Audit Prestasi Akademik (APA) Dalaman kali ke-2

Fakulti Sains telah menerima kunjungan para Juru Audit APA Dalaman UPM kali ke-2 yang bermula dari 8, 9 dan 17 Disember 2009. Fakulti bertuah kerana telah diaudit dalam kesemua 9 bidang.

Audit Prestasi Akademik (APA) Dalaman ini adalah sebagai persediaan UPM untuk menghadapi APA oleh MQA pada bulan Januari 2010. APA adalah perlu untuk UPM mendapatkan status swa akreditasi (self-accrediting institution).

Selanjutnya di sini

Kolokium Sains 2/2009

Kolokium Sains 2/2009 Fakulti Sains telah diadakan pada 3 Disember 2009 di Bilik Saintis Gemilang dan Bilik Al-Khawarizmi, Jabatan Matematik dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Dalam Kolokium ini pegawai-pegawai akademik Fakulti membentangkan kertas kerja yang pernah mereka bentangkan di luar negara untuk warga Fakulti pula.

Selanjutnya di sini

Konvensyen Fakulti Sains 2009

Konvensyen Fakulti Sains UPM kali ke 2 yang bertemakan ‘Iltizam Melonjak Kecemerlangan’ telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan pada 2 Disember yang lalu. Konvensyen Fakulti Sains kali ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Abu Bakar Salleh yang mewakili Datuk Naib Canselor.

Konvensyen ini menyediakan wadah bagi semua staf, pegawai akademik dan sokongan, Fakulti memberi pandangan dan perkongsian ilmu serta informasi dalam usaha untuk melonjakkan pencapaian Fakulti ke tahap yang lebih tinggi. Tema ‘Iltizam Melonjak Kecemerlangan’ hendaklah dihayati oleh setiap warga Fakulti supaya setiap individu dapat melakukan anjakan paradigma kepada diri sendiri dan perkhidmatan yang disampaikan.

Konvensyen ini juga dijadikan pentas bagi perbincangan antara semua staf dengan pihak pengurusan Fakulti, menyorot kembali kejayaan yang telah dicapai dan memperbaiki kelemahan sepanjang tahun 2009, di samping beriltizam untuk meningkatkan lagi kecemerlangan pada tahun-tahun mendatang.

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Musa Ahmad penceramah jemputan juga telah berkongsi pengalaman yang dilaluinya menerajui sebuah fakulti di UKM.

Selanjutnya di sini dan di sini serta di sini

Penyelidik perlu pastikan jurnal pilihan terbit penulisan diiktiraf

PENYELIDIK tempatan diingatkan supaya berhati-hati dengan kewujudan skim jurnal antarabangsa palsu bertujuan mengaut keuntungan dengan memperdaya ahli akademik menerbitkan penulisan mereka.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh, berkata pihak terbabit menjadikan golongan intelektual sebagai sasaran menghantar e-mel menjemput mereka menerbitkan penulisan dalam jurnal palsu itu dengan mengenakan bayaran tertentu.

Bagi mengelakkan terpedaya dengan skim seumpama itu, katanya, penyelidik tempatan perlu memastikan sesuatu jurnal itu diiktiraf atau merujuk universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk pengesahan.

Bagi mengelakkan terpedaya, beliau mencadangkan penyelidik memilih jurnal berwibawa seperti ISI dan Scopus untuk penerbitan penulisan mereka berbanding penerbit baru yang diragui kesahihannya.

“Sebelum ini wujud rancangan jahat seperti Skim Cepat Kaya bertujuan memperdaya orang awam untuk meraih keuntungan dan kini kita dapati golongan intelektual pula dijadikan sasaran menerusi Skim Bogus Jurnal.

“Modus operandi mereka adalah mencipta laman web jurnal dan menjemput ahli akademik menerbitkan penulisan mereka. Apabila artikel dihantar, baru mereka memberitahu ia akan diterbitkan jika membuat bayaran dalam jumlah tertentu contohnya USD500.

“Skim palsu ini antara cabaran berkaitan etika dalam penyelidikan yang perlu ditangani ahli akademik dan harus dibendung sebelum ia terus berleluasa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Fakulti Sains UPM di Serdang, kelmarin.

Abu Bakar berkata, dua lagi isu berkaitan etika penyelidikan perlu diberi penekanan ahli akademik, iaitu plagiat dan authorship dalam penulisan hasil penyelidikan.

Kecanggihan teknologi maklumat memudahkan usaha kajian penyelidik, katanya, tidak harus disalah guna hingga mengakibatkan wujud budaya tidak sihat di universiti.

Beliau berkata, amalan itu merugikan pelajar dan pensyarah kerana ia bukan saja menyekat perkembangan minda dan penghasilan idea asli, malah boleh menjejas kerjaya dan pengajian mereka.

“Tindakan tegas boleh diambil jika pelajar dan pensyarah melakukan plagiat termasuk ditarik balik ijazah mereka atau diturunkan pangkat,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Pendidikan/20091204093738/Article/index_html

Selanjutnya di sini.

Staf Fakulti Sains menghadiri Bengkel Pengucapan Awam

Bengkel Pengucapan Awam bagi staf Fakulti Sains UPM, dari pelbagai peringkat, telah diadakan pada 24 November 2009 bertempat di Bilik Saintis Gemilang dan Foyer Fakulti Sains. Bengkel ini memberi pendedahan kepada teori-teori pengucapan awam dengan amalinya sekali.

Seterusnya di sini

Simposium Biologi Malaysia (SIMBIOMAS) 2009

Simposium Bologi Malaysia (SIMBIOMAS) 2009, anjuran Jabatan Biologi, telah diadakan pada 17-18 November 2009 bertempat di Hotel Equatorial, Bangi, Selangor, Malaysia.

Selanjutnya di sinia

Persidangan Asian Pacific Aquaculture 2009 November 3-6, 2009 PWTC Kuala Lumpur

Persidangan Asian Pacific Aquaculture 2009 & Malaysian International Seafood Exposition (MISE) 2009 telah berlangsung dari 3-6 November 2009 di PWTC, Kuala Lumpur dengan jayanya. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Persidangan telah berjaya mengumpulkan lebih 2,000 peserta dari 37 buah negara untuk membincangkan isu-isu semasa dalam bidang akuakultur dan perikanan.

Selanjutnya di sini

%d bloggers like this: