Apakah makna Kod Warna pada hujung tiub ubat gigi?

Setiap orang yang menggunakan ubat gigi setiap hari. Kekadang kita tertanya-tanya juga, kenapa tiub ubat gigi mempunyai warna yang berlainan?

Perhatikan, pada setiap bekas tiub ubat gigi terdapat bar kod warna yang pelbagai di hujung tiubnya, seperti gambar di bawah. Kenapa warnanya berbeza-beza?

kod warna ubat gigi

Sebenarnya, setiap warna itu mempunyai maksud yang tertentu, yang mana ia digunakan oleh kilang ubat gigi di seluruh dunia.

Makna setiap bar warna pada ubat gigi adalah berasaskan kepada kandungan bahan yang terdapat di dalamnya, contohnya:

Hijau : Bahan semulajadi
Biru : Bahan semulajadi + ubatan
Merah : Bahan semulajadi + bahan kimia
Black : Bahan kimia

Ubat gigi dengan garisan berwarna apakah yang menjadi pilihan anda sekeluarga?
Berhati-hatilah dengan produk yang anda gunakan setiap hari, elakkan ubat gigi yang mengandungi banyak bahan kimia.

Kulit pisang ubat jerawat dan penyakit kulit

Tahukah anda bahawa bahawa kulit pisang yang masak ranum boleh digunakan untuk merawat jerawat dan penyakit kulit yang lain?

banana peel

Sebenarnya, orang tua-tua dulu telah lama menggunakan kulit pisang untuk menghilangkan parut luka, parut kudis dan gatal-gatal kulit. Sejak kebelakangan ini banyak kajian saintifik yang dijalankan telah membuktikan kebenaran bahwa kulit pisang memang mampu merawat pelbagai jenis penyakit kulit secara semulajadi dan murah berbanding dengan ubat yang mengandungi banyak bahan kimia dan mahal pula harganya.

Di antara penyakit kulit yang boleh dirawat dengan menggunakan kulit pisang yang masak ranum ini ialah jerawat, bekas atau parut jerawat, parut kudis, parut luka, bekas gigitan serangga, kulit gatal-gatal, bintil, ketumbit, garis dan kedutan kulit (boleh mengurangkan kulit yang kendur), psoriasis, ekzema, dan lain-lain. Ini kerana kulit pisang yang ranum mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh kulit yang sihat. Ia banyak mengandungi vitamin, potassium, antioksidan, lutein (melindungi kerosakan kulit oleh sinaran cahaya matahari), dan asid lemak esterified (mampu merawat ekzema dan psoriasis yang juga banyak digunakan dalam formulasi produk kesihatan untuk kulit).

Caranya

1. Ambil sebahagian kulit pisang yang ranum (sebelah dalamnya) dan gosok-gosokan apa kawasan kulit yang hendak dirawat beberapa minit sehingga warnanya bertukar menjadi coklat.

2. Semasa mengering, kulit akan menyerap vitamin dan nutrien dari kulit pisang tersebut. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian basuh dengan air suam. Jika dibuat waktu malam, biarkan saja ia kering semalaman dan basuh pada keesokan harinya.

3. Lakukan 3 kali sehari selama beberapa hari, dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!

Sumber

Tahukah anda?

Tahukah anda bahawa memakai tuala wanita ultra melebihi 5 jam sehari boleh menyebabkan kanser?

Memakai tuala wanita ultra (yang selalunya nipis dan boleh menyerap darah haid dengan berkesan) mengundang bahaya dan risiko mendapat kanser pundi kencing dan kanser uterus jika ia dipakai melebihi 5 jam sehari tanpa ditukar-tukar. Ini kerana bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan tuala wanita ultra ini berupaya menukarkan cecair (darah haid) menjadi gel. Jika tuala wanita ultra ini dipakai dalam tempoh yang terlalu lama, contohnya sekeping sehari, darah akan menjadi hijau dan fungus yang terbentuk itu akan memasuki uterus dan saluran lain yang berhampiran. Untuk lebih selamat, gunakanlah tuala wanita yang diperbuat daripada bahan kapas.

ultra padGambar hiasan – ultra pad

 

//

Makna Kod pada produk makanan

Tahukah anda bahawa nombor permulaan Kod yang terdapat pada produk makanan, terutamanya buah-buahan yang diimport mempunyai makna tertentu, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah ini. Oleh itu, sebelum membeli buah-buahan import, lihat dulu kod yang tertera dan dilekatkan pada buah-buahan tersebut.  Ini boleh dijadikan panduan bagi memilih buah-buahan mengikut kehendak masing-masing, sama ada mahu buah-buahan biasa yang menggunakan racun makhluk perosak,  buah-buahan yang diubahsuai secara genetik (GMO) atau yang ditanam secara organik…

code meaning

Tahukah anda?

Ubat Kolesterol menyebabkan lelaki mandul

Tahukah anda bahawa ubat yang biasa diguna bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mandul?

Hasil kajian makmal di Pusat Mone, Philadelphia, USA mendapati ubat bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah tergolong dalam kelas ubat fibrates yang mampu menurunkan kandungan kolesterol, di samping menyebabkan sperma menjadi cacat, dan ini secara langsung menjadikan seseorang lelaki itu mandul.

Awas!!! Bahan kimia ini juga terdapat dalam racun rumpai yang biasa digunakan di ladang gandum dan jagung.

Sumber

Tahukah anda?

Kelebihan kulit kayu manis

Tahukah anda bahawa kulit kayu manis yang selalu digunakan dalam masakan kita mampu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah dan membantu membetulkan serta memulihkan fungsi sistem endokrina seperti pengeluaran hormon insulin, secara semulajadi.

Oleh itu, penggunaan kulit kayu manis dalam masakan amat digalakkan terutamanya bagi pengidap kencing diabetes yang kronik.

kayu manis

Tahukah anda?

Maksimumkan khasiat air teh

Tahukah anda khasiat air teh mampu dimaksimumkan dengan mencampurkan jus lemon atau jus limau kerana jus sitrus ini mampu meningkatkan penyerapan antioksidan yang sedia ada di dalam air teh. Antioksidan ini perlu bagi melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit, kesan pencemaran dan melambatkan proses penuaan.

Lemon_tea_squared_circle

%d bloggers like this: