Khasiat minum rendaman buah & sayur buah dalam air

Rendaman hirisan buah-buahan atau sayuran dalam air minuman mempunyai khasiat tersendiri yang mampu merawat pelbagai penyakit di samping menjaga kesihatan badan.

Di antara khasiat rendaman hirisan buah-buahan dan sayuran ialah:

1. Air teh hijau dengan rendaman daun pudina dan limau nipis – bagi membakar lemak, memperbaiki sistem penghadaman, menghilangkan sakit kepala dan menyegarkan bau mulut.

2. Rendaman air dengan strawberry dan kiwi – bagi kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, mengawal atur kandungan gula dalam darah, sistem penghadaman.

3. Rendaman air dengan hirisan timun, limau nipis, lemon – bagi mengawal berat badan, menghidari kegemukan berlebihan, mengawal selera makan, mengekalkan hidrasi badan, sistem penghadaman.

4. Rendaman hirisan lemon, limau nipis, oren (minum pada suhu bilik) – bagi penghadaman vitamin C, sistem pertahanan imun badan, menghindari pedih ulu hati (minum dalam suhu bilik).

rendaman buah dalam air

Sumber: http://rawforbeauty.com/blog/

Kulit pisang ubat jerawat dan penyakit kulit

Tahukah anda bahawa bahawa kulit pisang yang masak ranum boleh digunakan untuk merawat jerawat dan penyakit kulit yang lain?

banana peel

Sebenarnya, orang tua-tua dulu telah lama menggunakan kulit pisang untuk menghilangkan parut luka, parut kudis dan gatal-gatal kulit. Sejak kebelakangan ini banyak kajian saintifik yang dijalankan telah membuktikan kebenaran bahwa kulit pisang memang mampu merawat pelbagai jenis penyakit kulit secara semulajadi dan murah berbanding dengan ubat yang mengandungi banyak bahan kimia dan mahal pula harganya.

Di antara penyakit kulit yang boleh dirawat dengan menggunakan kulit pisang yang masak ranum ini ialah jerawat, bekas atau parut jerawat, parut kudis, parut luka, bekas gigitan serangga, kulit gatal-gatal, bintil, ketumbit, garis dan kedutan kulit (boleh mengurangkan kulit yang kendur), psoriasis, ekzema, dan lain-lain. Ini kerana kulit pisang yang ranum mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh kulit yang sihat. Ia banyak mengandungi vitamin, potassium, antioksidan, lutein (melindungi kerosakan kulit oleh sinaran cahaya matahari), dan asid lemak esterified (mampu merawat ekzema dan psoriasis yang juga banyak digunakan dalam formulasi produk kesihatan untuk kulit).

Caranya

1. Ambil sebahagian kulit pisang yang ranum (sebelah dalamnya) dan gosok-gosokan apa kawasan kulit yang hendak dirawat beberapa minit sehingga warnanya bertukar menjadi coklat.

2. Semasa mengering, kulit akan menyerap vitamin dan nutrien dari kulit pisang tersebut. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian basuh dengan air suam. Jika dibuat waktu malam, biarkan saja ia kering semalaman dan basuh pada keesokan harinya.

3. Lakukan 3 kali sehari selama beberapa hari, dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!

Sumber

Ubat alternatif bagi diabetes

Ubat alternatif atau ubat semulajadi untuk menurunkan kadar gula dalam darah bagi pengidap diabetes (penyakit kencing manis) ialah kacang panjang dan tomato merah.

Mari kita kongsikan….

kacang panjang diabetes

Minuman kesihatan terbaik

Campuran buah-buahan dan sayuran terpilih yang dijadikan jus mampu memberi manfaat dan menjaga kesihatan daripada pelbagai jenis penyakit. Sempena dengan bulan Ramadhan ini, elok sangat jika minuman kesihatan ini dijadikan jus untuk berbuka puasa.

Berikut dikongsikan jus campuran buah-buahan dan sayuran yang sangat baik untuk kesihatan, iaitu:

Beets
Epal
Lobak merah
Celery
Limau nipis
Halia

Jus ini mampu mencegah jerawat, serangan sakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi dan sembelit. Selain itu, jus ini juga membantu menguatkan sistem imun badan, mata, hati, limpa, ginjal, pankreas dan melancarkan sistem penghadaman.

Selamat mencuba!!!

jus kesihatan
Sumber

Langkah menghindari diabetes

Diabetes merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh penduduk di negara ini kerana perubahan gaya hidup, pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan makanan seharian yang kurang berkualiti, iaitu makanan yang terlalu banyak gula dan lemak terutamanya jenis-jenis makanan segera.

Bagi menghindari diabetes, setakat bersenam pada masa-masa tertentu dalam seminggu dan mengambil diet buah-buahan serta sayur-sayuran sahaja tidak mencukupi. Kajian menunjukkan mengubah gaya hidup juga amat perlu bagi mengawal kandungan gula dalam darah, mengekalkan berat badan yang sihat, dan mengurangkan risiko mendapat penyakit hati berlemak.

Selain daripada melakukan senaman pada waktu atau hari tertentu, pada waktu lain dalam sehari juga tidak boleh hanya duduk di depan komputer tanpa melakukan aktiviti fizikal lain seperti selalu berjalan, berdiri setiap 20 minit, dan lebih banyak gunakan tangga daripada lift. Orang yang sentiasa bergerak didapati lebih sihat, lebih tahan daripada serangan penyakit, dan dapat mengawal berat badan.

Masalah banyak lemak di hati (disebabkan pemakanan tidak seimbang dan tidak sihat) akan mengganggu pengawalan gula dalam darah secara fisiologinya, dan ini akan menyebabkan rintangan insulin dan akhirnya mendapat Diabetes Type-2.

Berjalan banyak setiap hari merupakan cara terbaik untuk menghindari diabetes sebelum ia terjadi. Disarankan seseorang itu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari, sama ada secara berterusan atau boleh berhenti-henti kemudian sambung balik. Boleh juga amalkan berjalan antara 500-1,000 langkah setiap beberapa jam, dan lakukan begini sehingga mencapai sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari.

jalan kaki

Sumber

Cranberry ubat alternatif kanser prostat

Selain daripada melawan infeksi kuman (selalunya bakteria) di salur kencing, cranberry (Vaccinium macrocarpon) juga membantu menjaga kesihatan kelenjar prostat dan melawan kanser prostat.

Apakah kandungan buah cranberry?

Buah cranberry merupakan sumber terbaik bagi vitamin C dan antioksidan lain terutamanya kumpulan proanthocyanidins (PACs). Jenis proanthocyanidins (PACs) yang unik iaitu PACs Jenis-B terdapat dalam cranberry. PACs Jenis-B ini mampu membantu mencegah/menghalang bakteria melekat pada dinding salur kencing.

Apa itu Prostatitis?

Prostatitis ialah keradangan tisu dalam kelenjar prostat oleh pelbagai sebab, termasuklah infeksi bakteria.

Terdapat beberapa jenis prostatitis, iaitu:

1. Prostatitis akut

Prostatitis akut ini terjadi apabila terdapat infeksi bakteria ke atas kelenjar prostat yang memerlukan rawatan perubatan yang segera.

2. Prostatitis bakteria kronik

Keadaan ini agak jarang berlaku kerana ia selalunya terjadi berselang sekejap dengan infeksi salur kencing.

3. Prostatatis kronik (CP)/Sindrom sakit pelvis kronik (CPPS)

Ia juga dikenali sebagi prostatitis bukan bakteria kronik yang kerap berlaku, iaitu sebanyak 90-95% daripada prostatits yang didiagnos. Ciri penyakit ini ialah simptom salur kencing di bahagian bawah, seperti tidak tahan kencing, selalu terjaga malam untuk bangun kencing, atau terasa sakit masa kencing.

4. Prostatitis keradangan asimptomatik

Keadaan di mana terdapat leukosit (darah putih) dalam air kencing walaupun tiada sejarah pesakit pernah mengalami sakit salur kencing/salur genital.

Apakah khasiat cranberry?

Banyak kajian telah dijalankan bagi mengetahui kelebihan cranberry dari segi kesihatan, di antaranya:

1. Cranberry didapati berupaya membantu mengurangkan simptom salur kencing (LUTs) yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki, yang disebabkan oleh prostatitis bukan bakteria kronik atau juga dikenali sebagai prostatitis kronik (CP) /sindrom sakit pelvis kronik (CPPS).

2. Cranberry juga mampu mengurangkan simptom prostatitis di mana terdapat pengurangan pertumbuhan bakteria dan pengurangan radangan prostat yang ketara.

3. Ekstrak cranberry dapat mencegah pertumbuhan sel kanser prostat pada manusia.

4. Cranberry juga mampu mengurangkan risiko mendapat infeksi salur kencing dan simptom salur kencing (LUTs) semasa pesakit kanser prostat menjalani radiasi terapi.

Oleh itu, jika tidak dapat makan cranberry segar, pengambilan suplemen cranberry sebanyak 500 mg sehari adalah dicadangkan kepada orang lelaki bagi menjaga kesihatan salur kencing dan kelenjar prostat. Walau bagaimanapun, sebelum mengamalkan pengambilan suplemen cranberry dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

cranberry

Sumber

4 Rawatan semulajadi tompok hitam di muka

Apabila umur semakin meningkat, dalam umur pertengahan, kebanyakan orang mempunyai tompok hitam atau dikenali juga sebagai jeragat di muka.

Tompok hitam (jeragat) di muka terjadi disebabkan oleh pertambahan pengeluaran melanin di kawasan muka. Melanin ini dihasilkan oleh melanosit di lapisan bawah epidermis kulit. Sinar UV matahari merangsang aktiviti melanosit menyebabkan melanin yang dihasilkan lebih banyak dan padat di sesuatu kawasan muka berbanding kawasan di sekelilingnya. Semakin banyak melanin dihasilkan semakin jelas kelihatan tompok hitan di muka, selalunya di kawasan pipi.

Di antara sebab terjadinya tompok hitam di muka, ialah:

1. Terdedah kepada sinar UV matahari dalam tempoh yang agak lama

Bagi menghindari terjadinya tompok hitam ini jangan terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari, Jika terpaksa berada di bawah matahari, jangan lupa guna pakaian yang menutup kulit dengan sempurna, cermin mata hitam dan sapu krim pelindung sinar UV. Gunakan krim pelindung sinar UV (sunscreen) sepanjang masa dengan SPF sekurang-kurangnya 15 (sebaik-baiknya gunakan SPF 30 atau lebih bagi mendapatkan perlindungan yang lebih baik daripada sinar UV yang merosakkan).

2. Kesan daripada penggunaan losyen pemutih muka.

3. Keradangan kulit

Ini terjadi apabila kulit tercedera, terluka, terbakar, terdedah kepada bahan kimia bahaya, atau disebabkan oleh kesan jerawat, ekzema dan psoriasis. Ini juga dikenali sebagai hiperpigmentasi pasca-keradangan.

4. Pengambilan hormon

Sesetengah wanita yang mengambil hormon, seperti pil perancang keluarga, terapi hormon, atau kerana sesuatu penyakit juga mengalami pigmentasi di muka. Ini kerana hormon ini menghasilkan fenomena melasma atau kecelaruan pigmentasi. Melasma ini juga selalu dikaitkan dengan kehamilan, dan selalunya akan hilang selepas bersalin.

5. Pengambilan ubat

Tompok hitam (pigmentasi) ini juga mungkin merupakan simptom bagi penyakit autoimun, gastrointestine atau rawatan hormon, antibiotik atau sebagainya.

jeragat 2

Di antara rawatan semulajadi di rumah bagi mengurangkan tompok hitam di muka yang boleh diamalkan ialah:

1. Jus lemon, madu dan gula

Jus lemon mampu mencerahkan tompok hitam, madu pula menjadi pelembab kulit bagi melindungi kerosakan kulit. Campurkan kedua-dua bahan ini dan masukkan cairan gula ke dalamnya. Buat pes (paste) dan tempekkan di kawasan tompok hitam. Biarkan lebih kurang 30 minit, kemudian bilas muka. Lakukan sekali sehari.

2. Enzim buah-buahan

Gunakan pes buah-buahan yang berlainan setiap hari dan tempekkan pada tompok hitam, biarkan selama 15 minit dan kemudian bilas. Caranya:

a. Lenyek strawberry dan aprikot yang telah dibuang kulit untuk dijadikan pes.
b. Jus nenas dan betik.
c. Kisar parsley segar dan campurkan dengan jus limau dan kunyit, dengan jumlah yang sama banyak.

3. Sayur-sayuran

Gunakan mana-mana campuran sayur-sayuran berikut:

a. Bawang dan cuka epal – tempekkan pada tompok hitam, biarkan selama 30 minit, bilas dan ulang selama 6 hari berturut-turut.
b. Lenyek 1/2 cawan kacang pea dalam tin dengan sedikit air suam untuk dijadikan pes. Tempekkan pes ini pada tompok hitam, biarkan 30 minit dan kemudian bilas.

4. Produk tenusu

Sapu susu masam atau buttermilk ke atas tompok hitam di muka dengan kapas. Sediakan campuran jus limau dan yogurt atau campuran susu dan mustard kuning, kemudian dikisar bagi membuat pes yang nipis. Tempekkan pada tompok hitam di muka, biarkan selama 20-30 minit dan kemudian dibilas.

Sumber

%d bloggers like this: