Today’s Quote

“Learning is a treasure no thief can touch.” ~ Indian Proverb

Syariat, Tariqat dan Haqiqat

“Imam Malik r.a. pernah berkata:
(Ertinya): “Siapa yang (beramal) dengan fiqah tanpa tasawuf maka ia jadi fasik, siapa yang bertasawuf sahaja tanpa fiqah maka ia jadi zindik, dan siapa yang telah (beramal) dengan memadukan kedua-duanya maka ia telah sampai kepada hakikat.”

tasbih

Al-Syariah itu adalah seperti kapal laut, iaitu menjadi sebab yang membawa kepada tercapainya maksud dan selamat daripada kebinasaan. Al-Tariqah pula seperti lautan yang terdapat di dalamnya berbagai bahaya yang menjadi tempat yang (mesti dituju dan dilalui) untuk sampai kepada maksud. Al-Haqiqah pula adalah seperti butir mutiara yang sangat berharga yang tidak tercapai kecuali di dalam lautan. Tentulah tidak boleh (lalu) di lautan itu kecuali dengan kapal laut. Maka, sesiapa yang melihat (dan merasakan) semua haqiqat sesuatu itu secara “billah” atau dengan kehendak, daya dan kekuasaan Allah SWT semata-mata, tahulah ia bahawa al-syariah dan al-haqiqah itu adalah sentiasa berkait rapat antara satu sama lain, seperti air bagi pokok dan ruh bagi jasad. Al-syariah adalah pokok, al-tariqah adalah dahan-dahannya, dan al-haqiqah adalah buah-buahnya. ~ Petikan Buku Membentuk Jiwa Sufi

Terkini: Penemuan nyamuk Topomiya – pemakan larva nyamuk aedes

Diharapkan dengan penemuan nyamuk Topomiya yang memakan larva nyamuk aedes dapat membantu mengurangkan bilangan nyamuk aedes, dan seterusnya dapat membenteras dan memerangi wabak demam denggi yang telah banyak meragut nyawa.

nyamuk aedes

Sumber Berita Harian 29 Julai 2013

Colombo: Spesies baru nyamuk yang hanya menghisap jus buah dan memakan larva nyamuk pembawa penyakit demam denggi ditemui oleh pasukan saintis Institut Penyelidikan Perubatan Sri Lanka (MRI) lapor akhbar Ceylon Today.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, spesies nyamuk itu dinamakan sebagai Topomiya.
Ia ditemui di Sri Lanka buat kali pertama selepas 124 tahun dan penemuan ini bilangan keseluruhan spesies nyamuk di negara itu meningkat kepada 17. Penyelidikan yang dilakukan MRI mendedahkan nyamuk itu tidak memakan darah manusia tetapi jus.

Topomiya juga didapati memakan larva nyamuk Aedes. Jurucakap MRI menyatakan spesies nyamuk itu boleh digunakan untuk mencegah wabak denggi dan menganggap ia sebagai reaksi semula jadi untuk mengawal penyakit itu, yang sudah meragut banyak nyawa manusia.

Bagaimanapun, MRI akan mengadakan uji kaji lanjut mengenai Topomiya dalam usaha mengenal pasti sama ada ia bahaya kepada manusia.

Berikutan penemuan spesies baru itu, siasatan mengenai kesannya kepada manusia dipertingkatkan untuk mempercepatkan usaha membekalkan Kementerian Kesihatan dengan senjata memerangi denggi.
Walaupun menunjukkan tanda pengenalan sama seperti jalur putih, yang ditemui pada nyamuk spesies Aedes Egypti yang boleh menyebarkan wabak denggi, spesies baru ditemui itu dikatakan memakan larva denggi dan jus, berbanding darah manusia.

“Penemuan ini menggembirakan dan kami berharap hasil positif dan menjadi senjata terbaik memerangi denggi. Hakikat ia memakan larva nyamuk Aedes bermakna kita boleh mengurangkan nyamuk pembawa penyakit itu secara semula jadi, berbanding menggunakan racun serangga yang memberi risiko kepada kesihatan,” kata sumber kesihatan. – AGENSI

Today’s Quote

“Some people come in your life as blessings. Some come in your life as lessons.” ~ Mother Teresa

Jenis-jenis Ayat Allah SWT

“Ayat-ayat Allah SWT ada 3 jenis, iaitu (1) ayat-ayat yang dibaca (al-ayat al- matluwah) iaitu ayat-ayat Al-Quran; (2) ayat-ayat yang dilihat dengan mata kepala (mata kasar) (al-ayat al-Mariyah); (3) ayat-ayat yang dilihat dan disaksikan oleh ruh atau mata hati atau basirah (al-ayat al-Mashhudah). Secara ringkasnya, ayat-ayat Allah SWT merangkumi syariat dan hakikat.”
~ Petikan buku Membentuk Jiwa Sufi

Lidah penunjuk simptom penyakit

Seperti bahagian-bahagian badan yang lain, keadaan atau simptom yang ditunjukkan pada lidah juga boleh digunakan sebagai penanda/simptom pelbagai penyakit dan tahap kesihatan seseorang.

Berikut dikongsikan 9 jenis simptom pada lidah yang dapat dikaitkan dengan pelbagai penyakit dan tahap kesihatan seseorang.

simptom lidah

Berdasarkan kepada gambar di atas, yang mana satukah simptom yang terdapat pada lidah anda?? Julurkan lidah dan perhatikan sendiri. Jika ada simptom-simptom yang menunjukkan kesihatan yang kurang baik, eloklah buat pemeriksaan kesihatan dengan segera.

Sumber

Hakikat iman

“Baginda Rasulullah SAW bertanya kepada Harithah bin Malik : “Ya Harithah, sesungguhnya tiap-tiap ucapan ada hakikatnya, maka apakah hakikat ucapan engkau bahawa engkau beriman dengan sebenar-benarnya?”

Harithah menjawab: “Ya Rasulullah, nafsuku lari dari dunia, malam aku berjaga, siang aku berpuasa sehingga seolah-olah aku nampak penduduk syurga sedang menikmati berbagai kesenangan dan aku juga nampak penghuni neraka yang sedang meraung penuh azab.”
~ petikan buku Membentuk Jiwa Sufi

Today’s Quote

“Fate and self-help share equally in shaping our destiny.” ~ Indian Proverb

Hadis ~ Hamba Allah yang mulia

“Rasulullan SAW bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya ada hamba-hamba daripada hamba-hamba Allah yang dipandang tinggi dan sangat mulia oleh para nabi dan syuhada”. Rasulullah SAW ditanya: “Siapakah orang itu ya Rasulullah, mudah-mudahan kami juga kasihkan mereka.” Rasulullah SAW bersabda: “Mereka itu ialah kaum yang berkasih sayang (antara manusia) dengan Nur Allah tanpa (memandang) harta kekayaan dan keturunan, wajah-wajah mereka adalah bercahaya dan mereka itu adalah berada di atas limpahan Cahaya Allah, mereka tidak akan berasa takut walaupun manusia lainnya berasa takut, dan mereka tidak berasa dukacita bila manusia lain berdukacita.”
(HR an-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

Surah Ar-Rahman ~ Khoirul Muttaqin

Mari kita semak bacaan Al-Quran, khususnya Surah Ar-Rahman (55)