Doa memanggil ikan

Kepada pemancing-pemancing ikan, sama ada pro atau tidak, doa ini eloklah diamalkan semasa memancing atau memukat…. semoga mendapat rezeki yang banyak.

Doa memancing

Advertisements

Ikan Kelisa Hijau Tasik Kenyir

Waw!…. ni berita yang menarik bagi kaki pancing dan penggemar ikan air tawar….ni baru dikatakan rekod sebab selama ini kelisa berwarna merah jingga atau kelabu/perak. Mungkin kualiti air dan sumber makanan ikan terutamanya phytoplankton) di Tasik Kenyir yang menyebabkan warna ikan ini berubah kepada kehijau-hijauan.

Kelisa hijau Kenyir

Oleh Zulhilmi Hat
2010/09/18

TASIK KENYIR: Pengalaman manis menewaskan ikan kelisa hijau (Sclerophages formosus) waktu Magrib di Sungai Cacing baru-baru ini membuatkan Team Lampam dari Kuala Lumpur nekad turun semula ke tasik itu selepas Aidilfitri ini.

Tangkapan kelisa seberat 2 kilogram (kg) oleh Acab menaikkan semangat empat sekawan iaitu Atiq, Afiq, Syidi dan Asma untuk melengkapkan ‘lesen’ yang jarang diperoleh masa ini. Menceritakan pengalaman itu kepada JORAN, pertama kali yang diatur Abang Sharil sebenarnya mahu menduga toman dan sebarau yang banyak mendiami tasik seluas Singapura itu. Perjalanan seawal jam 7 pagi ke Sungai Cacing menggunakan rumah bot Kembara Kenyir mengambil masa hampir satu jam yang dipandu tekong Abang Siam. Dekat situ, toman banyak mendiami kawasan ini selain belida, baung, kelah dan kaloi.

Bot berlabuh di tepi lubuk sungai itu yang terdapat tunggul pokok balak.
Tekong memberitahu lubuk itu dihuni toman bersaiz XL dan pemancing yang datang ke sini kerap menaikkan spesies itu.

Seperti biasa, Atiq, Afiq dan Syidi selaku kaki mengilat bergegas membuat balingan ke kawasan tunggu selepas beberapa ekor toman kelihatan timbul menyedut udara.
Balingan demi baling tiga sekawan itu membuahkan hasil apabila joran Atiq disergap toman berhampiran kayu tunggul reput separa tenggelam. Perlawanan singkat itu berjaya mendaratkan ikan toman remaja berskala sekilogram dengan menampakkan belang merah kehitaman di badannya.

Afiq yang membuat balingan di tempat sama tidak menunggu masa lama apabila toman hampir 2 kg sudi menyambar gewang Cultiva Tango warna oren.

Aktiviti memancing dihentikan jam 4 petangnya untuk sesi makan selepas tekong yang memancing lampam menggunakan perut ayam menggorengnya garing dan selebihnya dimasak asam pedas. Ia bersambung jam 7 petang dengan Atiq, Afiq dan Syidi menggunakan teknik memancing dasar bagi menjerat baung yang biasanya makan waktu senja dan malam.

Teknik itu menjadi apabila lima baung didaratkan tidak sampai sejam dengan menggunakan umpan tapa yang terkenal busuknya. Acab yang tidak puas mengilat sejak pagi tanpa menaikkan sebarang tangkapan, meneruskan kaedah itu. Beliau menggunakan umpan tiruan Storm-Chugbug warna putih seakan anak lampan yang banyak mendiami tasik itu.

Balingan beliau ke arah tunggul dan kemudian dihenjut pelahan untuk menampakkan ikan cedera di atas permukaan air.

Tiba-tiba satu sambaran mengejut diterima berhampiran tepi bot. Keadaan itu memaksa beliau mengarau joran Abu Garcia Hornet Stinger dengan kekili berprofil rendah Abu Garcia Skeet Reese sehingga melengkung ‘U’.

Selepas pertarungan hampir lima minit, spesies berkilat melompat atas air dan menampakkan sisik dorsal yang panjang. Mangsa terus membawa lari tali berkekuatan 20 paun ke reba dan akhirnya kelisa hijau berskala 2 kg dinaikkan.

Sorakan kegembiraan menggamatkan suasana di Sungai Cacing dengan tangkapan istimewa ini yang sekali gus mencipta rekod peribadi kelisa hijau milik Acab.

Sumber berita

Waw… besarnya ikan siakap!

Siapa kata perairan Malaysia tidak kaya dengan ikan-ikan gergasi? Lihat gambar ini…. seekor ikan siakap besar (gergasi) berjaya ditangkap di Sungai Merbok, Kedah, walaupun hutan paya bakau yang menjadi tempat perlindungan ikan-ikan ini semakin hari semakin pupus dek arus pembangunan di kawasan sekitarnya…..

Kalau ikan ini dibuat lauk masak tiga rasa, entah berapa puluh orang yang kenyang kan?

SEAKAN tidak percaya siakap XL masih mendiami Sungai Merbok.

Siakap Merbok

Oleh Mohammad Shamwen Hashim
2010/07/24

SUNGAI PETANI: Perairan Pantai Merdeka, Sungai Merbok dan Pulau Sayak terkenal dengan kehadiran ikan siakap bersaiz XL. Namun itu cerita lama kerana sekarang ini kalau dapat menewaskan siakap seberat 5 kilogram pun dikira berbaloi.

Pembangunan pesat di sekitar Sungai Petani merangkumi Sungai Merbok dan anak sungai di sekitarnya membuatkan hutan bakau semakin pupus.

Itu belum dikira dengan penebangan hutan bakau secara haram. Biasanya kayu bakau mendapat pasaran yang tinggi untuk dibuat kelong, candek, langgai dan dijadikan kayu arang. Faktor sungainya yang cetek juga memburukkan keadaan selain pencemaran kilang berhampiran. Rata-rata pemancing sudah beralih angin ke laut dan pulau bagi memburu ikan sasaran.

Bagi kami yang gemar melakukan casting pula tiada pilihan kecuali menjelajah tanpa jemu untuk mencuba dan terus mencuba. Kami cuba menyelongkar lubuk baru kalau-kalau siakap mega yang diimpikan masih wujud.

Pancingan siang agak mengecewakan. Namun nasib menyebelahi kami pada waktu malam. Kami menyewa bot untuk menyusuri alur sungai yang agak jauh ke hulu. Biasanya lokasi sunyi menjadi tempat persembunyian siakap putih. Enjin dimatikan sejurus hampir ke lokasi.

Bot ditambat pada pokok bakau supaya mudah kami memancing. Di sinilah nasib menyebelahi Kashimi apabila menewaskan siakap putih seberat 6 kg menggunakan umpan udang hidup.

Apabila letih, kami singgah memancing di atas sangkar ikan milik rakan penulis, Syaiful Lizan dan Cikgu Abul Hayat. Di sini juga kami dapat memancing spesies kegemaran iaitu sembilang besar yang digelar gemang. Harganya memang tinggi di pasaran ketika ini.

Mudah saja memancing sembilang. Sediakan perumpun dan mata kail kecil serta perambut halus. Kemudian pacak joran di keliling sangkar dan pasangkan loceng. Bila terdengar loceng berdering, itu tanda ia mengena. Jika nasib kurang baik dapatlah ikan belukang atau ikan duri. Keesokan paginya kami masih sempat memancing ikan tanda dan gerut-gerut sebelum pulang dengan hasil tangkapan yang agak memuaskan.

Sumber Berita

Cara pintal dan susun umpan memancing perlu betul

Cara pintal umpan

CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untuk memastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluar apabila diragut mangsa.

Oleh itu, cara memasukkan umpan juga perlu dilakukan dengan teknik yang sesuai termasuk memintal seperti bahagian sotong yang dipotong ataupun cacing, ruat, perumpun sarang ataupun ulat lundu.

Teknik susun umpan

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.

Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing ikan air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan bagi kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

Sumber: di sini dan sini

Tip Umpan: Perumpun jadi tarikan ikan laut

UMPAN perumpun atau umpun-umpun cukup popular bagi semua pemancing yang biasa menggunakannya kerana kemampuannya menjerat pelbagai spesies ikan dan udang sama ada di air masin atau tawar di perairan negara kita ini. Namun bagi pemancing baru mereka mungkin belum tahu akan ‘kuasa saktinya’ apabila melihat spesies persis cacing yang berwarna merah muda ini menggeletek geli apabila disentuhnya.

UMPAN perumpun atau umpun-umpun cukup popular bagi semua pemancing yang biasa menggunakannya kerana kemampuannya menjerat pelbagai spesies ikan dan udang sama ada di air masin atau tawar di perairan negara kita ini.

Namun bagi pemancing baru mereka mungkin belum tahu akan ‘kuasa saktinya’ apabila melihat spesies persis cacing yang berwarna merah muda ini menggeletek geli apabila disentuhnya.

Justeru, inilah masanya untuk mencungkil serba sedikit maklumat berkaitan umpan semula jadi anugerah alam ini.

Perumpun atau cacing air masin adalah dari kumpulan haiwan invertebrat yang juga sebenarnya hampir sama dari jenis saudaranya, iaitu cacing tanah yang terdapat di kebun pisang atau belakang rumah kita.

Namun, bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 30 sentimeter serta mempunyai kaki seperti lipan, membuatkan spesies ini berbeza banyak dengan cacing tanah yang sedia ada.

Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ianya bersarang di dalam lumpur itu sendiri.

Di negara beriklim khatulistiwa ini, terdapat beberapa spesis perumpun yang dijadikan umpan untuk ikan tertentu atau mengikut padang pancingan masing-masing. Perumpun ini antaranya perumpun pasir, merah dan jangkau.

Umpan ini masing-masing dikhaskan, perumpun pasir – ikan bolos, gelama dan sembilan. Jangkau – ikan duri, jenahak, jengah dan gubal dan perumpun merah – udang galah serta ikan baung.

Justeru, cara untuk mencarinya perlu diserahkan kepada mereka yang pakar mengesannya iaitu ketika air surut di kawasan paya bakau di mana sarangnya boleh dikenal pasti melihat timbunan najis tanah atas kawasan yang berlumpur.

Sarangnya itu akan dikorek menggunakan cangkul atau penyedok khas sedalam kira-kira satu meter dan kemudian di tarik secara perlahan-lahan bagi mengelakkan badannya terputus.

Untuk menggunakan umpan ini, mata kail bersesuaian dengan saiznya diperlukan dengan mencangkuk perumpun terbabit yang dipotong kira-kira satu hingga dua sentimeter.

Petua untuk umpan ini tahan lama janganlah anda memotong di bahagian kepala dulu dan mulakan dari ekornya sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan simpanlah dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.

Sekarang ini, umpan perumpun mudah didapati di kedai pancing atau di tepi jalan di lokasi memancing dengan harga antara RM5 sehingga RM6 mengikut isi kandungannya.

Oleh Zulhilmi Hat
Sumber: sini

Tip Umpan: Katak minyak umpan haruan, bujuk

KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit.

KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit.

Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.

Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya.

Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.

Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.

Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.

Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.

Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu karauan secara perlahan dilakukan untuk meransang deria bau ikan.

Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai.

Kini, katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.

Oleh Zulhilmi Hat
Sumber: sini

%d bloggers like this: