Wirid lazim selepas solat

Wirid lazim dan doa lepas solat berdasarkan kepada hadis sahih:

zikir wirid lepas solat

Cara solat sunat gerhana matahari, bulan

Dijangkakan petang ini antara pukul 3:00 hingga 5:00 petang (15 Januari 2010), Malaysia dan beberapa negara lain akan mengalami gerhana matahari separa.

Umat Islam digalak melakukan solat sunat gerhana matahari/bulan apabila berlaku gerhana tersebut.

Gerhana matahari atau bulan mengingatkan manusia bahawa Allah SWT berkuasa melakukan sesuatu ke atas alam maya ini mengikut kehendak-Nya.

Selain itu ia bertujuan menginsafkan manusia terhadap dosa yang dilakukan oleh mereka. Dengan itu mereka perlu tunduk dan sujud mengadap pencipta serta berdoa agar sentiasa mendapat cahaya dan dijauhkan malapetaka daripada-Nya.

Berikut dipaparkan cara melakukan solat sunat gerhana matahari/bulan sebagai panduan:

Oleh: Ustaz Zamanuddin Jusoh
zaman@nstp.com.my

Pendapat yang kuat dalam Mazhab Syafie ialah dua rakaat dan dua kali rukuk pada setiap rakaat. Begitu juga wujud perbezaan mengenai bacaan kuat oleh Imam (jahr) dan perlahan (sir).

Pernah berlaku gerhana pada zaman hayat Baginda SAW dan Baginda bersolat jemaah bersama para sahabat. Saidatina Aishah menceritakan bahawa Baginda SAW memanjangkan bacaannya selepas takbiratul ihram dengan membaca surah al-Baqarah, memanjangkan rukuk pada masa yang hampir sama beliau berdiri tadi dan bangun semula serta membaca al-Fatihah dan surah al-Imran, kemudian Baginda rukuk lagi (jumlah rukuk 2 kali) dengan masa yang panjang dan bangun semula serta sujud (2 kali).

Begitulah dilakukan Baginda pada rakaat kedua sehingga akhirnya dengan membaca tahiyyat dan salam. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim)

Berpandukan hadis ini, Imam Syafie, Ahmad dan Ishaq bersepakat merumuskan bahawa solat gerhana mempunyai dua kali rukuk pada rakaat pertama dan dua sujud. Begitu juga pada rakaat kedua. Ia dilakukan dalam jangka masa lebih panjang daripada biasa pada bacaan dan kelakuan seperti rukuk dan sujud.

Jika sekiranya masuk waktu solat fardu seperti Zuhur atau Asar dan sebagainya, Imam Syafie di dalam kitab Al-Um berpendapat lebih baik melakukan solat gerhana dulu kerana waktu gerhana biasanya terlalu singkat kemudian barulah solat fardu dan membaca khutbah selepasnya.

Jika waktu gerhana dijangka berpanjangan dan memungkinkan solat fardu terlebih dulu, maka bolehlah kita menunaikan solat fardu. Sekiranya berlaku pada hari Jumaat, maka didahului solat gerhana dengan memendekkan semua bacaan dan rukun-rukunnya.

Pernah dilakukan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW mengangkat takbiratul ihram dengan niat sembahyang gerhana dua rakaat. Selepas takbiratul ihram, baginda membaca al-fatihah dan surah serta dan rukuk dan tasbih seperti biasa kemudian baginda bangkit semula membaca al-fatihah dan surah.

Kemudian Baginda rukuk yang ketiga barulah baginda sujud dua kali seperti solat biasa. Begitulah seterusnya dilakukan Baginda pada rakaat kedua sehingga diakhiri dengan salam. (Hadis riwayat Tirmizi).

Sumber

Semak semula perlakuan solat kita – Ustaz Ismail Kamus

Perkara yg Membatalkan Solat

Tata Cara Solat Jenazah Mayat Perempuan

Tata Cara Solat Jenazah Mayat Laki-laki

Cara menunaikan Solat Jenazah

%d bloggers like this: