Terapi EMDR untuk penyembuhan minda dan badan

Terapi EMDR (Eye Movement Desensitization and Reprocessing) adalah terapi kesihatan terkini bagi membebaskan minda dan tubuh daripada pengalaman ngeri masa lampau atau trauma.

Hasil penyelidikan terkini membuktikan bahawa terapi EMDR atau terapi menggunakan pergerakan mata ke kiri dan ke kanan adalah berkesan bagi merawat masalah emosi yang kronik, termasuklah:

* Trauma
* Keletihan
* Fobia/ketakutan
* Ketagihan
* Masalah takut/panik
* Murung
* Kekerasan

Apakah kaitan antara emosi dan penyakit?

Emosi sebenarnya tertanam di dalam sistem saraf dan akan menghasilkan memori/daya ingatan bersel yang akan menjadi punca kepada kebanyakan masalah kesihatan. Dianggarkan 95% daripada penyakit adalah disebabkan oleh memori bersel yang terperangkap di dalam sistem saraf ini. Oleh itu, terapi yang terbaik ialah menyembuhkan memori bersel yang merosakkan ini, dan ini secara tidak langsung akan juga menyembuhkan pelbagai penyakit atau kesakitan yang kronik.

Terapi EMDR ini didapati berkesan bagi menyembuhkan penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan emosi, seperti trauma menjadi mangsa rogol, kehilangan atau kematian orang yang sangat disayangi, kemalangan ngeri, bencana alam yang dasyat seperti gempa bumi, tsunami, dsb.

Apakah terapi EMDR?

Terapi EMDR ini menggunakan kaedah pergerakan mata ke kanan dan ke kiri bagi mengaktifkan bahagian otak yang bertentangan, yang mana ini dapat merangsang sistem neurofisiologi (perhubungan minda-badan). Kaedah ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Francina Shapiro.

Caranya ialah dengan memfokuskan mata pada pergerakan jari ke kanan dan ke kiri, sambil itu fokuskan juga kepada membuang atau meleraikan penyakit, kesakitan atau ingatan kejadian-kejadian yang lepas, yang semuanya terperangkap di dalam memori bersel.

Ikuti kaedah terapi EMDR yang boleh dilakukan sendiri seperti yang dipaparkan dalam video berikut:





Terapi EMDR ini boleh dilakukan sendiri dan ia hanya mengambil masa 5 minit.

Sumber

Advertisements

Habit harian yang merangsang stres

Terdapat beberapa habit harian yang boleh merangsang dan menyebabkan stres, sama ada kita sedar atau pun tidak. Dengan menghindari atau menangani habit-habit ini, kadar stres seseorang itu dapat dikurangkan.  Tidak dapat dinafikan, punca segala penyakit adalah stres kerana stres akan mengganggu sistem badan kita.

Di antara  habit harian penyebab stres yang perlu diubah  ialah:

1. Mengambil minuman untuk tenaga segera

Kajian yang dijalankan di University of Wisconsin, USA menunjukkan pelajar yang mengambil minuman untuk mendapat tenaga segera mengalami lebih stres dan mengganggu pembelajaran mereka. Ini kerana minuman tenaga segera mengandungi 3 kali ganda kafein berbanding  air kopi biasa. Ini akan menyebabkan denyutan jantung menjadi cepat dan mengganggu tidur.

2. Menonton TV terlalu lama pada waktu petang

Menonton TV terlalu, iaitu melebihi 2 program atau berada melebihi 2 jam di depan TV pada waktu petang boleh menambah stres. Sebaik-baiknya, selepas menonton satu atau dua program TV, berjalan-jalan di keliling rumah atau melakukan senaman ringan selama 30 minit bagi membantu otak menangani stres dengan cara menambah pengeluaran norepinephrine iaitu bahan kimia di otak yang mampu mengurangkan stres.

3. Tidur lambat dan bangun terlalu awal

Bagi suri rumah atau ibu bekerja, yang perlu menguruskan rumahtangga sehingga terpaksa tidur lewat untuk memastikan urusan rumahtangga beres dan terpaksa pula bangun di awal pagi, selalunya mengalami stres kerana tidak cukup tidur. Ini menyebabkan badan tidak berapa bertindak terhadap kortisol iaitu hormon yang membantu mengawal atur sistem imun badan. Bagi menghindari stres, badan kita memerlukan tidur malam sekurang-kurangnya 6 jam bagi membolehkan badan membetulkan sistemnya semasa tidur dan berfungsi dengan normal. Tidur sekejap pada waktu siang sangat membantu menyegarkan badan yang letih, yang juga merupakan sunnah Nabi SAW.

4. Merokok

Orang yang cuba berhenti merokok tetapi masih mencuri-curi untuk merokok walaupun sekali sehari akan menyebabkan stres. Cara untuk mengelakkan ketagih merokok ini ialah dengan minum teh (terutamanya teh hijau). Teh mengandungi L-theanine yang tinggi, iaitu sejenis asid amino yang mampu menggalakkan rasa tenang. Selain itu, stres rasa nak merokok boleh dikurangkan dengan melakukan senaman ringan atau aktiviti fizikal yang lain, termasuklah yoga, tarik nafas panjang, dsb.

5.  Makanan ringan

Pengambilan makanan ringan seperti coklat, kerepek, keropok, ais krim, dsb. adalah biasa bagi orang yang stres. Walaupun makanan yang  banyak mengandungi lemak, garam dan gula  ini boleh mengurangkan rasa stres,  tetapi kesan buruknya, makanan ringan ini menyebabkan penambahan berat badan, diabetes Type-2, dan masalah kardiovaskular.

Di antara cara untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan ini dengan mendengar muzik yang lembut dan perlahan atau bermain alat muzik yang diminati, yang mana boleh mengurangkan paras hormon stres, menurunkan tekanan darah dan memperlahankan kadar denyutan jantung. Bagi orang Islam, stres boleh dikurangkan dengan membaca al-Quran  beserta maknanya dan berzikir dengan hati yang hadir.

stress

Sumber

20 Cara mudah meningkatkan daya ingatan

Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.

working-memory

Pakar-pakar kognitif menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan, iaitu dengan:

1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin

Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.

2. Tukar rutin harian

Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.

3. Tidur sekejap waktu siang

Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama.

4. Minda fotograf

Ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain.

Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.

5. Kurangkan makan

Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan.

Kajian juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.

6. Permainan latih otak

Permainan latih otak seperti soduko, silang kata, dan lain-lain, dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk.

7. Layari internet

Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.

8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi

Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.

9. Atasi depresi (kemurungan)

Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

10. Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)

Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.

11. Kawal tahap gula dalam darah

Kajiaan menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.

12. Senaman mata

Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.

13. Makan sayuran hijau

Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.

14. Tangani apnea tidur

Orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.

15. Belajar sesuatu yang baru

Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, dan aktiviti-aktivi lain. Ini akan meningkatkan daya ingatan.

16. Berhenti merokok

Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.

17. Makan coklat hitam

Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.

18. Letak barang-barang pada tempatnya

Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.

Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

19. Jangan bersara awal

Jika anda gembira dan merasai kepuasan dengan kerja yang dilakukan, janganlah bersara awal. Bekerja akan membantu mengekalkan daya ingatan dan tidak cepat menjadi pelupa atau nyanyuk. Jika bersara anda akan berhenti terus berfikir mengenai kerja kerana anda hanya lakukan kerja rutin yang tidak perlu menggunakan fikiran yang tajam, dan ini akan mempercepatkan lagi seseorang itu menjadi pelupa.

20. Majlis silaturrahim dengan rakan taulan

Mengadakan majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko nyanyuk.

Sumber

Pemikiran positif rawat kemurungan (depresi)

Setiap orang ada masalah masing-masing, tetapi orang yang berfikiran positif atau pemikiran yang sihat akan menganggap sebarang masalah yang dihadapi sebagai cabaran dan menjadi pemacu kepada kejayaannya. Masalah bukanlah menjadi penghalang kepada sebarang tindakan untuk memperbaiki keadaan atau menyelesaikan masalah. Tanpa masalah pula, seseorang itu tidak akan menjadi matang dalam kehidupan.

Orang yang berfikiran positif tidak akan menghadapi masalah kemurungan (depresi), tetapi sekiranya seseorang itu telah menghadapi kemurungan disebabkan sesuatu peristiwa yang tidak dapat dikendalikannya, pemikiran yang positif boleh merawatnya atau mengurangkan kemurungan tersebut. Pemikiran positif dapat mengubah perasaan dan emosi seseorang itu dengan kaedah-kaedah tertentu, walaupun kadang-kadang ia akan mengambil masa yang agak lama, bergantung kepada setakat mana seseorang itu dapat mengawal mindanya.

Kenapa fikiran positif penting bagi membantu menghadapi kemurungan?

Biasanya kemurungan berpunca daripada pemikiran negatif atas sebab-sebab tertentu yang dialami oleh seseorang. Dengan menggantikan pemikiran negatif dengan pemikiran positif akan membantu seseorang itu menghadapi kemurungan dan menghalang kemurungan berulang.

Jika seseorang itu terlalu memikirkan perkara-perkara negatif tentang dirinya atau sentiasa menyalahkan kelemahan diri jika tidak dapat mencapai sesuatu hajat, seseorang itu akan merasa lebih tertekan. Oleh itu, hentikan menyalah diri sendiri dan gantikan dengan memikirkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki.

Pemikiran positif juga boleh membantu seseorang itu menangani stres yang selalunya meninggikan tekanan darah dan menyebabkan bebanan kepada jantung, yang mana akhirnya boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung. Stres juga melemahkan sistem imun badan yang memudahkan seseorang itu diserang penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit lain.

Apakah langkah yang perlu diambil bagi membina pemikiran positif?

Kaunselor biasanya akan menggalakkan orang murung mengamalkan 3 langkah utama dalam Terapi Kelakuan-Kognitif (CBT) atau rawatan kelakuan melalui pemikiran bagi membantu menggantikan pemikiran negatif menjadi positif, iaitu:

1. Henti – Hentikan pemikiran negatif atau “Bercakap Sendiri”

Seseorang yang murung, biasanya berfikiran negatif, mesti menghentikan pemikiran negatif ini beserta penyebabnya sekali atau apa-apa pengalaman yang membawa kepada pemikiran negatif tersebut. Tanya atau bercakap dengan diri sendiri, apakah pemikiran negatif yang ada atau perkara-perkara negatif yang sentiasa bermain dalam fikiran? Pemikiran negatif yang berpanjangan akan menjadikan seseorang itu murung atau menjadikan kemurungan yang sedia ada bertambah teruk.

Apabila telah dikenalpasti pemikiran negatif yang ada, langkah pertama ialah menghentikan pemikiran negatif tersebut dan digantikan dengan pemikiran positif yang bertentangan dengannya.

2. Tanya

Fokus kepada pemikiran negatif yang telah dikenalpasti. Sebaik-baiknya tulis semua pemikiran negatif tersebut dan cari pemikiran positif untuk melawannya. Selain daripada itu, tulis juga semua pemikiran lain yang boleh mengganggu untuk fokus kepada pemikiran positif. Semua ini bermain dalam pemikiran atau minda.

3. Pilih

Pilih satu pemikiran yang baru yang bersifat positif bagi menggantikan pemikiran negatif tersebut.

Ketiga-tiga langkah di atas perlu dilakukan setiap hari. Ini mirip seperti memaksa pemikiran negatif ditukarkan kepada pemikiran positif.

Biasanya, perubahan dari pemikiran negatif kepada pemikiran positif ini akan mengambil masa yang panjang, tetapi jika diamalkan setiap hari, lama-kelamaan pemikiran positif ini akan datang secara semulajadi, tidak perlu lagi dipaksa-paksa. Walau apapun, semua perubahan ini bergantung kepada kekuatan minda masing-masing untuk berubah.

Selain merawat kemurungan, kaedah asas ini juga boleh diaplikasi kepada mereka yang menghadapi masalah psikologi lain seperti rasa kebimbangan, kerisauan atau rasa rendah diri. Matlamat akhirnya ialah menggantikan semua pemikiran negatif menjadi positif supaya hidup lebih bermakna, ceria dan bahagia.

Sumber

3 Cara minda mampu mengawal percakapan

Bahagian badan yang bercakap adalah mulut tetapi sebenarnya percakapan dikawal oleh minda, di mana mulut dan lidah sekadar alat bercakap saja. Kajian menunjukkan minda mampu mengawal percakapan atau perbualan seseorang itu dengan beberapa kaedah. Kaedah ini sama ada telah diamalkan oleh orang yang dilahirkan memang pandai bercakap atau ia boleh dipelajari dan perlu selalu diamalkan sehingga berkesan.

mind talk

Komunikasi alfa atau perhubungan alfa melalui percakapan sebenarnya dikawal oleh minda melalui:

1. Perhubungan mata (eye contact)

Bagi komunikasi yang berkesan, perhubungan mata, memandang mata atau bertentang mata dengan pendengar atau orang yang dilawan bercakap adalah penting. Ini terutamanya diperlukan oleh orang yang bercakap kerana semakin banyak perhubungan mata semasa bercakap, semakin dominan ia dalam sesi perbualan tersebut berbanding dengan orang yang takut bertentang mata dengan pendengarnya.

Orang yang takut bertentang mata, yang kerap kali mengalihkan pandangan matanya ke arah lain sama ada ke atas, ke bawah (tunduk), atau lain-lain arah, menunjukkan status sosial yang rendah, rasa rendah diri atau tidak yakin diri.

2. Menonjolkan suara

Pengawalan minda terhadap percakapan/perbualan juga dilakukan dengan menggunakan suara. Bercakap dengan suara yang agak kuat, jelas, yakin dan tidak tergagap-gagap memainkan peranan yang penting dalam percakapan. Penonjolan suara yang baik dapat menguasai sesuatu perbincangan kerana perhatian orang akan tertumpu kepadanya berbanding dengan orang yang bercakap perlahan dan kurang jelas buah butir yang dicakapnya, akhirnya akan membosankan pendengar. Sebab itulah pakar motivasi yang berjaya mempunyai suara yang kuat, jelas dan yakin diri, barulah ia boleh memotivasikan orang lain.

3. Mengetuai percakapan

Dalam komunikasi atau perbualan mesti ada interaksi antara dua pihak atau lebih. Jika seseorang itu dapat berperanan sebagai ketua dalam interaksi dengan topik-topik yang menarik, ini menunjukkan ia seorang yang kuat keyakinan diri, percaya kepada kebolehan diri sendiri dan secara tidak langsung ia menjadi dominan dalam komunikasi tersebut.

Sumber

Cari perbezaan dalam gambar ~ 1

Rilekskan minda anda hari Sabtu ni, cuba cari 12 perbezaan antara 2 gambar di bawah ini. Cuba dalam masa 5 minit, kalau tak dapat juga…. 🙂 carilah sampai dapat ye!

Selamat mencuba!!

find_differences_1

Perihal Mimpi

Mari kita lihat apakah kaitannya mimpi dengan kehidupan, psikologi, dan minda kita atau ia hanya sekadar mainan tidur.

mimpi

1. Anda lupa 90% daripada mimpi anda.

2. Orang buta juga bermimpi, di mana:

* Orang buta selepas dilahirkan boleh melihat imej dalam mimpinya.
* Orang yang dilahirkan buta tidak dapat melihat imej tetapi mereka masih mimpi tetapi berkaitan dengan alt deria yang lain, iaitu bunyi, bau, sentuhan dan emosi.

3. Semua orang bermimpi dalam tidurnya (kecuali orang yang mempunyai masalah tertentu seperti kecelaruan psikologi.

Jika anda menyangka bahawa anda tidak bermimpi, sebenarnya anda hanya lupa mimpi tersebut.

4. Dalam mimpi selalunya anda hanya melihat wajah orang-orang yang anda kenali.

5. Tidak semua orang mimpi warna.

6. Mimpi adalah simbolik

– Kadang-kadang mimpi sesuatu benda/perkara bukan secara terus menujukkan benda/perkara tersebut tetapi ada tafsiran/simbolik di sebaliknya kerana mimpi juga adalah bahasa simbolik.

– Sesetengah simbol dalam mimpi ada pengertian atau tafsiran sejagat, contohnya mimpi menaiki atau mendaki sesuatu tempat tinggi dan sampai ke puncaknya. Ini memberi tafsiran bahawa seseorang itu akan berjaya mendapat apa yang sedang diusahakan dan diingininya. Begitu juga sebaliknya, jika mimpi jatuh selalunya memberi tafsiran kegagalan atau kecelakaan yang sedang menanti.

7. Mimpi juga ada emosi

– Emosi yang paling biasa dialami semasa mimpi ialah keletihan.
– Dalam mimpi, emosi negatif lebih kerap dialami oleh seseorang daripada emosi positif,

8. Kita boleh mengalami 4 hingga 7 mimpi dalam satu malam.

9. Haiwan juga bermimpi seperti manusia. Kajian menunjukkan haiwan yang berlainan mempunyai gelombang otak yang sama seperti manusia semasa bermimpi dalam tidur.

10. Penggabungan dalam mimpi

Minda kita menterjemahkan rangsangan luaran kepada alat deria kita semasa tidur, dan ini menjadikannya bergabung atau sebahagian daripada mimpi kita. Contohnya, kita mendengar bunyi yang sebenar (real) semasa tidur dan bunyi ini boleh bergabung dalam mimpi kita.

11. Mimpi lelaki dan wanita berbeza

– Orang lelaki lebih kerap (70%) mimpi yang berkaitan dengan orang lelaki lain dan lelaki juga mempunyai emosi yang lebih agresif.
_ Sebaliknya, mimpi wanita mengandungi sama banyak mimpi berkaitan dengan lelaki dan wanita lain, dan wanita kurang beremosi agresif berbanding orang lelaki.

12. Orang berdengkur selalunya tidak bermimpi.

13. Anda boleh mengalami kemuncak seks dalam mimpi sehingga keluar air mani.


%d bloggers like this: