Nur Illahi (Cahaya Ketuhanan)

“‎Nur Illahi adalah hakikat Ilmu Ketuhanan yang mendekatkan hamba dengan Tuhannya. Apabila Nur Illahi telah dianugerahkan Allah kepada hambaNya, maka diletakkan nur itu di dalam hati hamba itu. Dengan demikian, rahsia yang merupakan hal-hal yang tersembunyi antara makhluk dan Allah masuk ke hati hamba dengan semua perasaan kepada kelapangan melihat kebesaran Allah dan keagunganNya, sehingga hilanglah dari penglihatannya pandangan kepada selain Allah.” ~ syarah al-Hikam.” ~ Syarah Al-Hikam

Advertisements

Jangan sekutukan Allah

Janganlah menyengutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat, taufik, hidayat dan kurnia Allah.” ~ petikan Al-Hikam

Perlunya menundukkan nafsu

“Orang yang mencari kebenaran tetapi gagal menundukkan nafsu dan akalnya akan berpusing-pusing di tempat yang sama. Keyakinan dan keraguan sentiasa berperang dalam jiwanya.” ~ Syarah Al-Hikam

Jauhi hati yang lalai semasa membuat amal ibadat

“Amal ibadat yang sedikit dengan hati yang makrifat kepada Allah adalah lebih baik daripada amal ibadat yang banyak tetapi hati lalai kepada Allah SWT, sesuai dengan firmannya (mafhumnya): “Sebab itu celakalah orang-orang yang sembahyang, di mana mereka lalai dari sembahyangnya. Mereka mengerjakan kebaikan supaya dilihat orang.” (Al-Maa’un: 4-6) ~ Syarah Al-Hikam

Taubat orang berdosa lebih baik daripada taat orang yang takbur

“”Kadangkala dibukakan kamu pintu taat tetapi tidak dibukakan pintu makbul permintaan. Kadangkala kamu terdorong ke dalam dosa itu menjadi sebab menyampaikan kamu (kepada Allah SWT). Maksiat yang melahirkan rasa hina diri (kepada Allah SWT) dan rasa berhajat kepada-Nya lebih baik daripada taat yang melahirkan rasa megah dan takbur.” ~ Syarah Al-Hikam

Kelebihan taubat

“Pintu kepada Perbendaharaan Allah SWT yang tersembunyi adalah taubat! Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah SWT selagi dia belum bertaubat. Maksud taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah SWT. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah SWT. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah melakukan amal ibadat dengan banyaknya, namun tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari Allah SWT.” ~ Syarah Al-Hikam

Pergantungan kepada Allah SWT

“Bagi orang beriman, pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Bagi orang yang tidak beriman, pergantungan mereka hanya tertuju kepada ilmu, keupayaan dan usaha mereka.” ~ Syarah Al-Hikam

%d bloggers like this: