Orang Kelantan Melayu sebenar?

Sejauh mana benarnya hasil kajian ini? Mungkin kajian genetik dengan menggunakan penanda ko-dominan (seperti penanda mikrosatelit atau lain-lain) perlu juga dijalankan untuk dijadikan perbandingan dan seterusnya mengesahkan kesahihan hasil kajian ini.

SitiK

PULAU PINANG 13 Julai – Benarkah Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?

Hipotesis mengenainya mungkin berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.

Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Asid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia seperti Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

“Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.

Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNA sekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini ialah Melayu Proto.

Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi ‘Mongoloid’ dari selatan China atau ‘Austranasian’ yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

“Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,” ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.

Oleh ROZILAN SALLEH

Sumber: sini

Kehilangan DNA punca obesiti

SATU penyelidikan di Britain baru-baru ini mendedahkan masalah obesiti yang serius di kalangan sesetengah kanak-kanak mungkin berpunca daripada kekurangan ketulan asid deoksiribonukleik (DNA) tertentu. Kekurangan itu menyebabkan rasa lapar yang tidak terkawal.

Para penyelidik di negara itu telah memeriksa DNA di kalangan 300 kanak-kanak yang menjadi sangat gemuk dengan berat 100 kilogram (kg) menjelang usia mereka 10 tahun.

Dalam kajian tersebut, mereka cuba membuang atau menambah bahagian-bahagian tertentu dalam DNA. Bukti menunjukkan beberapa bahagian yang dibuang atau hilang boleh mengakibatkan masalah obesiti. Ini termasuk sejenis ketulan di dalam DNA yang ditemui kurang satu peratus dalam kalangan 1,200 kanak-kanak yang mengalami obesiti.

Hasil kajian mendapati pembuangan atau kehilangan kromosom 16 telah memberi masalah kerana ia menyingkirkan sejenis gen yang diperlukan otak.

“Otak memerlukan gen tersebut untuk memberi tindak balas terhadap hormon yang mengawal selera makan iaitu leptin,” kata Dr. Sadaf Farooqi dari Universiti Cambridge.

Beliau yang merupakan pembantu penyelidik dalam kajian tersebut berkata, kanak-kanak yang mana DNA pada kromosom 16 telah dibuang atau hilang lebih cenderung untuk makan berlebihan.

KEKURANGAN pada bahagian tertentu dalam kromosom 16 pada DNA dipercayai menjadi punca seseorang sukar mengawal selera makan. – Gambar hiasan

“Mereka akan berasa sangat lapar dan sentiasa mahu makan,” katanya.

Laporan yang disiarkan dalam jurnal Nature itu bagaimanapun berjaya memberi ‘pulangan’. Empat kanak-kanak yang mengalami masalah pada kromosom 16 telah menarik perhatian pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak di Britian.

Pihak berkuasa kebajikan negara itu menyalahkan ibu bapa kerana terlebih memberi makan kepada anak-anak.

Farooqi memberitahu biarpun hasil penemuan itu sesuatu yang di luar jangkaan pihaknya, namun ia adalah hasil kajian yang sangat penting.

Meskipun sebelum ini para saintis berjaya membuktikan bahawa kerosakan pada gen tertentu boleh menyebabkan obesiti, namun kajian terbaru itu tertumpu kepada aspek lain. Kajian kali ini lebih tertumpu kepada ketulan-ketulan DNA yang lebih besar dan merentangi beberapa gen. Pembuangan atau kehilangan pada kromosom 16 itu melibatkan sembilan gen.

Sementara itu, seorang pakar obesiti, Eric Ravussin dari Pusat Penyelidikan Bio Perubatan Pennington di Baton Rouge, Louisiana berkata, kajian tersebut merupakan ‘lubuk emas segala maklumat.’

“Ini kerana ia mengenal pasti bahagian-bahagian kromosom tertentu yang boleh diterokai untuk mencari gen berkaitan obesiti,” katanya. – AP

Sumber: sini

Eminent Speaker Series on H1N1 on TV3

Message from Malaysian Genomics Research Centre (MGRC):

We are pleased to inform you that MGRC’s invited speakers for
the recent Eminent Speaker Series on H1N1, Dr John McCauley and
Prof Rahman Omar, were interviewed for TV3’s BioUsahawan
segment.

This segment was aired on Buletin Utama on 20 August 2009. To view the video,
please click on www.mgrc.com.my/tv3.shtml.

%d bloggers like this: