6 Langkah mudah untuk belajar

Bagi pelajar, tidak kira di peringkat sekolah rendah, menengah atau universiti, mentelaah pelajaran tidak dapat dielakkan, kerana di akhirnya anda perlu mengambil ujian dan peperiksaan. Mungkin lain orang, lain cara mereka belajar mengikut kesesuaian masing-masing, walaupun cara yang diamalkan itu tidak semestinya yang terbaik. Apa yang penting, pada akhirnya anda faham dan ingat apa yang ditelaah atau diulangkaji. Konsep sesuatu teori perlulah difahami yang betul.

Secara amnya, terdapat 6 langkah mudah yang dianggap sebagai asas dalam sesuatu proses pembelajaran yang ingin dikongsikan di sini.

1. Ruang

Untuk belajar dengan selesa dan mudah mengingati apa yang dipelajari, anda memerlukan ruang belajar yang sesuai dan kondusif (merangsang) secara fizikal dan mental. Apabila ruang belajar selesa, otak pun mudah menerima pelajaran dan proses pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

2. Tempat

Wujudkan satu zon tempat belajar atau kerja untuk diri sendiri sahaja, sama ada anda pilih satu sudut di dalam bilik atau lain-lain tempat yang dirasakan selesa dan tiada gangguan semasa mentelaah pelajaran. Jangan sekali-kali belajar sambil duduk atau berbaring di atas katil kerana akhirnya anda akan terlelap.

3. Kadar kecepatan

Manusia tak sama dari segi kadar kecepatan memahami atau mempelajari sesuatu perkara itu. Jadi, ikutlah kadar kecepatan masing-masing. Sesetengahnya suka buat kerja cepat-cepat sehingga selesai, lepas itu rehat. Sesetengah yang lain pula suka buat kerja secara maraton (perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama) untuk menyiapkan sesuatu kerja atau memahami sesuatu perkara. Sebenarnya, tidak ada cara yang salah atau betul, asalkan ia bersesuaian dengan diri anda. Anda juga boleh mengubahsuai kadar kecepatan belajar ini mengikut keperluan masing-masing.

4. Memori (Daya ingatan)

Anda sendiri perlu menilai tahap kekuatan memori atau daya ingatan anda. Sesetengah orang ingat semua apa yang didengar atau dibacanya, tetapi bagi sesetengah yang lain pula cuma ingat yang pangkal dan hujung saja tetapi lupa yang di tengah-tengahnya. Oleh itu, sesuaikan tahap daya ingatan anda dengan cara pembelajaran anda. Daya ingatan sebenarnya boleh diasah dengan selalu mengingati atau membayangkannya di dalam minda dan dipraktiskan selalu sehingga daya ingatan anda menjadi kuat dan cergas. Daya ingatan juga boleh dikuatkan dengan permainan yang menggunakan ingatan seperti soduko, silang kata dan sebagainya, ataupun menghafal surah-surah pendek dalam Al-Quran.

5. Kaedah belajar

Kaedah belajar juga penting bagi melancarkan proses pembelajaran anda seperti membuat perancangan belajar yang betul dan sesuai. Contohnya, satu tajuk besar di bahagi-bahagikan kepada beberapa topik tertentu supaya mudah dipelajari. Cuba cari satu atau dua kata kunci yang mudah mengingatkan anda atau mudah dikaitkan dengan sesuatu topik tersebut. Cara ini adalah berkesan untuk mengingat sesuatu topik atau fakta yang banyak dan hampir sama.

6. Peta minda

Peta minda ialah diagram (rajah) beserta perkataan ringkas yang merangkumi sesuatu idea atau topik. Peta minda ini membolehkan anda membayangkan informasi yang dilakarkan dalam bentuk rajah dengan fakta ringkas. Anda boleh mencipta peta minda sendiri untuk sesuatu topik, tidak perlu menggunakan peta minda orang lain walaupun bagi topik yang sama. Gunakan perkataan asas yang ringkas di tengah-tengah sebagai pangkalnya, kemudian dari situ buat lakaran cabang-cabang bagi setiap kategori yang berkaitan. Dari cabang-cabang ini pula boleh dibuat cabang-cabang yang lebih kecil (ranting-ranting) sehingga keseluruhan idea atau fakta bagi sesuatu topik itu dapat dirangkumkan dalam satu diagram.

Peta minda ini dapat memudahkan anda mengingati informasi atau fakta dengan lebih berkesan dan tepat berbanding dengan cara lama iaitu cara penyenaraian fakta.

Sumber

Study-Technique

Tinggalkan 10 penghambat kejayaan

10 penghambat berikut perlu ditinggalkan untuk berjaya, iaitu:

1. Jangan biarkan pendapat atau cakap-cakap orang lain mengawal hidup kita.

2. Jangan malu dengan kegagalan masa lalu, sebaliknya jadikan ia sebagai panduan, pengajaran dan motivasi untuk berjaya.

3. Jangan tidak menetapkan matlamat, kedua-dua matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

4. Jangan menunda-nunda tindakan atau usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

5. Jangan buang masa begitu saja tanpa berbuat apa-apa yang berfaedah atau melakukan perkara-perkara yang lagha.

6. Jangan ingat diri sendiri saja yang betul, orang lain semua salah. Terima dengan senang hati pendapat atau nasihat orang lain yang berguna.

7. Jangan lari daripada masalah yang perlu diselesaikan.

8. Jangan pandai mencari alasan tetapi tidak pandai membuat keputusan yang baik.

9. Jangan terlepas pandang perkara-perkara positif dalam diri dan kehidupan.

10. Jangan tidak menghargai masa sekarang, sehingga masa disia-siakan.

Sumber

Renung-renungkan…. itulah…

Untuk dikongsi bersama….

Satu hari, semua penduduk di sebuah kampung sepakat akan berdoa bersama memohon hujan. Pada hari semua orang berkumpul untuk doa, ada seorang anak laki-laki yang membawa payung. Itulah IMAN.

Belajar daripada seorang bayi berusia 1 tahun. Ketika kita melemparkannya ke udara, dia tertawa kerana dia tau kita akan menangkapnya. Itulah KEPERCAYAAN.

Setiap malam kita tidur, kita tidak yakin bahwa kita masih hidup esok hari, tapi kita masih mempunyai perancangan untuk besok. Itulah HARAPAN.

Saat di meja tinggal 2 potong kueh. Kita mengambil potongan yang lebih kecil, dan membiarkan ayah/ibu/suami/isteri/anak kita mengambil potongan yang lebih besar. Itulah CINTA YANG TULUS IKHLAS.

Saat di rumah selimut A sedang dicuci. Hanya ada 1 selimut B yang kering, dan kita membiarkan ayah/ibu/suami/istri/anak kita memakai selimut itu. Itulah PENGORBANAN.

Ketika ayah/ibu/suami/istri/anak tidak boleh tidur, dan kita berada di sampingnya, berbincang pengalaman hari ini, cerita-cerita lucu, kisah-kisah inspiratif, tertawa bersama, mengucap syukur, dan berdoa. Itulah KEBERSAMAAN.

Ketika stok telur tinggal 1 butir, dan kita berdua ingin makan bersama. Lalu kita membuat omelet dari 1 butir telur itu ditambah tepung tambah sayur, dan rencah-rencah lain yang secukupnya. Itulah KREATIVITI.

Barakallah fiikum.

~ Pramono Dewo

Kelebihan Ayat Kursi

Semoga manfaat….

Kelebihan Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasullullah SAW bersabda, “SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT”

‘Multi-tasking’ penyebab stres?

‘Multi-tasking’ atau membuat beberapa kerja dalam satu masa akan menyebabkan stres kepada pelakunya kerana terpaksa memikirkan beberapa kerja yang perlu diselesaikan dalam sesuatu masa. Ini kerana otak manusia tidak di’tune’ kepada multi-tasking. ‘Multi-tasking’ juga akan menyebabkan kerja yang perlu dihabiskan menjadi lebih lambat di samping menjejaskan kualiti hasil kerja tersebut. Lebih baik jika ditumpukan ataupun fokus kepada sesuatu kerja, apabila selesai, barulah berubah melakukan kerja yang lain pula. Cara begini akan menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.

Stop Multi-Tasking to Ease Stress – and Get More Done

By Caring.com Staff

You’ve probably become an expert multi-tasker, able to juggle two – or even three or four – tasks at the same time. It seems like the model of efficiency. But in fact, it’s probably adding to your stress, making you finish everything more slowly, and affecting the quality of your performance, scientists say. It turns out that our brains aren’t wired to attend to several different things at once. Better for you: Vow to focus on just one thing at a time. When the e-mail pings or your cell phone rings, finish what you’re doing first and then attend to the next item. Force yourself to downshift, and you might just wind up feeling more energized and accomplish more.

— Paula Spencer Scott

Source

Cara melonjakkan keyakinan diri

Sebagai manusia kita mudah hilang keyakinan diri, lebih-lebih lagi jika kita merasakan keadaan sekeliling dan persekitaran memberikan tekanan kepada kita, orang yang diharapkan memberi sokongan moral berbuat khianat atau menikam dari belakang, atau seringkali mendapat kritikan atau kutukan daripada rakan-rakan, dan sebagainya.

Orang lain tidak boleh mengubah kita, kita sendiri yang perlu mengubah diri sendiri sekiranya kita ingin berubah kepada yang lebih baik. Jangan harapkan orang lain memotivasikan kita, kita sendiri yang harus memotivasikan diri sendiri, mesti timbul dari keinginan dalaman sendiri. Mungkin luaran hanya sebagai pencetus tetapi yang melaksanakan adalah kita sendiri, jika mahu betul-betul berubah.

Keyakinan diri seseorang itu mudah diketahui apabila ia mula membuka mulut. Daripada percakapan, sikap, ketahanan minda dan emosi kita, orang boleh menilai sejauh mana keyakinan diri kita.

6 cara boleh diamalkan bagi melonjakkan keyakinan diri dan seterusnya menaikkan harga diri atau dengan kata lain maruah diri, iaitu:

1. Tingkatkan semangat dan harga diri. Ini boleh dimulakan dengan menilai diri (muhasabah diri) dari segi kebolehan, kelemahan, kekurangan, kekuatan secara jujur. Akui kekurangan dan kelemahan diri dan cari jalan untuk memperbaikinya. Mulakan dengan mendisiplinkan diri dan buang jauh-jauh pemikiran atau lintasan hati yang negatif. Percaya kepada kebolehan diri sendiri.

2. Atasi perasaan malu yang kena pada tempatnya. Malu melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan maksiat, tapi tak harus malu membuat perkara-perkara yang baik dan kebajikan. Tunjukkan semangat yang kuat, kental, optimis bukannya pesimis. Anggaplah manusia lain pun serupa macam kita, tiada manusia yang sempurna tanpa cacat celanya. Berani bercakap dan memberi pendapat dapat meingkatkan keyakinan diri.

3. Jangan takut mencuba sesuatu, buat saja apa yang difikirkan baik dan bermanfaat, jangan terlalu memikirkan atau terpengaruh dengan kata-kata orang yang pesimis di sekeliling kita. Jangan fikirkan kegagalan awal-awal lagi sebelum mencubanya kerana gelombang negatif ini akan mempengaruhi kita. Libatkan diri dengan aktivit-aktiviti positif yang boleh menambahkan kemahiran kerja berpasukan dan kepemimpinan. Percayakan diri sendiri mampu melakukan sesuatu yang dirancang dalam apa keadaan sekalipun.

4. Berpakaian seperti orang berjaya. Berpakaian yang sesuai mengikut tempat dan keadaan dapat secara langsung dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menuju kejayaan. Pakailah pakaian yang sesuai supaya tidak kelihatan janggal, yang boleh menimbulkan rasa malu dan rendah diri yang mana akhirnya akan mengurangkan rasa yakin dalam diri.

5. Tanamkan rasa kebergantungan kepada Allah SWT sepenuhnya, kita hanya perlukan pertolongan Allah SWT walaupun tiada manusia yang membantu kita. Dengan itu rasa keyakinan diri akan melonjak, sebab kita sentiasa berasa dalam pertolongan Allah SWT.

6. Sentiasa mencari dan menambah ilmu dan maklumat terkini supaya pengetahuan am, selain pengetahuan dalam bidang masing-masing, tidak ketinggalan zaman dan diketawakan orang. Dengan ilmu pengetahuan yang luas sudah tentu kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Dunia oh dunia….

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru akan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan… leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

~ Sugianto Parjan