Hadis ~ 4 Sifat Munafik

Semoga kita semua meninggalkan, menjauhi dan menghindari sifat2 munafik seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih di bawah ini:

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr r.a.: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Siapapun yg memiliki empat sifat ini adalah seorang munafik, dan siapapun yang memiliki satu dari empat sifat ini akan mempunyai satu sifat kemunafikan sampai ia meninggalkannya:
1. Setiap kali ia diberi amanah, ia khianat.
2. Setiap kali ia bicara, ia berdusta.
3. Setiap kali ia membuat perjanjian, ia melanggar perjanjian itu.
4. Setiap kali ia berselisih, ia bersikap menghina, jahat dan ceroboh.”
(HR Al-Bukhari)

Tidak akan sampai makrifatullah bagi orang2 yang bersifat munafik.

Awas! Tudung corak kepala anjing

Kepada para muslimat yang suka memakai tudung bercorak, perhatikan betul-betul corak yang dipilih sebelum anda membelinya. Sekarang orang Islam menjadi permainan orang kafir… waspadalah!

Perhatikan corak tudung di dalam gambar di bawah ini. Pusingkan gambar tersebut, anda akan nampak jelas coraknya…. apa yang anda nampak???

corak kepala anjing

Sejauh mana Cinta kita kepada Allah???

Kita selalu mengungkap kata yang kita “Cintakan Allah”, Al-Khaliq (Yang Maha Pencipta). Benarkah kata2 itu? Adakah ia terbit dari hati nurani kita atau sekadar kata2 indah di bibir mulut atau sekadar status Islamik di facebook?

Dalam keadaan benar-benar cinta, selalunya orang yang bercinta ingin sentiasa bersama, kalau boleh tak mahu berenggang walau sekelip mata. Oleh itu, mari kita nilai diri sendiri, sejauh mana atau setakat mana bukti Cinta kita kepada Allah.

* Waktu Allah memanggil kita datang ke rumah-Nya ketika azan berkemundang, di mana kita? Adakah kita menyahut panggilannya atau tidak memperdulikannya disebabkan sibuk dengan aktiviti harian masing2 dan sayang untuk meninggalkannya walaupun seketika?

* Waktu Allah menunggu kita untuk mendengar munajat, rintihan, dan taubat kita di satu pertiga akhir malam yang sunyi sepi di kala orang lain diulit mimpi indah, berdengkur dan berselimut, di manakah kita? Adakah kita bingkas bangun untuk bertahajud, memohon ampun dan rahmat Allah? atau bangun untuk buang air saja lepas itu tidur balik? atau kita berjaga hingga ke subuh tapi menonton bola atau berfb?

guam 1

Renung-renungkanlah…. perubahan di tangan sendiri. Jangan lain dikata tapi lain yang dibuat, itu munafik namanya. Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada sifat2 munafik. Nauzubillahi min zalik….

~ Khalijah AS (21/11/2014)
6.30 pagi

Today’s Quote

“Winning is not everything, but wanting to win is.” ~ Vince Lombardi

Penggemar kepak dan kaki ayam terdedah kepada kanser

Kenapa dengan kepak dan kaki ayam?

Baru-baru ini didapati artis Tionghoa Xia Yi tumbuh cyst di dalam rahim (cyst coklat) dan Hu Qing Wen pula melakukan operasi tumor yg penuh dengan darah, dan darahnya berwarna hitam gelap. Mereka berfikir, beberapa bulan selepas melakukan pembedahan, tentulah cyst ini akan tumbuh semula. Mereka pun akhirnya melakukan konsultasi dengan ginekologis untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit mereka.

Doktor Gine tersebut kemudian bertanya:
“Apakah awak suka makan kepak ayam? dia sangat terkejut…

“Ha… macamana doktor boleh tahu makanan kesukaanku ?

Doktor memberitau, “Hormon pertumbuhan (growth-hormone) ayam ataupun antibiotiknya selalu disuntik di bahagian kepak atau leher ayam, manakala kaki ayam tempat berkumpulnya “end product” antibiotik dan turunan “second hormonal”.

Doktor tu meneruskan: “Oleh kerana itu, kegemaran memakan kepak atau kaki ayam akan segera menambah rembesan hormon bagi wanita. Akibatnya, turunan “second hormonal” tersebut akan terkumpul menjadi toksin yg akhirnya menjadi karsinogen, sehingga menyebabkan wanita yang gemar makan KEPAK + KAKI ayam sangat mudah terkena kanser yang berkaitan dengan kelenjar hormonal seperti kanser rahim, serviks dan payudara. Oleh itu, kami menyarankan anda jangan “banyak” makan kepak ayam atau kakinya.”

Sekarang ini 80% wanita memiliki fibroid rahim dan mudah untuk mendapatkan cyst tersebut. Nauzubillahi min zalik.

kepak ayam 2

Info tambahan

Berikut adalah beberapa info berkaitan daripada KKM tentang pencetus dan penggalak kepada kanser di kalangan wanita.

1. 56 wanita meninggal dunia kerana mereka menggunakan 1 pad tunggal utk satu hari.

2. Memakai pad sepanjang hari adalah tak selamat kerana bahan kimia yg digunakan dalam tuala Ultra yang mana menukarkan cecair ke gel.

3. Ia boleh menyebabkan kanser pundi kencing dan rahim.

4. Jika masa penggunaan pad berpanjangan darah menjadi hijau dan kulat yang terbentuk masuk ke dalam rahim dan badan.

5. Oleh itu, gunakankah tuala wanita atau pad yg diperbuat daripada kapas dan jika anda menggunakan pad ultra, tolong tukar dalam tempoh 5 jam sekali.

6. Cuci bra setiap hari. Elakkan memakai bra berwarna hitam pada musim panas atau di kawasan tropika seperti di negara kita ini.

7. Jangan memakai bra semasa tidur.

8. Sentiasa tutup dada sepenuhnya dengan tudung @ selendang semasa anda berada di bawah pancaran sinar matahari.

9. Sila guna deodorant bukan anti perspirant.

10. KESEDARAN itu PENTING. Bertindaklah sekarang untuk menghindari kanser yang berkaitan dengan organ wanita.

Semoga bermanfaat….

Bersopanlah terhadap Allah dan makhluk-Nya

Bersopanlah yang baik terhadap-Nya dan terhadap makhluk-Nya. Sedikitlah berbicara yang tidak berguna bagimu.”

~ Syeikh Abdul Qadir Jailani