Pengalaman

Pengalaman itu sebaik-baik guru…
Pengalaman menjadikan seseorang itu berilmu…
Pengalaman menjadikan seseorang itu berfikiran dan bertindak matang…
Pengalaman boleh menjadikan seseorang itu ego..
Pengalaman boleh menjadikan seseorang itu ujub…
Pengalaman boleh menjadikan seseorang itu tawadhuk…
Oleh itu, jadikanlah pengalaman kita sebagai aset yg berguna dan memberi manfaat di dunia dan akhirat….

~ Sitik ~ 29/12/2016

Penghidupan yang baik

Penghidupan yang baik (Hayatan Toyyibah) merangkumi 5 unsur, iaitu:

1. Rezeki yg diperoleh dengan cara yg baik dan halal, yg kemudiannya dibelanjakan pada jalan Allah.
2. Qana’ah (merasa puas dengan apa yg dimilikinya).
3. Taufiq yg didapatnya sebagai hasil daripada ketaatannya dalam memenuhi ketentuan dan petunjuk-Nya.
4. Sa’adah atau kebahagiaan yg didapat setelah terpenuhnya keperluan hidupnya, terutama keperluan rohaninya.
5. Jannah atau syurga yg merupakan tempat tinggal yg penuh dengan rahmat dan kurnia-Nya.

Kelima-lima unsur tersebut mestilah terlebih dahulu melalui dua jalan, iaitu:
1. Jalan amal soleh.
2 Jalan iman – setiap amal soleh yg dilakukan hendaklah berdasarkan kepada keimanan yg mutlak kepada Allah. Amalan baik yg dikerjakan tanpa didasari iman adalah sia-sia belaka.
(~ Imam Qurthubi)

Assalamualaikum semua,
Mohon maaf kerana agak lama saya tak update Blog ini kerana sibuk dengan hal-hal. Semoga kita semua dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Aamiin.

Kemuliaan guru

Kemuliaan guru..

Barangsiapa yang tidak mempunyai guru maka gurunya adalah syaitan.

Mengikut Syeikh Abdul Qadir Jailani:
“Ikutilah guru yang alim tentang Al-Quran dan sunnah dan mengamalkan kedua-duanya atau baik sangka kepada mereka serta belajar dengan mereka. Bersopanlah di hadapan mereka dan dalam pergaulan dengan mereka, sungguh kamu akan beruntung (menang).

Apabila kamu tidak mengikuti Al-Quran, sunnah dan guru yang arif tentang keduanya maka selamanya kamu tidak menang dan tidak beruntung. Tidakkah kamu mendengar barangsiapa yang mencukupkan dengan pendapatnya sendiri maka ia sesat? Didiklah dirimu dengan menggauli orang yang lebih pandai daripada kamu. Sibuklah dengan memperbaiki dirimu kemudian baru berpindah kepada orang lain.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Mulailah dengan dirimu kemudian kepada orang yang paling dekat kepadamu.”

Kenderai nafsumu

“Ubahlah kerana-Nya sesuatu yang Dia benci dari nafsumu sehingga Dia memberimu apa yang kamu sukai. Jalan itu luas. Berdirilah dan teguhlah. Beramallah dan jangan lalai selama tali dengan dua hujungnya di tanganmu.

Mohonlah pertolongan kepada-Nya atas sesuatu yang menjadikan kebaikanmu. Kenderailah nafsumu, jika tidak, ia akan mengenderai kamu. Nafsu itu tukang memerintahkan keburukan di dunia dan tukang mencela di akhirat.”

~ Syeikh Abdul Qadir Jailani

Today’s Quote

“Knowledge is learning something new everyday. Wisdom is letting go of something everyday.” ~ Zen proverb

Hadis ~ 4 Sifat Munafik

Semoga kita semua meninggalkan, menjauhi dan menghindari sifat2 munafik seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih di bawah ini:

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr r.a.: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Siapapun yg memiliki empat sifat ini adalah seorang munafik, dan siapapun yang memiliki satu dari empat sifat ini akan mempunyai satu sifat kemunafikan sampai ia meninggalkannya:
1. Setiap kali ia diberi amanah, ia khianat.
2. Setiap kali ia bicara, ia berdusta.
3. Setiap kali ia membuat perjanjian, ia melanggar perjanjian itu.
4. Setiap kali ia berselisih, ia bersikap menghina, jahat dan ceroboh.”
(HR Al-Bukhari)

Tidak akan sampai makrifatullah bagi orang2 yang bersifat munafik.

Awas! Tudung corak kepala anjing

Kepada para muslimat yang suka memakai tudung bercorak, perhatikan betul-betul corak yang dipilih sebelum anda membelinya. Sekarang orang Islam menjadi permainan orang kafir… waspadalah!

Perhatikan corak tudung di dalam gambar di bawah ini. Pusingkan gambar tersebut, anda akan nampak jelas coraknya…. apa yang anda nampak???

corak kepala anjing

Sejauh mana Cinta kita kepada Allah???

Kita selalu mengungkap kata yang kita “Cintakan Allah”, Al-Khaliq (Yang Maha Pencipta). Benarkah kata2 itu? Adakah ia terbit dari hati nurani kita atau sekadar kata2 indah di bibir mulut atau sekadar status Islamik di facebook?

Dalam keadaan benar-benar cinta, selalunya orang yang bercinta ingin sentiasa bersama, kalau boleh tak mahu berenggang walau sekelip mata. Oleh itu, mari kita nilai diri sendiri, sejauh mana atau setakat mana bukti Cinta kita kepada Allah.

* Waktu Allah memanggil kita datang ke rumah-Nya ketika azan berkemundang, di mana kita? Adakah kita menyahut panggilannya atau tidak memperdulikannya disebabkan sibuk dengan aktiviti harian masing2 dan sayang untuk meninggalkannya walaupun seketika?

* Waktu Allah menunggu kita untuk mendengar munajat, rintihan, dan taubat kita di satu pertiga akhir malam yang sunyi sepi di kala orang lain diulit mimpi indah, berdengkur dan berselimut, di manakah kita? Adakah kita bingkas bangun untuk bertahajud, memohon ampun dan rahmat Allah? atau bangun untuk buang air saja lepas itu tidur balik? atau kita berjaga hingga ke subuh tapi menonton bola atau berfb?

guam 1

Renung-renungkanlah…. perubahan di tangan sendiri. Jangan lain dikata tapi lain yang dibuat, itu munafik namanya. Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada sifat2 munafik. Nauzubillahi min zalik….

~ Khalijah AS (21/11/2014)
6.30 pagi

Today’s Quote

“Winning is not everything, but wanting to win is.” ~ Vince Lombardi