Cili terpedas di dunia – Ghost Chilli (Bhut Jolokia)

CHANGPOOL, India: Cili yang terpedas di dunia terdapat di kawasan pergunungan di baratlaut India yang dikenali sebagai “Bhut Jolokia” atau “Ghost Chilli”. Cili ini juga terdapat di Bangladesh dan Sri Lanka.

Saiz cili Bhut Jolokia ini ialah sekitar 60 – 85mm, berwarna merah atau oren apabila matang.

Cili ini dikatakan mempunyai skala kepedasan sebanyak 855,000 – 1,075,000 mengikut skala Scoville Heat, manakala skala kepedasan cili api (Bird’s Eye Chilli) yang sudah cukup pedas kepada kita cuma 50,000-100,000 mengikut skala Scoville Heat. Ini bermakna cili Bhut Jolokia ini 17 kali lebih pedas daripada cili padi dan 28.5 kali lebih pedas daripada sos Tabasco.

Gambar seorang petani memetik “Bhut jolokia” atau “ghost chili” di sebuah ladang cili di Changpool, yang terletak di baratlaut India, dalam negeri Assam. Cili Bhut jolokia yang bersaiz sebesar jari ibu dengan kepedasan yang menakutkan, baru-baru ini telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia oleh Guinness World Records.

Source

Cantiknya mawar merah yang sedang mekar….

Lihat ini…

Durian Belanda: Satu lagi punca pendapatan tani

Jika dulu, Durian Belanda cuma dimakan mentah atau dibuat jem, kini produk Durian Belanda telah dipelbagaikan termasuklah dibuat Jus Durian Belanda yang mendapat sambutan memberansangkan daripada orang ramai. Jus Durian Belanda yang segar atau diproses kini menjadi salah satu resepi pilihan pelanggan di restoran-restoran besar dan eksklusif.

Oleh kerana jus Durian Belanda semakin popular, bekalan buah Durian Belanda perlulah konsisten untuk memenuhi permintaan dalam bentuk segar atau untuk pemprosesan jus. Dengan pengurusan penanaman pokok Durian Belanda yang baik, pokoknya boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta mengeluarkan buah dalam tempoh yang singkat.

Ini merupakan satu lagi hasil tanaman berpotensi untuk memperolehi pendapatan lumayan bagi petani.

Durian belanda boleh dibuat jus

Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L. dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae.

Pengeluaran buah durian belanda banyak bergantung kepada keadaan cuaca semasa, penjagaan anak pokok teratur dan sempurna, pendebungaan berbantu serta kesuburan tanah yang baik.

Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum.

Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis.

Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus.

Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok.

Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks.

Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman pokok durian belanda ialah tanah jenis lom liat berpasir.

Selain itu, mempunyai saliran yang baik, keasidan tanah dengan pH di antara lima hingga tujuh serta kawasan yang tidak mempunyai naungan.

Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna.

Sumber artikel Utusan Malaysia

Cara mudah membuat baja kompos

Tanah kompos atau baja kompos merupakan satu daripada baja semulajadi atau baja organik yang dibuat melalui proses pereputan bahan untuk menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Terdapat beberapa cara mudah untuk menghasilkan baja kompos, sama ada dengan membiarkan proses pereputan berlaku secara semulajadi atau dengan bantuan agen pereput, seperti cacing tanah, bakteria dan lain-lain.

Terkini, bahan buangan dari dapur juga boleh dijadikan baja kompos. Dengan cara ini, sesiapa yang berminat untuk berkebun atau menanam bunga hiasan di sekeliling rumah, boleh membuat sendiri baja kompos mereka dengan kos yang rendah.

Beberapa kaedah mudah untuk membuat baja kompos dipanjangkan di bawah ini untuk dipraktikkan oleh mereka yang berminat…..

Making compost the easy way

Turning kitchen leftovers into compost

GET a plastic bin as container. Make holes in the bottom and cover of the pail. Then place the leftovers such as the leaves, roots, stalks of vegetables, remains of fruit in the container.

Mix one portion of such leftovers with one portion of clean soil or existing compost.
When the container is full turn over the contents once every 20 days. After about two months the mixture will be ready for use.

Compost made easy by earthworms

It is also a good idea to introduce a number of earthworms (often sold as fish baits) to the mixture of leftover food and soil.

The earthworms speed up the disintegration process and save you the trouble of turning over the compost and the smell of decomposing material.

Furthermore, the droppings of the earthworms also provide additional nutrients to the soil.

Forest soil — a rich alternative

Get some crates discarded by fishmongers into which place 30 cm of forest soil (uncontaminated by chemicals or degraded in other ways).

Such soil contains a very rich and balance micro ecological system as well as minerals and organic substances.

The forest soil will need to be sufficiently thick (enough to cover 1/3 the height of the container). This will make it easier to maintain the high temperature conducive for fermentation and the killing of germs.

In this process there is no need to get anything else other than the forest soil and the kitchen leftovers. After about 4 to 6 months the mixture will be ready for use.

Unlike compost it is soil enriched by decomposed organic matter and can be directly applied for the cultivation of plants.

Source

Manfaat Hampas Tebu

Sejak kebelakangan ini, para penyelidik di Malaysia telah mula mencari-cari dan seterusnya mengenalpasti bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula atau digunakan untuk menghasilkan produk lain yang lebih berharga dan berfaedah kepada orang ramai.

Satu daripada bahan buangan yang murah dan mudah diperolehi ialah hampas tebu yang boleh digunakan sebagai penapis gas yang dihasilkan oleh bahan bakar petroleum daripada kenderaan bermotor di jalan-jalan raya. Gas ini menyebabkan pencemaran udara yang berbahaya kepada orang ramai, terutamanya pengidap asma dan penyakit berkait saluran pernafasan yang lain.

Oleh itu, diharapkan hasil kajian keberkesanan penggunaan hampas tebu sebagai penapis udara tercemar ini akan dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat….

Hampas tebu tapis udara tercemar

Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum adalah tanaman utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Dalam proses membuat gula, hasil sampingan (buangan) yang terhasil dipanggil sugarcane dregs atau hampas tebu.

Bahan buangan ini tergolong dalam kelas karbon yang diaktifkan.

Hampas tebu yang boleh dimanfaatkan sebagai penapis udara tercemar- Gambar hiasan.

Karbon ini mempunyai liang mikro yang berupaya menyerap gas dari bahan bakar petroleum (petrol fuel gases) yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor yang berbahaya kepada orang ramai.

Hampas tebu yang tidak mempunyai nilai komersial dimasukkan ke dalam botol air mineral yang diguna semula dan gas yang mengandungi bahan pencemar disalurkan ke dalam botol tersebut.

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan hampas tebu dalam menyerap partikel pencemaran dari udara.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa karbon yang diaktifkan dalam hampas tebu mampu menurunkan jumlah karbon monoksida dalam udara sebanyak 74.51 peratus , nitrus oksida sebanyak 29.35 peratus dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 58.07 peratus

Keputusan ini menunjukkan bahawa bahan buangan dari proses pembuatan gula boleh digunakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.

Sumber artikel

Kastor (Jarak): peluang baru dalam pertanian

Kepada petani moden yang sedang tercari-cari jenis tanaman yang berpotensi untuk diusahakan, pokok jarak atau kastor merupakan satu alternatif baru yang sangat berpotensi kerana minyak kastor yang dihasilkan mendapat sambutan dan harga yang tinggi di pasaran dunia.

Mudah ditanam dan diselenggara merupakan kelebihan bagi penanaman pokok jarak ini. Oleh itu, peluang menanam pokok jarak (kastor) ini harus diberi perhatian yang serius di kalangan petani.

Potensi kastor (jarak) dan peluang perniagaannya dipanjangkan di bawah ini….

Kastor peluang baru pertanian

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

DIKENALI sebagai pokok jarak di negara ini, kastor merupakan salah satu tanaman yang bakal mencetuskan fenomena pertanian baru kepada petani.

Tanaman Jarak (kastor) ini boleh ditanam di atas apa jua jenis tanah dan mudah diselenggara.

Jika harga pasaran dunia bagi minyak kelapa sawit berada di bawah nilai satu dolar Amerika Syarikat, minyak kastor pula berharga dua hingga tiga kali ganda berikutan permintaan terhadapnya semakin meningkat ketika kini.

Hal demikian kerana produk yang dapat dihasilkan daripada tanaman ini adalah pelbagai dan tidak dapat menampung permintaan yang sedang melonjak tinggi.

Pokok kastor atau nama saintifiknya Ricinus communis adalah spesies pokok berbunga dari keluarga Euphorbiaceae.

Benih pokok ini dikenali sebagai biji kastor dan sebenarnya berasal daripada Mesir , India dan ia juga boleh ditemui di sekitar kawasan tropika seperti China, Brazil, serta Thailand.

Biji kastor pada dasarnya amat beracun namun minyak dihasilkan kini merupakan sumber penting kepada produk seperti minyak pelincir kapal terbang.

Ia juga merupakan satu produk komersial terawal dan telah dikenali sejak 4,000 tahun Sebelum Masehi apabila biji benih tersebut ditemui dalam makam-makam di Mesir.

Minyak kastor

Jika di Mesir pada zaman dahulu, minyak kastor digunakan untuk menyalakan lampu dan disapu pada badan selain digunakan untuk menyihatkan rambut.

Di India ia juga digunakan untuk menyalakan lampu manakala di China menggunakannya sebagai rawatan dalam dan luaran.

Hari ini, di Malaysia, tanaman ini sedang diusahakan oleh syarikat FarmBond Resources Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak 2008.

Syarikat ini juga turut membekalkan benih kastor untuk pertanian ke seluruh Asia.

Menurut pengurus perniagaan syarikat tersebut, Zaini Zam Keman, purata tanaman kastor hanya selama 120 hari sahaja.

“Selepas 120 hari pokok kastor sudah boleh dituai untuk kali pertama.

“Pokok kastor boleh bertahan sehingga lapan tahun dan hasilnya boleh dituai sepanjang tahun jika ditanam di negara ini,” jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya.

FarmBond memiliki pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan serta kepakaran dalam menghasilkan benih kastor yang bermutu tinggi.

Jelas Zaini Zam, tidak semua pokok kastor yang ditanam dapat menghasilkan peratus minyak yang tinggi seperti yang dikehendaki.

Sebagai contoh, spesies tempatan memiliki biji benih yang kecil justeru ia tidak sesuai ditanam untuk tujuan komersial.

“Di sini kami menggunakan benih pokok kastor hibrid yang diimport terus dari China yang mana buahnya lebih besar dan memiliki peratusan kandungan minyak yang lebih tinggi,” jelasnya.

Namun dengan ladang yang dimiliki FarmBond kini, ia tidak dapat memenuhi permintaan dunia yang semakin meningkat.

Justeru syarikat Farmbond mengambil inisiatif mengadakan perladangan kontrak bagi para petani yang berminat.

Jelas Zaini Zam, mereka hanya perlu menyediakan tapak (ladang) minimum hanya tiga ekar bagi memastikan mereka menerima pulangan yang berbaloi.

“Segala persiapan ladang, pinjaman bank dan penanaman pokok sehingga berusia sebulan akan diuruskan oleh syarikat sebelum diserahkan kepada petani selepas itu.

“Kita juga akan membeli semua hasil tuaian justeru petani tidak perlu risau memikirkan tentang pasaran biji kastor tersebut.

“Malah kita juga menawarkan jawatan eksekutif pemasaran sebagai agen untuk membantu petani,” ujarnya.

Bagi yang berminat boleh menghubungi Zaini di talian 03 79542297 atau melayari laman web syarikat tersebut di http://www.farmbond.com.

Sumber Berita

Minat Memelihara Burung Walit?

Sebagaimana kita tahu, pemeliharaan burung walid merupakan aktiviti yang sangat menguntungkan kerana sarang burung walid ini sangat bernilai harganya dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi sama ada di dalam atau di luar negara.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam pemeliharaan burung walid, diperturunkan di bawah ini panduan cara-cara pemeliharaannya. Artikel ini dalam Bahasa Indonesia dan diharapkan pembaca dari Malaysia dapat memahaminya…… selamat mencuba dan seterusnya berjaya!!!

Sila klik link di bawah ini:
BudidayaBurungWalet

Berikut adalah maklumat tambahan bagi pemeliharaan burung walit….

Klik sini

Semoga bermanfaat….

%d bloggers like this: