Hadis Qudsi ~ Dua kalimah syahadah balasannya syurga

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Sesungguhnya Akulah Allah! Tiada Tuhan melainkan Aku. telah mendahului rahmatKu dari kemurkaanKu. Maka barangsiapa menyaksi, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, maka baginya syurga.” (Riwayat Dailami)

Hadis Qudsi ~ Silaturrahim tali rahim dengan Allah SWT

Berkata Amir bin Rabi’ah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Rahim itu berasal dari namaKu. Maka barangsiapa menyambung silatrurahimnya, Aku akan menyambung taliKu dengannya, dan barangsiapa yang memutuskan tali rahimnya, nescaya Aku pun akan memutuskan taliKu dengannya.” (Riwayat Thabrani dan Abu Ya’la)

Hadis Qudsi ~ Iman menetap di hati selepas bersin 3 kali

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Sesiapa saja orang Mu’min yang bersin tiga kali berturut-turut melainkan iman akan menetap di dalam hatinya.” (Riwayat Dailami)

Hadis Qudsi ~ Allah sentiasa bersama dengan hamba yang berdoa kepadaNya

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa Ada bersamanya ketika ia berdoa kepadaKu.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ~ Allah bersama hamba yang mengingatiNya

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa Ada bersamanya ketika ia mengingatiKu.” (Riwayat Muslim dan Hakim)

Hadis Qudsi ~ Bersangka baiklah dengan Allah SWT

Berkata Watsilah bin Al-Asqa’ r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu. Jika dia sangkakan yang baik, baiklah yang didapatinya. Dan jika dia sangkakan yang buruk, maka buruklah pula yang didapatinya.” (Riwayat Thabrani dan Ibnu Hibban)

Hadis Qudsi ~ Jangan mengambil tuhan selain Allah

Berkata Adh-Dhahhak r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Akulah Tuhan kamu! Akulah yang sepatutnya ditakuti. Oleh itu janganlah kamu mengambil tuhan selain Aku. Dan barangsiapa yang takut untuk mengambil tuhan yang lain selain daripada Aku, maka layaklah dia mendapat pengampunanKu.” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Hadis Qudsi ~ Ikhlaskan amalan untuk Allah semata-mata

Berkata adh-Dhahhak r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Akulah sebaik-baik sekutu! Barangsiapa yang menyengutukan yang lain dengan Aku, maka hendaklah dia bergantung dengan siapa yang disekutukannya itu. Wahai manusia! Ikhlaskanlah segala amalanmu itu untuk Allah! Sebab Allah tiada menerima apa amalan pun, melainkan amalan yang diikhlaskan untukNya. Dan janganlah kamu mengatakan […]

Hadis Qudsi ~ Bersekutulah dengan Allah sahaja

Berkata Syaddad bin Aus r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Akulah sebaik-baik Pembagi kepada siapa yang bersekutu dengan Aku. Barangsiapa yang menyengutuiKu dengan yang lain, maka amalannya sedikit ataupun banyak adalah bagi sekutu yang ia bersekutu dengannya, sedang Aku amat Kaya kepada apa yang disekutukannya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi – Zikir selepas solat Asar dan Subuh

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu di antara keduanya. Disebutkan dalam satu hadis yang lain, “Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu.” (Riwayat Ahmad)