Today’s Quote

“You can’t use up creativity. The more you use, the more you have.” ~ Maya Angelou

Tips bagi mendapatkan lebihan masa

Bagi orang yang sibuk, terutama di tempat kerja, masa 24 jam dirasakan tidak mencukupi. Di situlah pentingnya pengurusan masa yg efektif. Semua orang ada masa 24 jam sehari semalam, jadi kenapa ada orang yang cukup masa untuk menyiapkan kerja harian mereka, manakala ada orang yang kelihatan sibuk tapi kerjanya tak pernah selesai, asyik bertangguh saja.

Bagi yang sentiasa tidak cukup masa, ada 3 tips bagi mendapatkan masa tambahan setiap hari, iaitu:

1. Delegate (serahkan) kerja atau tugas tertentu kepada orang lain yang berkemampuan secara efektif. Pastikan dipantau dengan berkesan.

2. Bangun pagi dan pergi kerja awal. Anda dapat beberapa jam lebihan jika bangun pagi. Namun, masa tidur perlu mencukupi supaya badan tidak letih dan mengantuk.

3. Jangan buang masa dengan melakukan kerja2 yang tidak berfaedah dan menggunakan banyak masa, seperti game, media sosial yg tidak terkawal, tidur siang yg terlalu lama, dsb.

Hadis ~ Sebaik-baik waktu malam

Daripada Abu Zar, semasa Rasulullah s.a.w. ditanya, “Waktu malam yang sebagaimana yang paling utama?” Baginda menjawab, “Setelah berlalunya separuh dari waktu malam.” (HR Ahmad dan Ibnu Hibban)