Penghidupan yang baik

Penghidupan yang baik (Hayatan Toyyibah) merangkumi 5 unsur, iaitu:

1. Rezeki yg diperoleh dengan cara yg baik dan halal, yg kemudiannya dibelanjakan pada jalan Allah.
2. Qana’ah (merasa puas dengan apa yg dimilikinya).
3. Taufiq yg didapatnya sebagai hasil daripada ketaatannya dalam memenuhi ketentuan dan petunjuk-Nya.
4. Sa’adah atau kebahagiaan yg didapat setelah terpenuhnya keperluan hidupnya, terutama keperluan rohaninya.
5. Jannah atau syurga yg merupakan tempat tinggal yg penuh dengan rahmat dan kurnia-Nya.

Kelima-lima unsur tersebut mestilah terlebih dahulu melalui dua jalan, iaitu:
1. Jalan amal soleh.
2 Jalan iman – setiap amal soleh yg dilakukan hendaklah berdasarkan kepada keimanan yg mutlak kepada Allah. Amalan baik yg dikerjakan tanpa didasari iman adalah sia-sia belaka.
(~ Imam Qurthubi)

Doa memudahkan melalui kesesakan

Saya ingin berkongsi amalan yang biasa saya gunakan semasa menghadapi kesesakan, tidak kira kesesakan di tempat orang ramai atau kesesakan (jem) di jalanraya. Amalan ini disarankan oleh seorang muslihat dari Indonesia semasa saya berada di depan makam Nabi Muhammad SAW dalam Masjid Nabawi yang sangat sesak, pada tahun 1988, semasa saya mengerjakan ibadat haji pertama. Muslimat ini menyuruh saya membaca ayat Kursi banyak-banyak sehingga saya dapat meluluskan diri berada betul-betul di hadapan makam Nabi SAW. Saya mencubanya juga semasa berada di Raudah dan juga semasa tawaf di Baitullah. Alhamdulillah, ia sangat serasi dengan saya… semuanya memudahkan saya. Apabila balik ke Malaysia, saya mengamalkan semasa kesesakan jalanraya. Alhamdulillah, kesesakan jalanraya berkurangan dan akhirnya perjalanan licin seperti biasa. Wallahu ‘alam.

Ayat Kursi (1)

Petua untuk wajah ceria dan berseri

Muka yang ceria dan menceriakan orang lain adalah satu ibadah. Petua untuk mendapatkan seri wajah atau wajah ceria yang menyenangkan orang melihatnya.

1. Banyak sujud – banyak solat sunat.
2. Senyum yang menyenangkan kerana Allah sebab senyum juga adalah ibadah.
3. Tiada langsung perasaan dengki dan iri hati terhadap orang lain.
4. Sentiasa dalam wudhu.
5. Sentiasa menghubungkan silaturrahim.

Sumber: Radio Salam.fm 8 Ogos 2014 (Ustazah Norhafizah).

Ciri-ciri ajaran tasawuf

Mengikut Al Junaid, ajaran tasawuf yang benar mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Mengenal Allah, sehingga antaramu dengan Allah tidak ada perantara (hubungan dgn Allah tanpa perantara).

2. Melakukan semua akhlak yg baik mengikut sunnah Nabi saw dan meninggalkan semua akhlak yg buruk.

3. Melepaskan hawa nafsu menurut kehendak Allah.

4. Merasa tiada memiliki apa pun, juga tidak dimiliki oleh sesiapa pun kecuali Allah..”

Dosa itu penyakit dan istighfar itu ubatnya

“Qatadah berkata, “Al-Quran memberi petunjuk kepada kamu tentang mana penyakit dan mana ubat bagi kamu semua. Adapun penyakit kamu semua adalah dosa, sedangkan ubatnya adalah beristighfar.”

Hati orang mukmin

“Hati orang mukmin itu bersih seperti cermin, tidak akan didatangi oleh syaitan dengan sesuatu (kejahatan) kecuali hati itu dapat melihatnya.” ~ Ibrahim bin Adham

Uruslah persepsi kita

Allah tidak Melihat yang zahir tapi Allah Melihat yang batin atau hati, tetapi manusia melihat yang zahir saja kerana manusia tidak mampu melihat apa yg ada di dalam hati orang lain… Jadi dari situ timbullah persepsi, sama ada positif atau negatif. Sebab itulah persepsi banyak yang tidak betul kerana ia hanya berdasarkan kepada yg terzahir saja.

Namun begitu, persepsi dan penilaian orang terhadap kita seperti tidak dapat dielakkan kerana ia datang secara semulajadi. Sama ada kita hendak atau tidak, orang tetap akan menilai kita dan ada persepsi tertentu diberikan, begitu juga kita akan melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Persepsi yang negatif akhirnya akan membawa kepada prasangka atau lebih teruk lagi menjadi fitnah. Sebaik-baiknya, jika kita ada persepsi negatif terhadap seseorang itu, eloklah tak usah diucapkan dan dihebahkan, simpan baik-baik di dalam hati saja bagi mengelakkan dosa yang berlarutan. Wallahu a’lam.

pokok3Gambar hiasan

%d bloggers like this: