aku rezeki,
wahdini … beri aku hidayah dan petunjuk,
wa’afini … beri aku kesihatan,
wa’fu anni … ma’afkan aku.

Jika do’a tersebut dibaca dengan bersungguh-sungguh dan khusyuk, pasti Allah mengabulkannya. Apatah lagi do’a tersebut dibaca 17 kali sehari semalam, Allah tidak pernah menolak do’a hamba-Nya yang dipanjatkan dengan sungguh-sungguh dan sepenuh hati. Manfaat do’a tersebut antara lain adalah seperti berikut:

Robbighfirli (Ya Allah ampuni semua dosaku)

Jika do’a ini dibaca dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas nescaya Allah akan mengampuni dosa kita yang telah lampau dan yang akan datang. Dengan pengertian pada masa mendatang Allah akan memelihara kita untuk tidak melakukan dosa besar dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Hati yang sudah bersih dari dosa akan bersinar dan mudah menerima hidayah serta petunjuk Allah. Ia akan mendapat bimbingan dalam mengambil keputusan dan melangkah. Sehingga selalu mendapat kemenangan dan keberhasilan dalam hidupnya.

Hati yang kotor tertutup dosa mejadi hitam gelap dan susah menerima hidayah dan bimbingan Allah. Hati yang hitam dan gelap cenderung mengikuti bisikan syetan yang membawanya memperturutkan hawa nafsu dan mengambil keputusan yang keliru . Berbagai keputusan yang salah dan keliru membawanya pada kehidupan yang porak poranda penuh kesulitan dan penderitaan. Ia akan mengalami kesengsaraan hidup didunia maupun akhirat.

Warhamni (Rahmati aku)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh akan dibukakan oleh Allah baginya pintu rahmat dari langit dan bumi. Ia akan mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah dari segala penjuru. Dijamin hidupnya akan sejahtera dan berkecukupan. Tidak ditimpa kemelaratan dan kehinaan di manapun ia berada. Dijauhkan dari kesedihan, dukacita, stres dan tertekan. Hidup bahagia dan sejahtera sepanjang waktu di dunia maupun akhirat.

Wajburni (Tutupi segala aib dan keburukanku)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh niscaya akan ditutupi Allah segala aib, keburukan dan kekurangannya. Pepatah mengatakan “Tidak ada gading yang tak retak”, demikian pula kita sebagai manusia tentu banyak mempunyai kelemahan dan keburukan. Kita takut jika aib dan kelemahan kita diketahui orang banyak. Insya Allah, Dia akan menutup semua kelemahan dan kekuarangan kita dari pengetahuan orang banyak. Orang tidak tahu dengan kelemahan dan keburukan kita, orang hanya melihat sisi baik dari kehidupan kita, sehingga kita dapat meraih kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan ini.

Sungguh celaka orang yang dibukakan aibnya di hadapan orang banyak. Tidak ada gading yang tidak retak, setiap kita tentu mempunyai kelemahan dan kekurangan, Insya Allah dengan kekuatan do’a ini, Allah akan menutupi semua aib dan kekurangan kita.

Warfa’ni (Angkat darjatku)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh nescaya akan diangkat darjatnya oleh Allah, dijauhkan dari kehinaan, penindasan, kemelaratan dan sebagainya. Dengan berkat do’a ini umat Islam tidak akan menjadi umat yang lemah, dizalimi, tertindas, dicurangi dan difitnah. Umat Islam akan menjadi umat yang kuat, disegani, dihormati oleh lawan dan kawan. Seseorang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh akan mendapat kemuliaan hidup di dunia dan akhirat. Dia tidak akan menjadi orang yang susah, sengsara, hina , papa, miskin, tertindas, dizalimi, hidup serba kekurangan dan sebagainya. Ia akan menjadi orang yang dihormati dan disegani di manapun berada.

Warzukni (Beri aku rezeki)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan bersungguh-sunguh akan dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan. Ia akan hidup dalam kelimpahan dan dicukupkan semua hajat dan keperluannya. Allah akan mendatangkan rezeki baginya dari langit, bumi dan seluruh penjuru yang diberkati. Apa saja bidang usaha yang diceburi akan mendatangkan rezeki berlimpah ruah baginya.

Wahdini (Beri aku hidayah dan petunjuk)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh akan selalu mendapat bimbingan dan petunjuk dalam menjalani hidupnya. Baginya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apapun masalah yang menghadang dapat diselesaikannya dengan baik. Baginya tidak ada istilah putus asa. Ia tidak pernah mengalami kebingungan, kebuntuan dan putus asa dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan.

Wa’afini (Beri aku kesihatan)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh insya Allah memiliki tubuh yang sihat dan kuat, jauh dari berbagai penyakit yang membuatkannya lemah dan sulit menyelesaikan berbagai pekerjaan dan tugas harian yang dihadapinya. Allah akan membimbingnya mendapatkan badan yang sihat dan kuat. Makanan dan pola hidupnya terpelihara baik sehingga badannya tetap sihat dan kuat serta terhindar dari berbagai penyakit yang banyak menyerang masyarakat kota dewasa ini. Bagi yang sentiasa sakit-sakit insya Allah akan mendapat bimbingan secara naluri untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat.

Wa’fu anni (Maafkan aku)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh insya Allah akan mendapat ampunan dan maaf dari Allah atas berbagai kesalahan dan kekeliruan yang telah dilakukan. Dengan mendapat keampunan dari-Nya, insya Allah, ia akan dapat memperbaiki berbagai kesalahan dan kekeliruan itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Itulah do’a-do’a dasyat dalam solat yang telah membawa kemenangan dan keberhasilan pada umat Islam pada masa lampau bagi meraih kejayaan dan kemenangan. Dengan kekuatan solat umat Islam pada masa lalu mengalahkan musuh-musuhnya dan menguasai dunia pada masa itu. Namun sekarang, akibat mensia-siakan solat, umat Islam di tindas dan dihina di mana-mana. Mari kita perbaiki semua kekeliruan ini. Sedikit sekali umat Islam yang mengerti dan membaca do’a Iftirosh dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh. Kebanyakan orang membacanya dengan cepat dan tergesa gesa, tanpa mengerti makna dan maksudnya.

Mari kita perbaiki mutu hidup kita masing-masing dengan memperbaiki mutu solat kita. Jika umat Islam sudah melakukan solat dengan benar dan khusyuk nescaya kemenangan yang pernah diraih umat Islam pada masa lalu akan datang kembali. Berbagai kesulitan, fitnah, penindasan, tekanan yang dialami umat Islam dewasa ini merupakan peringatan dari Allah. Ini kerana banyak di antara kita yang sudah menjadi umat yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsu sebagaimana yang disebutkan dalam surat Maryam ayat 59 diatas.

Aamiin Ya Robbal ‘alamiin.

Sumber: Anonymous

Fadilah Surah Al-Kausar

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, in sya’ Allah dia dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya. Wallahu a’lam.

Doa Rasulullah SAW selepas solat sunat fajar

Mafhumnya: ” Ya Allah, aku memohon rahmat-Mu yang dengan rahmat itu Engkau memberi petunjuk hatiku, mengumpulkan kembali urusanku, menggabungkan kembali apa yang terpisah dariku, memperbaiki batinku, mengangkat zahirku dengan amal soleh, membersihkan amalku, memberi ilham kepada hatiku, menolak fitnah yang menimpaku dan menjagaku dari segala keburukan.” ~ Riwayat Ibnu Abbas r.a.

Doa Abu Zar al-Ghafiri

Doa Abu Zar al-Ghafiri:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu iman yang berkekalan. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu hati yang khusyuk. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keyakinan yang sebenar. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agama yang lurus. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan daripada setiap bala bencana. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan sepenuhnya. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan yang berkekalan. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu anugerah sentiasa bersyukur atas nikmat keselamatan. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu memadai dengan apa yang ada daripada mengharapkan bantuan manusia.” 

//

Fadilat Surah Al-Waqi’ah

Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, in sya’ Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, in sya’ Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, in sya’ Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah: “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

%d bloggers like this: