Kuaci ‘halal’ palsu

Awas dengan kuaci yang diimport dari China yang dicop dengan logo halal JAKIM palsu.

Berita selanjutnya….

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/03/11

KAJANG: Selepas hampir 10 tahun popular di kalangan pengguna sebagai makanan ringan, sejenis produk kuaci berperisa yang diimport dari China dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas didapati menipu orang ramai apabila menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) palsu.

SIASAT…pegawai KPDNKK membuat pemeriksaan di syarikat pengimport kuaci.

Pemilik syarikat yang mengimport kuaci terbabit didapati menggunakan sijil halal palsu bagi memastikan produk terbabit menembusi pasaran pengguna Islam. Namun tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kilang menemui noktah apabila 710 kotak berisi ratusan ribu bungkusan kuaci bernilai hampir RM100,000 dirampas.

Penggunaan logo halal tanpa kebenaran itu dibongkar selepas pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan mengejut di syarikat pengedar kuaci terbabit di Balakong, pagi semalam.

Lawatan mengejut pegawai KDPNKK dan Jakim itu bagaimanapun menyebabkan berlaku `perang hangat’ apabila pihak pengurusan syarikat enggan bekerjasama sebaliknya mempertikaikan kuasa dan tindakan pegawai KPDNKK memeriksa syarikat berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila, pihak pengurusan syarikat mengunci pintu menyebabkan pegawai KPDNKK dan Jakim terkurung sehingga polis dipanggil untuk tindakan meredakan keadaan.

Kehadiran tiga anggota polis bagaimanapun berjaya meredakan keadaan berikutan sikap pengurus syarikat berkenaan yang enggan bekerjasama dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa memeriksa premisnya.

Sumber KPDNKK berkata, pengurusan syarikat itu mendakwa memperolehi sijil halal dari satu syarikat perunding yang menawarkan perkhidmatan memperolehi sijil halal dari Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).

“Bagaimanapun, siasatan mendapati sijil halal yang ditunjukkan itu tidak pernah diiktirafkan Jaip termasuk Jakim berdasarkan maklumat meragukan serta status individu yang menurunkan tandatangan pada sijil terbabit,” katanya.

Sumber berita

Advertisements

Cuti Bersalin 90 hari?

Dahlah pekerja perempuan ramai berbanding lelaki, kalau asyik ambil cuti bersalin sampai 3 bulan, siapa yang hendak tanggung kerja mereka?? Bukan ke ini menyusahkan dan membebankan pekerja lain?? Pening pulak ketua-ketua jabatan nak cari pengganti sementara bagi mereka ini.

Rasanya 60 hari cuti bersalin sekarang pun sudah lama, ini kan pula 90 hari….

Apa nak jadi???

Oleh MOHD. DZULRAINI IMMERAN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Satu juta tandatangan dicari sebagai menyokong kempen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) untuk menambah cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Kempen yang dinamakan 90 Hari Untuk Ibu itu dilancarkan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010 di ibu pejabat Nube di Jalan Semantan di sini semalam.

Presiden NUBE, Tan Eng Hong berkata, pengumpulan sejuta tandatangan daripada orang ramai tanpa mengira institusi pekerjaan diharapkan agar cuti sedia ada dalam Akta Kerja 1955 dikaji semula.

Sumber berita

Awas!!! jangan terbasuh wang RM 50 baru

Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru.

Seorang jurutera di PJ, Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh. Apa yang mengejutkan ialah wang RM 50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah hilang sekelip mata.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM 50 baru telah hilang gambar cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.

Manakala wang RM 50 dan RM 10 lama yang turut tercuci tidak rosak sama sekali.

Jika wang RM 50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa tidak wang RM50 baru, yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah diupgrade versinya?

Sumber berita

Tips to identify country barcode of a product

There is a good tip for identifying the products to boycott. Every bar coded product in the market contains its country code included in barcode digits. Please check the barcode of any product before you buy.

Check the first 3 digits from the LEFT.

Example, an Israeli product will have barcode like:
729 3453459070

The following list is given according the priority as the worst at top and then second worst is next.

729 Israel
570 – 579 Denmark (i.e. 570, 571… 579)
870 – 879 Netherlands (i.e. 870,871… 879)

AWAS!!! Buku Komik Bahaya …

Info ini diterima melalui email.

Ini satu lagi usaha pihak Kristian untuk memesongkan akidah umat Islam. Kanak-kanak Islam dijadikan sasaran oleh Kristian.

Inilah akibatnya kalau penggunaan nama Allah dibenarkan kepada bukan Islam….dengan mudah mereka boleh menjadikannya senjata untuk memesongkan dan mengelirukan orang Islam, terutama kanak-kanak yang masih mentah dan orang Islam yang lemah pegangan agama.

Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam.

Buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal).

Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Bersama ini disertakan bukti-bukti gambarnya.

Muka depan buku ini.

Nota: Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

AWAS!!! Buku “The True Furqan” – Sesat dan Menyesatkan

Kepada semua muslimin dan muslimat,

Kini, pelbagai cara dan pendekatan yang digunakan oleh orang kafir untuk memesongkan akidah dan mengelirukan pemahaman umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenarnya. Ini mungkin disebabkan kebimbangan musuh-musuh Islam ini akan perkembangan Islam yang pesat dalam abad ini, terutamanya di negara-negara maju, seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Musuh-musuh Islam ini tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memurtadkan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dengan taktik kotor mereka ini di samping mempertingkatkan ilmu, pemahaman dan penghayatan ajaran Islam yang sebenarnya.

Berikut adalah contoh The New American Quran yang dinamakan The True Furqan yang jelas bertujuan memesongkan akidah umat Islam kepada pemahaman Kristian yang sesat.

Tajuk buku yang menyesatkan ini.

The new AMERICAN Quran: a dangerous trick

A new Quran is being distributed in Kuwait, titled ‘The True Furqan‘. It is being described as the ayats of the Shaytan and Al-Furqan weekly magazine has found out that the two American printing Companies; ‘Omega 2001’ and ‘Wine Press’ are involved in the publishing of ‘The True Furqan’, a book which has also been titled ‘The 21st Century Quran’!

It has over 366 pages and is in both the Arabic and English languages….it is being distributed to our children in Kuwait in the private English schools! The book contains 77 Surats, which include Al-Fatiha, Al-Jana and Al-Injil. Instead of Bismillah, each Surat begins with a longer vesion of this incorporating the Christian belief of the three spirits..

And this so called Quran opposes many Islamic beliefs. in one of its ayats it describes having more than one wife as fornication, divorce being non-permissible and it uses a new system for the sharing out of the will,
opposing the current one. It states that Jihad is HARAAM.

This book even goes as far as attacking Allah, Subhanahu wa Tahala!

All this is poisoning our children at approx. price of US $3.

Sumber: e-mail.

Terjemahan Allah ditukar kepada Jesus.

Contoh ayat yang dipesongkan.

Jalan yang sesat.

Nota: Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Kenapa zalim kepada haiwan???

Kenapa manusia sanggup menzalimi haiwan, hanya kerana mahukan keuntungan dan kekayaan serta kepuasan diri?? haiwan pun berhak untuk hidup dan menikmati anugerah Allah swt.

Kenapa haiwan ini perlu dibunuh dengan kejam dalam jumlah yang besar??? Ini telah memporakperandakan keseimbangan ekologi lautan anugerah Ilahi.

Ayuh, mari kita bantah penzaliman manusia rakus kepada gergasi laut ini….

Zalimnya…. sehingga air laut bertukar menjadi laut darah.

KEDENGARAN jeritan dan sorakan di tengah lautan. Keterujaan itu seiring dengan kegigihan kumpulan anak kapal yang sedang berusaha menarik seekor paus sepanjang hampir 20 meter naik ke atas kapal.

Darah merah lantas mencemarkan kebiruan air laut di situ. Semakin banyak ia mencurah saat paus itu meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, kuasa tombak yang dibedil dari atas kapal gergasi itu jauh tertusuk lalu menembusi tulang-temulangnya.

Setelah berjaya dinaikkan, paus itu menghadap seksaan paling kejam. Ia ditembak berkali-kali untuk memastikan hayatnya benar-benar sudah berakhir. Hanya selepas itu, proses melapah pun bermula.

Nasib paus tiada penyudahnya. Keengganan Jepun menghentikan tradisi makanan berasaskan daging mamalia laut terbesar itu seumpama mementingkan diri sendiri.

Kalau membayangkan siri perbuatan itu, ia seolah-olah meletakkan manusia sebagai makhluk yang paling kejam.

Walaupun menerima persepsi sedemikian, bagi pemburu-pemburu paus dari Jepun itu, ia bukanlah satu kekejaman. Sebaliknya, ia suatu proses yang biasa dilakukan para pelaut tersebut untuk mencari sumber makanan bagi mengisi perut yang kosong.

PAUS kelabu seperti ini sentiasa terancam saat ia muncul di permukaan laut untuk mengambil nafas atau bermain dalam kelompoknya.

“Paus ditangkap kerana kami menghargainya. Secara fitrah, ikan paus yang dilahirkan di laut adalah untuk kami memburunya. Kami rasa paus berasa ‘gembira’ untuk dimakan.

“Saya tidak pernah mendengar sesiapa pun yang mengeluh kesal. Kanak-kanak di sini pun tidak bersedih kerana paus yang mati. Paling nyata, mereka mungkin berkata tangkapan hari ini nampak sedap,” kata salah seorang bekas pemburu Yuichi Kimura yang berasal dari Ayukawa, Jepun.

Di restoran-restoran Negara Matahari Terbit itu, hidangan daging paus bukanlah sesuatu yang asing. Makanan eksotik itu menjadi kegemaran malah merupakan sebahagian daripada makanan wajib penduduknya.

KEHADIRAN kapal besar yang dilengkapi tempuling seperti Yushin Maru ini adalah ancaman menakutkan buat paus dan kumpulan pergerakan antipemburuan.

Walaupun menyedari haiwan tersebut sudah semakin pupus, Jepun masih enggan membuang tabiat itu kerana ia telah menjadi tradisi mereka sejak ratusan tahun dahulu.

Menurut kajian, tradisi memakan daging paus dan pemburuannya telah wujud sejak abad ke-12 di Jepun. Tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, permintaan terhadapnya semakin tinggi lantaran selera terhadap mamalia laut itu semakin meningkat.

Tradisi dan kontroversi

Di negara yang mengalami kekurangan sumber makanan yang serius itu, paus bukan sahaja diambil dagingnya untuk memenuhi selera di meja makan. Bahagian-bahagian paus yang lain turut dijadikan sumber minyak bagi lampu, sabun, baja dan sebagainya.

Kata Yuichi, tradisi atas kapal Jepun tidak seperti amalan anak kapal pemburu paus di Amerika Syarikat. Kalau kapal Amerika membuang daging mamalia tersebut setelah mengambil bahagian tertentu yang boleh dijadikan minyak, pelaut Jepun pula memanfaatkan setiap inci paus yang ditangkap.

DEMONSTRASI yang mengecam kegiatan memburu paus sering dijalankan namun sejauh manakah gesaan itu diberi perhatian?

Isu pemburuan paus dan kerisauan terhadap kepupusannya telah mula dibangkitkan sejak 1925 dan telah dibawa ke Persidangan Geneva. Undang-Undang Pemburuan Paus telah digubal pada 1931 dan mula dikuatkuasakan pada 1934, namun Jepun dan Jerman tidak menghiraukannya.

Begitupun pada 1947, daging paus telah menguasai pasaran Jepun sebanyak 50 peratus berbanding daging-daging lain. Malah pada sekitar 1954 pula, satu Akta Pemakanan Sekolah telah menyenaraikan daging paus dalam program pemakanan di sekolah kerana mereka percaya ia dapat meningkatkan nutrisi kanak-kanak Jepun.

Tanpa terkesan terhadap tekanan gerakan kumpulan pencinta haiwan dan pelbagai pertubuhan global lain yang mewakili survival haiwan itu, daging paus terus menjadi sebahagian daripada makanan mereka kerana ia dipercayai berkhasiat dan rendah lemak.

KAPAL ini sedang menarik masuk seekor paus minke bersama anaknya di Lautan Antartik. Jepun mendakwa penangkapan paus adalah untuk tujuan ‘penyelidikan’.

Bagaimanapun, selepas ekonomi negara tersebut pulih, permintaan terhadap daging ikan paus sedikit menurun selepas daging-daging lain menjadi popular di pasaran menjelang 1970.

Kerajaan negara tersebut walau bagaimanapun terus berusaha meningkatkan semula permintaan dan minat terhadap daging paus.

Sebuah syarikat telah ditubuhkan dan bertanggungjawab menghantar daging paus ke sekolah, hospital dan restoran. Walaupun pengedarannya percuma, penjualannya tetap dikawal bagi memastikan harganya berada di tahap yang memuaskan.

Pengharaman

Selaras dengan larangan oleh Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC), misi pemburuan paus di Lautan Antartik bagaimanapun telah dihentikan oleh Jepun pada 1986-1987. Ini berikutan langkah negara-negara Barat yang melobi pengharaman tersebut atas hujah bahawa haiwan itu diburu secara melampau sehingga membawa kepada kepupusan.

Walaupun berat menerima penguatkuasaan itu, Jepun terpaksa akur menghentikan aktiviti memburu paus minke di kawasan pesisiran pantai sejak tahun 1988.

DAGING paus menjadi kegilaan diet rakyat Jepun kerana mempercayai nilai khasiatnya yang tinggi.

Namun, kontroversi itu tidak tamat begitu sahaja. Jepun sebenarnya masih meneruskan aktiviti yang membunuh beratus-ratus ekor paus setahun. Cuma mereka memberi alasan pemburuan dan pembunuhan itu atas nama ‘penyelidikan’.

Alasan tersebut telah menerima kritikan daripada negara-negara antipemburuan paus seperti Amerika Syarikat dan Australia yang melihatnya sebagai pemburuan komersial. Umum tahu, paus akan tetap berakhir di atas pinggan sebagai hidangan di restoran dan dapur rumah mereka.

Sepanjang tahun 2009 yang mempunyai 10 musim memburu paus, Jepun yang memiliki sebuah kapal industri, empat kapal tempuling dan dua kapal patrol telah membunuh 935 ekor paus minke, 50 ekor paus fin dan 50 spesies humpback setiap musim.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Paus Antarabangsa (IWC), tangkapan paus dengan permit oleh Jepun dari 1988 hingga 2008 di Pasifik Utara dan Hemisfera Selatan adalah sebanyak 11,368 ekor.

Ekoran ia berhampiran perairan Australia, kerajaan negara kanggaru tersebut lantang memberi komen mengenai kegiatan tersebut.

Pada tahun 1994, Australia mengumumkan bahawa kawasan sejauh 200 batu nautika (370 km) yang mengelilingi Wilayah Antartik Australia sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ). Zon itu termasuk dalam bahagian selatan kawasan Tempat Perlindungan Paus Laut Selatan yang telah diisytihar IWC.

Pada Disember 2007, kerajaan Australia mengumumkan rancangan untuk mengawasi pemburu paus Jepun yang memasuki perairan mereka. Perdana Menteri, Kevin Rudd, turut membuat bantahan rasmi terhadap aktiviti pemburuan paus oleh Jepun dan mengancam untuk mengambil tindakan melalui mahkamah antarabangsa.

“Jika kita tidak boleh menyelesaikan masalah ini secara diplomatik kami tidak akan menunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kami serius dalam hal ini. Saya lebih suka menyelesaikannya secara diplomatik tetapi jika gagal, pasti ada jalan alternatif untuk menyelesaikannya,” kata Kevin.

Jepun telah mengundang masalah yang lebih besar apabila kapal milik mereka, Shonan Maru 2, telah melanggar bot canggih milik kumpulan antipenangkapan paus Persatuan Pemuliharaan Sea Shepherd 6 Januari lalu.

BOT canggih Ady Gil ini musnah di bahagian hadapannya kerana mendakwa kapal Jepun, Shonan Maru 2, melanggarnya ketika melakukan aktiviti pemburuan paus.

Muncung bot bernama Ady Gil itu telah patah akibat dirempuh Shonan Maru 2, dan akibatnya kedua-dua belah pihak saling menyalahkan kedudukan dan peranan masing-masing.

Sea Shepherd dalam satu kenyataan memberitahu, kapal The Shonan Maru 2 tiba-tiba menghidupkan enjin dan melanggar Ady Gil sehingga bahagian depan bot itu putus.

Institut Penyelidikan Cetacean (ICR) Jepun pula mendakwa lima warga New Zealand dan seorang rakyat Belanda dalam bot canggih itu cuba merosakkan kemudi dan kipas dengan menggunakan tali selain menembak ‘cahaya laser’ kepada anak kapalnya dan melontarkan bom busuk.

“Mereka telah membuktikan bahawa mereka tidak mengendahkan undang-undang dan nyawa manusia, sama seperti nyawa paus. Enam anggota kami boleh terbunuh dalam kejadian itu,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sea Shepherd, Chuck Swift.

Jurucakap bagi ICR, Glenn Inwood, pula membalas dengan menyifatkan tindakan Sea Shepherd itu sebagai usaha meraih publisiti semata-mata.

Hakikatnya, selagi ada permintaan dalam pasaran daging paus di Jepun, selagi itulah pemburuan terhadapnya tidak akan berakhir.

Walaupun kesedaran masyarakat Jepun terhadap isu kepupusan paus sudah menampakkan sedikit peningkatan, ia masih belum cukup untuk menghalang kegilaan aktiviti pemburuannya. Tradisi tersebut terlalu kuat untuk dikatakan salah, apatah lagi untuk dihentikan.

Sumber

%d bloggers like this: