Ibadah mendekatkan diri pada Allah ~ Ustaz Fazli Al-Yamani

Mari kita ikuti kuliah Ustaz Fazli Al-Yamani



Today’s Quote

“All for one and one for all.” ~ Alexandre Dumas

Hadis ~ Melihat Allah

“Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya: “Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah SAW nescaya kutanyakan kepada baginda suatu soalan. Kata Abu Zar:” Tentang apa?” Jawab Abdullah: “Apakah tuan melihat Allah?” Kata Abu Zar:” Itu pernah ku tanyakan kepada baginda, dan dijawabnya:” Saya hanya melihat sinar (nur).” (HR Muslim)

Statin berdos tinggi berisiko rosakkan ginjal

Apa itu Statin?

Statin ialah kelas ubat (termasuk rosuvastatin, atorvastatin dan simvastatin) yang biasa digunakan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana statin mampu menghalang tindak-balas kimia di dalam hati (hepa) yang diperlukan untuk menghasilkan kolesterol semula jadi.

Walaupun kolesterol diperlukan oleh badan untuk membolehkan sel befungsi dengan normal, tetapi paras kolesterol yang terlalu tinggi akan menyebabkan atherosclerosis, iaitu keadaan di mana plak mengandungi kolesterol berkumpul di dalam arteri dan menghalang aliran darah. Oleh itu, dengan mengurangkan paras kolesterol darah, statin juga dapat mengurangkan risiko angina (sakit dada), serangan sakit jantung dan strok.

Bagaimanakah statin berfungsi?

Statin menghalang enzim HMG-CoA reductase yang mengawal pengeluaran kolesterol di dalam hati. Sebenarnya, statin bertindak menggantikan enzim HMG-CoA reductase yang sedia ada di dalam hati, dengan cara ini ia dapat memperlahankan proses pengeluaran kolesterol. Dengan pertambahan enzim ini, sel hati dapat mengesan yang pengeluaran kolesterol berkurangan dan bertindak balas dengan membentuk protein yang menyebabkan pertambahan pengeluaran reseptor LDL (low density lipoprotein) atau kolesterol tidak baik. Reseptor ini akan mengubah kedudukan membran sel hati dan mengikat LDL yang melaluinya. Kemudian LDL ini akan memasuki sel hati dan dihadamkan.

Apakah risiko pengambilan ubat statin?

Walaupun banyak kebaikan, tetapi pengambilan statin dalam dos yang tinggi akan meningkatkan risiko kerosakan ginjal (buah pinggang), di mana 34% daripada pesakit berisiko mendapat kecederaan ginjal akut (AKI) iaitu kehilangan fungsi ginjal dengan kadar yang cepat.

Oleh itu, jika anda terpaksa mengambil ubat statin bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah, ambillah dalam dos yang rendah dan perlu banyak minum air kosong untuk membuang toksin dari badan.

statin-medications

Rujukan

Hadis ~ Balasan memaki dan membunuh sesama muslim

“Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: “Memaki orang muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir.” (HR al-Bukhari)

Today’s Quote

“It is easy to throw something into the river but hard to get it out again.” ~ Indian Proverb

Tahukah anda?

Seluar ketat

Tahukah anda bahawa pemakaian seluar ketat boleh meningkatkan tekanan di sekitar abdomen dan menyukarkan makanan dan gas dalam perut untuk turun ke bawah bagi proses penghadaman yang normal.

Today’s Quote

“The superior man is slow in his words and earnest in his conduct.” ~ Conficius

Hadis ~ Ganjaran orang bersifat kasihan

“Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi SAW bersabda, “Orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Oleh itu, kasihanilah apa yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan mengasihani kamu.” (HR Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda, “Sesiapa tidak belas kasihan kepada manusia, maka Allah Ta‘ala tidak belas kasihan kepada dia.” (HR Muslim)

Uji minda

Cuba kira berapa bilangan wajah dalam gambar di bawah ini?

berapa wajah