Mayat wanita masih utuh, berbau wangi selepas 30 tahun dikebumikan

Semoga berita yang dipaparkan ini dapat menjadi peringatan, keinsafan dan teladan kepada kita semua agar menjadi seorang yang sabar, rajin beribadat dan baik dengan jiran tetangga selagi nyawa dikandung badan….

Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi

Sumber Berita

SITUBONDO – Walaupun telah 30 tahun dikebumikan, jenazah seorang wanita di kampung Jangkar, Jawa Timur didapati masih utuh dan berbau wangi.

Peristiwa aneh itu terjadi ketika ahli keluarganya mahu memindahkan kuburnya ke tempat lain supaya ia berdekatan dengan kubur suaminya.

Insiden itu turut menggemparkan penduduk setempat yang kemudian beramai-ramai datang untuk melihat sendiri mayat tersebut dan beramai-ramai membacakan doa.

Menurut ahli keluarga jenazah itu, Sukiyem ketika hidupnya dikenali sebagai seorang yang penyabar dan rajin mengerjakan ibadah.

“Dia juga seorang yang peramah dan baik dengan jirannya.

“Saya sendiri hairan bagaimana jasadnya masih lagi utuh dan berbau wangi walaupun telah 30 tahun dikebumikan,” kata seorang daripada ahli keluarga jenazah itu, Ismail kepada Okezone.com.

Menurut Ismail, jenazah itu tetap akan dipindahkan ke makam lain yang berdekatan dengan kubur suaminya. – AGENSI

Advertisements

Dosa yang lebih besar daripada berzina

Untuk santapan jiwa dan minda malam Jumaat…

Dosa yang lebih besar daripada berzina

Kisah Nabi Musa dengan penzina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam, “Silakan masuk”

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya. ”jawab wanita cantik..

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina”.

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,“Dari perzinaan itu saya pun… hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu.
Pergi!”…teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat.

“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?”

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa.

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina”.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Sumber: Email

A brilliant analogy….

Sebagai analogi dan pengajaran kepada ketua-ketua agensi kerajaan dan syarikat swasta…..

* And this is why we have added over 250,000 new federal employees in the past two years,
And no one can explain why we are still in a recession.

Sumber: Email

Kisah Sufi: Syaqiq Al-Balkhir

Iktibar dari sebiji tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai.

Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:

“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.”

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Waalahu’Alam

Marah dan kesannya

Kisah yang baik untuk dihayati dan diambil iktibar….

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

“Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.”

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda….

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan….. .
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan….. ..
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka ….

Rezeki: antara Semut dan Manusia

Semoga kita semua mendapat iktibar daripada kisah berikut….

SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.

Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Itulah Iman Semut!!

MANUSIA

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.

Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.

Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.

Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.

Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang!”.

Jawab Imam Suffian: “Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.

98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: “ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”.

Soalan: Bagaimanakah IMAN kita?

Sumber: Teman (email)

Kisah teladan: Monyet dan ikan

Kisah teladan: Monyet dan ikan

Suatu hari, seekor monyet yang sedang kehausan pergi ke sebuah kolam untuk minum bagi menghilangkan dahaganya. Ketika dia hendak minum, tiba-tiba perhatiannya tertumpu pada seekor ikan koi yang sedang berenang di dalam kolam tersebut. Lalu ia berfikir “Kasihan sekali ikan ini, ia pasti memerlukan pertolongan.”

Dengan tidak berlengah, si monyet segera menghampiri ikan tersebut terus mengangkat dan meletakkannya di atas darat. Monyet itu kemudian berkata dalam hatinya, “Sekarang pasti kamu merasa lebih selamat.” Tidak lama kemudian, ikan tersebut pun mati. Si monyet kebingungan memikirkan hal ini. “Bukankah aku telah menolongnya, bukankah ia sekarang telah berada di tempat yang lebih baik, lalu mengapa ia mati?” Si monyet berkata kepada dirinya sendiri.

Rasionalnya:

Banyak di antara kita yang bertindak seperti monyet tersebut, yang menganggap tindakannya mengangkat ikan tersebut ke darat sebagai tindakan menolong kerana dia melihat dari kaca matanya sendiri yang tidak dapat berenang. Keadaan ikan yang tercungap-cungap semasa berada di atas darat semakin menyakinkan dirinya bahawa ikan tersebut sangat memerlukan pertolongan, kerana dia menganggap ikan tersebut pasti sedang mengalami kesulitan untuk bernafas.

Jadi, adakah apa yang dilakukan si monyet itu salah? Bukankah niatnya baik iaitu ingin menolong ikan tersebut? Jika salah, di manakah salahnya?

Niat si monyet memang baik, namun ia tidak cukup untuk memperoleh hasil yang baik. Yang salahnya, monyet tersebut tidak memiliki ilmu untuk memahami hakikat bahawa ikan hidup di dalam air. Oleh itu, pengajarannya – ilmu adalah penting sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Mengapa kita sering kali tidak melihat hakikat sesuatu peristiwa?

Jawabnya, kerana:

1. Kebodohan – ini dapat diatasi dengan belajar.
2. Keegoan – di mana seseorang itu melihat sesuatu peristiwa/persoalan dari sudut pandangannya sahaja. Lebih teruk lagi, jika kebijaksanaannya digunakan untuk kepentingan diri dan kroninya sahaja. Jika ini terjadi, orang tersebut lebih buruk daripada si monyet tadi.

Kesimpulannya, niat baik saja tidak cukup untuk melakukan sesuatu tindakan, fahamilah hakikat sesuatu peristiwa. Justeru, kita harus memperbanyakkan informasi dan pengetahuan, serta menghilangkan terlebih dahulu segala anggapan. Orang bijak pernah berkata, “Memahami hakikat persoalan sama dengan menyelesaikan separuh daripada persoalan tersebut.”

Sumber: email

%d bloggers like this: