Pisang Belalai Gajah

Tahukah anda di Malaysia juga terdapat pisang yang aneh dan menakjubkan di mana setandan pisang yang panjang sehingga mencecah tanah, mengandungi buah yang sangat banyak dan bersaiz kecil. Nama Pisang Belalai Gajah ini adalah berdasarkan kepada bentuk tandannya dan panjang ke bawah menyerupai belalai gajah.

pisang belalai gajah combine

Diberitakan, pisang ini terdapat di beberapa tempat di Malaysia termasuk di Pahang, di Lenggeng (Negeri Sembilan), Sungai Besar (Selangor) dan beberapa negeri lain. Di Pahang buah Pisang Belalai Gajah ini juga digunakan sebagai bahan membuat puding bagi santapan Diraja di Istana Sultan Pahang yang unik.

Pisang Belalai Gajah ini juga terdapat di kawasan tropika lain dan di sesetengah tempat ia dijadikan pokok pisang hiasan. Ketinggiannya lebih kurang 5 kaki 6 inci.

pisang belali gajah

Advertisements

Ikan Daun Amerika Selatan (Monocirrhus polycanthus) yang unik

Ikan Daun Amerika Selatan atau Ikan Daun Amazon (Monocirrhus polycanthus) merupakan ikan yang unik terdapat di Sungai Amazon, Amerika Selatan kerana kebolehannya mengubah warna dan corak badannya menyerupai sehelai daun kering dengan tangkainya sekali. Ia merupakan antara ikan air tawar yang boleh meniru bentuk dan corak objek lain di sekelilingnya sebagai penyamaran. Ini membolehkannya menyuruk daripada ditangkap oleh pemangsa dan memudahkannya menangkap mangsa.

Ikan ini suka hidup dalam habitat air sungai yang cetek, berlumpur dan dipenuhi dengan tumbuhan air.

Sumber gambar

Bagaimanakah ikan Daun Amerika Selatan ini menangkap mangsanya?

Ikan Daun ini dikenali sebagai ikan karnivor (walaupun saiznya hanya 8 cm panjang) dengan memakan udang kecil, cacing, ikan kecil atau haiwan lain. Bagi mendapatkan mangsanya, ikan Daun ini mengubah warna badannya menyerupai sekeping daun kering dan bergerak seolah-olah dihanyutkan oleh arus sungai ke arah mangsa tersebut, walaupun sebenarnya ia bergerak menggunakan siripnya yang lutsinar (tiada warna). Apabila berhampiran dengan mangsa, ikan ini akan menerkam kepala mangsanya dengan pantas, dengan menggunakan mulutnya yang dijulurkan keluar membentuk satu tiub yang besar bagi menghisap dan menelan mangsanya.

Sumber gambar

Ikan Daun Amerika Selatan ini juga mempunyai tabiat pembiakan yang unik. Setelah induk betina mengeluarkan telur dan disenyawakan oleh sperma, induk jantan akan mengambil alih tugas menjaga telur-telur tersebut dengan mengipas-ngipas telur dengan sirip pektoralnya sehingga telur menetas selepas 60-90 jam disenyawakan. Anak-anak ikan Daun yang menetas akan hidup sendiri tanpa perlukan penjagaan rapi daripada kedua induk jantan dan betina.

Air laut bercahaya biru di Maldives

Ini adalah fenomena alam yang berlaku dari semasa ke semasa. Tiadalah Allah SWT menjadikan sesesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmahnya yang tersurat dan tersirat….. wallahu a’lam.

Subhanallah! Pemandangan Air Laut Bercahaya Di Maldives

Berita ini dipetik daripada Harian Metro 26 Oktober, 2012

Cahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Fenomena semulajadi, dipanggil ‘bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.

Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.

Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.

Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut.

Ketam terbesar di dunia – Ketam Kelapa

Pernahkah anda melihat atau terjumpa dengan artropoda terbesar di dunia iaitu Ketam Kelapa?

Ketam Kelapa merupakan jenis ketam darat yang berasal dari kawasan pesisir Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Beratnya mencapai 30 pound (13.6 kg) dengan kepanjangan badan sebanyak 3 kaki (91.4 cm) dari kepala ke ekor.

Nama Ketam Kelapa ini bersesuaian dengan habitnya yang suka makan isi kelapa, boleh memanjat kelapa dan yang uniknya ia boleh memecahkan buah kelapa dengan menggunakan penyepitnya yang kuat.

Ketam ini merangkak memanjat pokok kelapa dengan menggunakan pasangan kaki rayap kedua dan ketiganya yang panjang dan tajam. Walaupun kerap terjatuh dari atas pokok kelapa, ia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dilindungi oleh cengkerang luarannya yang kuat. Selalunya, ia bergerak dengan perlahan untuk keluar mencari makan pada waktu malam, dan selalunya ia menyuruk pada waktu siang.

Sumber

Spesies ikan terancam di seluruh dunia

Berikut dipaparkan senarai Spesies Ikan Terancam (Endangered Fishes) kepada kepupusan di seluruh dunia disebabkan tangan-tangan manusia, terutamanya disebabkan oleh penangkapan ikan berlebihan dan pencemaran persekitaran.

Marilah kita sama-sama mengembling tenaga menjaga diversiti flora dan fauna yang dianugerahkan Allah SWT untuk manusia sejagat dan generasi akan datang. Pastikan alam sekitar kita bersih, jangan buang sampah merata-rata, terutamanya ke dalam sungai, pantai/laut, kolam, atau di mana-manapun. Buanglah sampah di tempat yang disediakan.

Siberian Sturgeon

Alabama Sturgeon

Chinese Paddlefish

Alabama Shad

Silver Shark

Clanwilliam Redfin

Wild Common Carp

Basking Shark

Blue Whale

Bow Head Whale

Gray Whale

Great White Shark

Humpback Whale

Spotted Dolphin

Sumber

Penemuan baru: Ikan jenis keli pemakan kayu dijumpai

Spesies baru ikan jenis keli (catfish) yang dikatakan memakan kayu yang tumbang di dalam sungai ditemui. Ikan jenis keli ini mempunyai gigi berbentuk sudu bagi membantunya makan dengan mudah.

Sumber

Penemuan baru: Katak terkecil di dunia dijumpai di Sarawak, Malaysia – Microhyla nepenthicola

Malaysia memang sudah terkenal sebagai salah sebuah Pusat Mega-biodiversiti dunia dengan pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terdapat di buminya. Banyak spesies yang tidak terdapat di tempat lain telah dijumpai di Malaysia, termasuklah katak terkecil dan ikan terkecil di dunia….. Alhamdulillah….Malaysia Boleh!!!

Spesies katak terkecil, bersaiz sebesar kacang pea ini, dijumpai di tepi jalan ke arah Gunung Serapi di Taman Negara Kubah Sarawak. Spesies baru katak daun ini dinamakan Microhyla nepenthicola yang berukuran dari 10.6 ke 12.8 mm panjang (matang). Yang menariknya, katak ini bertelur di tepi pokok periuk kera dan berudunya akan membesar dalam air pokok periuk kera.

Miniature frog species in Malaysian Borneo

Updated on : 19th August 2010

A pea-sized amphibian frog species has been found in a little pitcher plant in the Sarawak forest in Malaysian Borneo. This is the world’s tiniest frog.

The scientist found the new species near the edge of a road that leads to Gunung Serapi Mountain in Sarawak’s Kubah National park. The new species was named as Microhyla nepenthicola. The new species of frog lays eggs on the sides of the pitcher plant and the tadpole grows in the liquid that is present inside the plant.

The adult of the plant species ranges from 10.6 to 12.8 mm. Because of their small size it was difficult for the scientist to discover them.

Source of information

%d bloggers like this: