Penghidupan yang baik

Penghidupan yang baik (Hayatan Toyyibah) merangkumi 5 unsur, iaitu:

1. Rezeki yg diperoleh dengan cara yg baik dan halal, yg kemudiannya dibelanjakan pada jalan Allah.
2. Qana’ah (merasa puas dengan apa yg dimilikinya).
3. Taufiq yg didapatnya sebagai hasil daripada ketaatannya dalam memenuhi ketentuan dan petunjuk-Nya.
4. Sa’adah atau kebahagiaan yg didapat setelah terpenuhnya keperluan hidupnya, terutama keperluan rohaninya.
5. Jannah atau syurga yg merupakan tempat tinggal yg penuh dengan rahmat dan kurnia-Nya.

Kelima-lima unsur tersebut mestilah terlebih dahulu melalui dua jalan, iaitu:
1. Jalan amal soleh.
2 Jalan iman – setiap amal soleh yg dilakukan hendaklah berdasarkan kepada keimanan yg mutlak kepada Allah. Amalan baik yg dikerjakan tanpa didasari iman adalah sia-sia belaka.
(~ Imam Qurthubi)

Ciri-ciri ajaran tasawuf

Mengikut Al Junaid, ajaran tasawuf yang benar mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Mengenal Allah, sehingga antaramu dengan Allah tidak ada perantara (hubungan dgn Allah tanpa perantara).

2. Melakukan semua akhlak yg baik mengikut sunnah Nabi saw dan meninggalkan semua akhlak yg buruk.

3. Melepaskan hawa nafsu menurut kehendak Allah.

4. Merasa tiada memiliki apa pun, juga tidak dimiliki oleh sesiapa pun kecuali Allah..”

Dosa itu penyakit dan istighfar itu ubatnya

“Qatadah berkata, “Al-Quran memberi petunjuk kepada kamu tentang mana penyakit dan mana ubat bagi kamu semua. Adapun penyakit kamu semua adalah dosa, sedangkan ubatnya adalah beristighfar.”

Hati orang mukmin

“Hati orang mukmin itu bersih seperti cermin, tidak akan didatangi oleh syaitan dengan sesuatu (kejahatan) kecuali hati itu dapat melihatnya.” ~ Ibrahim bin Adham

Umur dan dosa

Abu Bakar al-Katani r.a. menceritakan bahawa ada seorang mengira sendiri kejahatannya. Pada suatu hari,  ia mengira tentang umurnya. Ia dapati umurnya enam puluh tahun. Ia mengira berapa hari umurnya itu, maka ia dapati umurnya sebanyak 21,240 hari. Tiba-tiba ia memekik sekuat-kuatnya lalu pengsan tanpa sedarkan diri. Apabila ia telah sedar maka ia berkata: “Alangkah ruginya, aku datang menemui Tuhan dengan membawa sebanyak 21,240 dosa. Ini pun jika aku melakukan satu dosa sahaja setiap hari. Bagaimana jika aku melakukan berbagai dosa yang tidak terkira setiap hari?”

Kemudian ia mengeluh panjang; “Aku sendiri yang salah dan bertanggung-jawab. Aku telah membangunkan dan memajukan duniaku tetapi aku meruntuhkan akhiratku. Aku telah menentang pelindungku, Allah Yang Maha Mengurnia. Kemudian aku sangat benci untuk berpindah dari kemajuan kepada kehancuran. Bagaimana aku akan datang di hari mengira amalan yang tercatit di dalam kitab catitan amal dan bagaimana aku menghadapi azab itu tanpa amal soleh dan pahala?”

Kemudian iapun menjerit sekuat-kutanya lalu jatuh ke bumi. Apabila orang ramai cuba menolongnya didapati ia telah mati. Semoga Allah memberi rahmat ke atasnya.

~ Petikan buku Membentuk Jiwa Sufi (Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek)

 

Ulama terhijab dengan ilmunya

“Orang yang paling banyak terhijab (dari pelbagai ilmu yang lebih baik) ialah ulama, Maha Suci Allah SWT yang menghijab ulama dengan ilmu mereka sendiri.”
~ petikan buku Membentuk Jiwa Sufi

 

Peringkat Taubat

Mengikut pandangan Syeikh al-Hujwiri, taubat itu ada 3 peringkat, iaitu at-tawbah, al-inabah dan al-awbah. At-tawbah ialah taubat orang awam mukmin dari dosa-dosa besar. At-tawbah ialah penyesalan dan kembali dari dosa besar kepada ketaatan. Orang yang bertaubat di peringkat inilah yang dikenali sebagai “taib”. Al-inabah ialah taubat golongan awliya dan al-muqarrabin. Al-inabah ialah penyesalan dan kembali dari dosa kecil kepada perkara yang disukai oleh Allah. Orang yang bertaubat di peringkat ini dikenali sebagai “munib”. Al-awbah ialah taubat para nabi dan para rasul. Al-awbah ialah penyesalan dan kembali dari memandang diri kepada Allah semata-mata. Orang yang bertaubat di peringkat ini dikenali sebagai “awab”  ~  Petikan Buku Membentuk Jiwa Sufi

Segeralah bertaubat

Imam al-Ghazali berkata: “Sesiapa yang tidak segera bertaubat dengan melambat-lambatkannya, ia berada di antara dua bahaya besar: Pertama, kegelapan maksiat itu akan bertompok-tompok di dalam hatinya hingga jadilah ia sebagai dinding yang menghalang, yang sangat keras, yang tidak boleh dihapuskan. Kedua, jika ia segera sakit atau mati, maka ia tidak dapat peluang dan masa untuk berusaha menghapuskan kegelapan dosa itu.”

Kebanyakan keluhan ahli neraka ialah disebabkan sifat berlambat-lambat/berlengah-lengah tersebut dan kebanyakan jeritan mereka ialah: “Hai celakanya orang yang melambat-lambatkan. Tidaklah binasa (masuk neraka) orang yang binasa itu kecuali dengan bertangguh-tangguh dan tidaklah berjaya orang yang berjaya (masuk syurga) itu kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera (qalbun salim).”

~ petikan buku Membentuk Jiwa Sufi

Bahagian anggota batin

“Kejadian manusia terbahagi kpd 2 bahagian iaitu zahir dan batin. Anggota batin atau basirah (mata hati/ pandangan hati/pandangan hati) secara ringkasnya pula terdiri drp 3 iaitu qalbun (hati), ruhun (ruh) dan sirrun (lubuk hati). Hati (qalbun) fungsinya untuk memahami ilmu, terutamanya yg sukar diterima oleh akal. Ruh untuk musyahadah, dan Sirr pula untuk menerima dan menyimpan tajalli (Nur Wujud Allah).” ~ Petikan buku Membentuk Jiwa Sufi

Syariat, Tariqat dan Haqiqat

“Imam Malik r.a. pernah berkata:
(Ertinya): “Siapa yang (beramal) dengan fiqah tanpa tasawuf maka ia jadi fasik, siapa yang bertasawuf sahaja tanpa fiqah maka ia jadi zindik, dan siapa yang telah (beramal) dengan memadukan kedua-duanya maka ia telah sampai kepada hakikat.”

tasbih

Al-Syariah itu adalah seperti kapal laut, iaitu menjadi sebab yang membawa kepada tercapainya maksud dan selamat daripada kebinasaan. Al-Tariqah pula seperti lautan yang terdapat di dalamnya berbagai bahaya yang menjadi tempat yang (mesti dituju dan dilalui) untuk sampai kepada maksud. Al-Haqiqah pula adalah seperti butir mutiara yang sangat berharga yang tidak tercapai kecuali di dalam lautan. Tentulah tidak boleh (lalu) di lautan itu kecuali dengan kapal laut. Maka, sesiapa yang melihat (dan merasakan) semua haqiqat sesuatu itu secara “billah” atau dengan kehendak, daya dan kekuasaan Allah SWT semata-mata, tahulah ia bahawa al-syariah dan al-haqiqah itu adalah sentiasa berkait rapat antara satu sama lain, seperti air bagi pokok dan ruh bagi jasad. Al-syariah adalah pokok, al-tariqah adalah dahan-dahannya, dan al-haqiqah adalah buah-buahnya. ~ Petikan Buku Membentuk Jiwa Sufi

%d bloggers like this: