Penggemar kepak dan kaki ayam terdedah kepada kanser

Kenapa dengan kepak dan kaki ayam?

Baru-baru ini didapati artis Tionghoa Xia Yi tumbuh cyst di dalam rahim (cyst coklat) dan Hu Qing Wen pula melakukan operasi tumor yg penuh dengan darah, dan darahnya berwarna hitam gelap. Mereka berfikir, beberapa bulan selepas melakukan pembedahan, tentulah cyst ini akan tumbuh semula. Mereka pun akhirnya melakukan konsultasi dengan ginekologis untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit mereka.

Doktor Gine tersebut kemudian bertanya:
“Apakah awak suka makan kepak ayam? dia sangat terkejut…

“Ha… macamana doktor boleh tahu makanan kesukaanku ?

Doktor memberitau, “Hormon pertumbuhan (growth-hormone) ayam ataupun antibiotiknya selalu disuntik di bahagian kepak atau leher ayam, manakala kaki ayam tempat berkumpulnya “end product” antibiotik dan turunan “second hormonal”.

Doktor tu meneruskan: “Oleh kerana itu, kegemaran memakan kepak atau kaki ayam akan segera menambah rembesan hormon bagi wanita. Akibatnya, turunan “second hormonal” tersebut akan terkumpul menjadi toksin yg akhirnya menjadi karsinogen, sehingga menyebabkan wanita yang gemar makan KEPAK + KAKI ayam sangat mudah terkena kanser yang berkaitan dengan kelenjar hormonal seperti kanser rahim, serviks dan payudara. Oleh itu, kami menyarankan anda jangan “banyak” makan kepak ayam atau kakinya.”

Sekarang ini 80% wanita memiliki fibroid rahim dan mudah untuk mendapatkan cyst tersebut. Nauzubillahi min zalik.

kepak ayam 2

Info tambahan

Berikut adalah beberapa info berkaitan daripada KKM tentang pencetus dan penggalak kepada kanser di kalangan wanita.

1. 56 wanita meninggal dunia kerana mereka menggunakan 1 pad tunggal utk satu hari.

2. Memakai pad sepanjang hari adalah tak selamat kerana bahan kimia yg digunakan dalam tuala Ultra yang mana menukarkan cecair ke gel.

3. Ia boleh menyebabkan kanser pundi kencing dan rahim.

4. Jika masa penggunaan pad berpanjangan darah menjadi hijau dan kulat yang terbentuk masuk ke dalam rahim dan badan.

5. Oleh itu, gunakankah tuala wanita atau pad yg diperbuat daripada kapas dan jika anda menggunakan pad ultra, tolong tukar dalam tempoh 5 jam sekali.

6. Cuci bra setiap hari. Elakkan memakai bra berwarna hitam pada musim panas atau di kawasan tropika seperti di negara kita ini.

7. Jangan memakai bra semasa tidur.

8. Sentiasa tutup dada sepenuhnya dengan tudung @ selendang semasa anda berada di bawah pancaran sinar matahari.

9. Sila guna deodorant bukan anti perspirant.

10. KESEDARAN itu PENTING. Bertindaklah sekarang untuk menghindari kanser yang berkaitan dengan organ wanita.

Semoga bermanfaat….

Perbezaan antara Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus

Cara paling mudah untuk membezakan antara kedua-dua jenis air ini ialah dengan melihat kepada warna botol. Biasanya, botol air mineral semulajadi mempunyai penutup botol dan tulisan label di botol berwarna biru, sedangkan air minuman berbungkus (air minuman yang diproses) mempunyai penutup botol berwarna putih atau hijau dan tulisan label di botol berwarna hijau. Jangan terkeliru…

Maklumat perbezaan yang lain boleh dilihat pada gambarajah di bawah ini:

perbezaan air mineral

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Perbezaan Ketam Halal dan Ketam Haram

Berikut dikongsikan perbezaan ciri-ciri antara Ketam Nipah (halal) dan Ketam Batu (haram), seperti dalam gambarajah di bawah ini. untuk makluman dan perhatian kita semua. Semoga kita tidak tersalah beli dan tidak tersalan makan.

ketam halal dan haram

Sumber

Khasiat Ikan Tongkol

Sumber: Bernama Radio24

FAKTA MENARIK!

Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?

Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.

tongkol

Hindari 7 habit selepas makan

Berikut adalah 7 habit biasa yang perlu dihindari selepas saja selesai makan (pagi/tengah hari/malam) kerana ia memberi kesan yang kurang baik terhadap kesihatan dan sistem penghadaman kita. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan.

* Merokok  – Mengikut kajian, merokok sebatang selepas makan sama kesan buruknya dengan merokok 10 batang. Kemungkinan mendapat kanser adalah tinggi.

* Makan buah-buahan –  Makan buah-buahan selepas saja makan akan menyebabkan perut kembung dengan angin.  Namun, buah-buahan boleh diambil 1-2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

*  Minum teh – Minum teh hitam selepas makan tidak digalakkan kerana teh mempunyai kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang dimakan menjadi keras dan sukar dihadam.

* Melonggarkan tali pinggang –  Habit melonggarkan tali pinggang selepas makan perlu dihentikan kerana habit ini akan menyebabkan kedudukan usus beralih sedikit dan boleh menyebabkannya tersekat. 

* Mandi – Mandi selepas makan pun perlu dihindari kerana ia akan menyebabkan aliran darah meningkat di bahagian tangan, kaki dan badan. Ini menjadikan aliran darah di kawasan perut berkurangan dan melemahkan sistem penghadaman di perut. Petua orang-orang tua pun tidak menggalakkan mandi selepas makan.

* Berjalan-jalan –  Anggapan bahawa berjalan-jalan selepas makan akan memudahkan penghadaman adalah salah.  Sebaliknya, berjalan-jalan selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak mampu menyerap zat/nutrien daripada makanan yang dihadamkan.

* Tidur –  Tidur selepas makan akan menyebabkan makanan yang diambil tidak dapat dihadamkan dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan gastrik dan infeksi di usus.

selepas makan

Sumber:  Daily Health & Beauty Tips

Hukum Minum Kopi Luwak (Kopi Tahi Musang)

Hukum Minum Kopi Luwak (Kopi Tahi Musang)

Kopi Luwak  diperbuat daripada biji kopi yang diperolehi dari tahi musang yang memakan kopi ini tapi tidak menghadamkannya.  Kopi Luwak ini digemari di Indonesia dan harganya lebih mahal daripada kopi biasa.  Di Malaysia, mungkin tidak ramai yang tahu tentang kopi luwak ini.

Jadi, apa hukumnya meminum kopi luwak ini??? 

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan hasil daripada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98.

kopi luwak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

 

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

 

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

 

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

 

Jus buah-buahan untuk kesihatan

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak promosi oleh pelbagai syarikat pengeluar tentang kehebatan produk minuman kesihatan masing-masing yang selalunya dijual dalam bentuk serbuk bagi memudahkan pengguna. Wujudnya pengeluar-pengeluar minuman kesihatan ini macam cendawan tumbuh selepas hujan,  yang sesetengahnya diragui dari segi kesahihannya kerana kebanyakannya tidak pun mendapat kelulusan dan pengesahan Kementerian Kesihatan. Kebanyakan pengeluar minuman kesihatan ini mengaut keuntungan yang sungguh lumayan dengan jualan harga yang begitu tinggi tetapi keberkesanannya biasa-biasa saja.  Oleh itu, kita sebagai pengguna harus berhati-hati sebelum membeli sesuatu produk hanya berpandukan testimoni yang boleh direka-reka, sampai sanggup berhabis kerana termakan dan terpengaruh dengan iklan2 mereka. Sesetengahnya menggunakan personaliti tertentu untuk mempromosi produk mereka. Walau apapun, sebelum membeli sebarang produk kesihatan, pastikan produk tersebut telah mendapat kelulusan dan pengesahan Kementerian Kesihatan.

Sebagai pengguna prihatin, saya lebih percayakan jus buah-buahan yang diperbuat daripada buah-buahan yang segar daripada produk yang telah dibuat serbuk dan dijual dengan harga yang begitu mahal.

Kita boleh membuat jus daripada campuran buah-buahan dan sayuran pilihan sendiri untuk memperolehi khasiat tertentu mengikut keperluan masing-masing. Ini lebih menjimatkan dan lebih dipercayai.

jus buah

Berikut dikongsikan beberapa campuran buah-buahan yang boleh dibuat jus sendiri bagi mendapatkan khasiat tertentu.

* Lobak merah + halia + Epal  ==> Meningkatkan kelicinan dan membersihkan sistem badan.

* Epal + timun + celery  ==>  Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol,  mengubat sakit perut dan sakit kepala.

* Tomato + lobak merah + Epal  ==> Menambah kegebuan kulit, memperbaiki kulit bermasalah dan mengurangkan mulut berbau.

* Peria katak + epal + susu  ==> Mengelakkan mulut berbau dan mengurangkan panas dalaman badan.

* Oren + halia + timun  ==> Memperbaiki tekstur dan kelembapan kulit serta mengurangkan panas badan.

* Nenas + epal + tembikai  ==> Menyingkirkan garam berlebihan dalam badan,  menyihatkan ginjal dan pundi kencing.

* Epal + timun + kiwi  ==> Menambah kegebuan kulit dan memperbaiki kulit bermasalah.

* Pear + pisang  ==>  Mengawal atur kandungan gula dalam darah.

*  Lobak merah + epal + pear + mangga  ==> Mengurangkan panas badan,  menyiahtoksikkan badan, mengurangkan tekanan darah dan melawan oksidasi (bahan antioksidan).

* Tembikai susu + anggur + susu  ==> Kaya dengan vitamin C dan vitamin B2 bagi meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan  daya ketahanan (imuniti) badan.

* Papaya (betik) + nenas + susu  ==> Kaya dengan vitamin C, E, dan zat besi  bagi memperbaiki kompleksi kulit dan metabolisma badan.

* Pisang + nenas + susu ==> Kaya dengan vitamin dan nutrien bagi mencegah sembelit.

Selamat mencuba….

Sumber:  http://mht.co.in/

Minuman jus ajaib

Jus yang dianggap ajaib oleh pengamal perubatan herba Cina ialah jus yang diperbuat daripada campuran Epal, beetroot dan lobak merah dalam kuantiti yang sama banyak. Ia dikatakan jus ajaib kerana terdapat kombinasi khasiat pemakanan dan kesihatan daripada ketiga-tiga bahan tersebut yang menjadikannya sangat berkhasiat.

Di antara khasiat jus daripada ketiga-tiga campuran epal, beetroot dan lobak merah ini ialah:

* Epal – mengandungi vitamin A, B1, B2, B6, C, E dan K bersama dengan mineral seperti folate, zink, magnesium, potassium, fosforus, kalsium, sodium, dan zat besi (ferum).

* Beetroot – mengandungi  vitamin A, C, B-kompleks beserta mineral seperti zat besi (ferum), kuperum, magnesium dan potassium serta agen anti-penuaan. Beetroot juga dikenali sebagai bahan makanan yang membantu mencegah penyakit jantung, terutamanya penyakit kardiovaskular.

* Lobak merah – mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, C, E dan K bersama dengan niasin dan asid pantothenic serta mineral seperti  kalsium, magnesium, potassium dan selenium.

Jadi, jus campuran ketiga-tiga bahan makanan yang berkhasiat ini mampu menyediakan nutrien yang cukup untuk  menjaga kesihatan badan seharian.

minuman ajaib

Sumber

Khasiat lemon

Lemon telah lama digunakan dalam masakan dan minuman sejak berzaman dulu kerana khasiatnya yang banyak dari segi kesihatan dan sebagai penambah rasa yang enak. Demi menjaga kesihatan, jangan lupa bubuh jus/hirisan lemon dalam minuman dan makanan anda.

lemon

Dari segi kesihatan, lemon dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, di antaranya ialah:

1. Kulit

Lemon mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-virus secara semulajadi, menyebabkannya telah lama digunakan bagi menjaga kecantikan kulit. Kesannya akan lebih baik jika lemon diambil bersama dengan bahan-bahan fitokimia dan anti-oksidan.

2. Pembersih hati (hepa)

Lemon membantu membersihkan hati yang memproses toksin dan hormon-hormon dalam badan.

Caranya ialah dengan menambah air perahan lemon ke dalam air putih, dan amalkan minum pada waktu pagi bagi membersihkan hati dan menguatkan sistem imun badan.

3. Anti-radang

Lemon secara semulajadinya adalah asidik, tetapi ia sebenarnya adalah membentuk alkali, iaitu ia akan menjadi alkali di dalam badan. Oleh itu, lemon sesuai digunakan sebagai anti-radang, terutamanya bagi pengidap artritis.

4. Turunkan berat badan/pembersihan

Lemon adalah buah yang berkhasiat membersihkan darah dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Perah lemon ke dalam makanan atau minuman bagi membantu badan memetabolismakan makanan yang diambil dengan banyak, ini secara tidak langsung lemon dikatakan mampu menurunkan berat badan.

5. Sakit gigi

Lemon juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit gigi dan memberhentikan pendarahan di gusi. Caranya ialah dengan membubuh jus lemon di kawasan gusi yang giginya sakit.

6. Selaran matahari (sunburn)

Sapu jus lemon di atas kulit bagi menghalang selaran matahari yang teruk di kulit.

Lemon juga merupakan anti-septik semulajadi, oleh itu lemon boleh digunakan bagi merawat jerawat dan ekzema.

7. Sakit tekak/selesema

Dengan ciri anti-bakteria semulajadi, perahan air lemon dalam minuman dan makanan dapat membunuh bakteria tidak baik dan mempercepatkan proses penyembuhan. Fungsi lemon ini akan lebih berkesan jika jus lemon dikisar bersama dengan campuran seleri, timun dan halia, dan dibuat macam smoothie.

Tips kurangkan obes

Masalah obes selalunya berkaitan dengan pemakanan yang tidak teratur, tidak mengikut waktu yang sesuai dan pemilihan jenis makanan yang kurang sihat.

Jam masa dalaman badan yang juga dikenali sebagai sistem circadian bertanggung jawab menyebabkan kita rasa lapar dan teringin untuk makan makanan yang manis, berkanji dan masin di tengah malam. Jika diikutkan rasa ini, sudah pastilah berat badan kita akan naik dengan cepat. Oleh itu, makan malam yang terlalu banyak, terutamanya makanan yang mengandungi kalori yang tinggi akan menjadikan seseorang itu terlebih berat badan atau obes.

Mengikut kajian yang dijalankan di Research on Occupational and Environmental Toxicology at Oregon Health & Science University, badan memetabolismakan makanan berbeza-beza mengikut waktu yang berbeza-beza dalam sehari. Pada waktu malam, makanan bergula atau tinggi karbohidrat, snek, dsb. berkemungkinan besar disimpan sebagai lemak di kawasan keliling perut atau pinggang. Lampu yang sentiasa dipasang pada waktu malam menyebabkan orang kurang tidur daripada yang sepatutnya yang mana ini akan mengganggu pengeluaran hormon yang mengawal lemak dan rasa lapar iaitu hormon ghrelin dan leptin. Ini juga menyebabkan seseorang itu rasa lapar di tengah malam.

Oleh itu, jika kita hendak menurunkan berat badan, lebih baik ambil banyak makanan tinggi karbohidrat pada awal siang iaitu semasa metabolisme badan berada pada tempoh pembakaran lemak tertinggi, cuma makan snek berkalori rendah pada waktu tengah malam (sekiranya terlalu lapar), dan elakkan makan 4 jam sebelum tidur.

Mengurangkan makan pada waktu sarapan pagi kerana hendak makan lebih pada waktu malam hanya akan menambah berat dan lemak badan.

Mungkin habit cara makan yang betul ini sukar dilaksanakan pada awalnya, tetapi jika dijadikan amalan harian, ia akan menjadi semakin mudah, insya Allah.

Sumber: Healthy Answers Research Team

%d bloggers like this: