Subhanallah! Hamilkan bayi hampir 50 tahun

Pelik tapi benar – Seorang nenek berumur 75 tahun mengandungkan bayi selama hampir 50 tahun

Ketika berumur 26 tahun, pada tahun 1955, Zahra Aboutalib telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesakitan selama 48 jam untuk bersalin. Doktor ingin menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi ini tetapi Zahra terlalu takut dan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari. Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin berhenti dan dia percaya bayi ini akan lahir kemudian tetapi ini tidak terjadi, bayi itu tidak juga lahir-lahir.

Pada umur 75 tahun, tiba-tiba Zahra terasa sakit perut macam hendak bersalin dan dia telah membuat pemeriksaan doktor dan rahimnya telah discan. Alangkah terkejutnya apabila terdapat seketul benda berbentuk bayi yang dibaluti oleh cangkerang yang agak keras (macam mumi) di rahimnya. Ini bermakna, Zahra telah mengandungkan bayi ini hampir 50 tahun lamanya. Kandungan ini telah membesar di luar rahim dan telahpun bersatu dengan organ dalaman Zahra. Secara fisiologinya, bagi melindungi tubuhnya daripada jangkitan penyakit bawaan daripada bendasing dalam badannya, badannya telah bertindak membina lapisan cangkerang yang membaluti bayi yang tidak pernah dilahirkan ini.

Akhirnya pembedahan ke atas Zahra dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam bentuk mumi ini. Itulah kekuasaan Allah, Dia berbuat apa yang disukai-Nya. Wallahu a’lam.

nenek baby

Sumber

Pokok pisang keluar darah di Jawa Timur

Subhanallah… mari kita berkongsi info satu lagi perkara yang pelik tapi benar berlaku di Jawa Timur, Indonesia di mana pokok pisang mengeluarkan cecair merah seperti darah apabila ditoreh dan buahnya pula bukan seperti pisang tetapi menyerupai nenas…. aneh kan? Wallahu a’lam.

Berita seterusnya di bawah ini…

Pokok Pisang Keluar Darah

Secara lazimnya, pokok pisang ataupun di bahagian batangnya, jika ditoreh ia akan mengeluarkan getah yang berwarna putih kejernihan. Namun demikian terdapat sepohon pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala pohonnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam.

Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini,” kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detikcom ketika ditemui dirumahnya. Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.

Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil. Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk. Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah.

Sumber berita

Liang roma ditumbuhi kuku

Pelik tapi benar, inilah yang terjadi kepada seorang pelajar universiti, Shanyna Isom, di Baltimore, Maryland, USA yang mengidap penyakit misteri di mana liang roma kulitnya ditumbuhi kuku-kuku kecil.

Cerita selanjutnya dikongsi di bawah ini…

Derita liang roma ditumbuhi kuku

WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Ogos 2012

BALTIMORE – Penyakit seorang pelajar universiti dilabelkan sebagai berprofil tinggi dan penuh misteri selepas menghidap sejenis penyakit aneh di mana seluruh liang roma kulit badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil.

Sejenis alahan dialami Shanyna Isom, 28, sejak tiga tahun lalu itu menyukarkannya melakukan kerja-kerja harian kerana tidak selesa dan terpaksa memakai rambut palsu.

Menurut Shanyna, dia terpaksa melindungi kepalanya yang botak selepas ditumbuhi kuku dengan skarf dan rambut palsu selain menunggu penawar yang belum ditemui.

Jelas doktor, kulit Shanyna menghasilkan 12 kali ganda sel-sel kulit biasa di setiap liang romanya sehingga menjejaskan keadaan kulitnya.

“Pada September 2009 lalu, saya mengambil ubat penahan sakit steroid kerana diserang asma, dan selepas beberapa jam saya seluruh tubuh saya berasa sangat gatal,” katanya kemudian menambah keseluruhan kakinya turut diselaputi benjolan kehitaman.

Kini, kumpulan pakar bertungkus lumus mengkaji penyakit misteri Shanyna dan hanya mampu mengawal simptom daripada merebak.

Sumber: Sinar Harian

Manusia berkulit paling longgar dan regang di dunia

Subhanallah! Allah Mencipta apa yang dikehendaiNya…

Lelaki berkulit paling regang di dunia

Sumber Sinar Harian
28 Julai 2012

LONDON – Kulitnya sangat longgar dan regang sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air.

Gary Tunner, sebenarnya menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dan dalam erti kata lain, kulitnya tidak menegang seperti manusia normal.

Namun, Tunner, 41, tidak melemahkan dirinya disebabkan sindrom itu sebaliknya dia mengubah penyakitnya menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.

Dalam kebanyakan kes, pesakit akan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah.

Sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia.

Tunner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal.

Wajah ganjil bayi lahir tanpa otak hadapan dan tengkorak (anencephaly)

Sebenarnya fenomena wajah ganjil bayi tanpa sebahagian besar otak dan tengkorak yang dipetik daripada berita di bawah ini bukanlah sesuatu yang ganjil sangat kerana ia merupakan sejenis kecacatan semasa kelahiran yang terjadi di beberapa tempat di seluruh dunia dengan peratus yang rendah.

Fenomena atau kecacatan kelahiran ini dikenali sebagai anencephaly atau “tiada otak”. Ia terjadi disebabkan oleh kecacatan tiub neural biasa semasa bulan pertama kehamilan, iaitu antara 23 – 26 hari kehamilan, selalunya sebelum seseorang wanita itu tahu ia hamil.

Dalam peringkat perkembangan janin ini, tiub neural gagal untuk tertutup sepenuhnya. Ini menyebabkan bayi yang lahir tidak mempunyai sebahagian besar otaknya, termasuk otak hadapan serta serebrum. Bahagian lain otak ditutupi oleh tulang atau kulit sahaja. Bayi yang lahir ini akan pekak, buta dan tidak rasa sakit, dan tentunya tidak dapat hidup lama.

Anencephaly adalah disebabkan oleh faktor kecacatan genetik atau ibu hamil yang terdedah kepada toksin sekitaran seperti plumbum (lead), kromium, merkuri dan nikel yang mempengaruhi perkembangan tiub neural embrio.

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir (seperti spina bifida, anencephaly, atau kecacatan jantung seperti jantung berlubang, masalah injap jantung, dsb), ibu-ibu yang hamil sangat disarankan mengambil suplemen asid folik yang berfungsi mempercepatkan pertumbuhan sel dan tisu, terutamanya semasa beberapa minggu terawal kehamilan.

Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria

Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

– Agensi

Sumber: Harian Metro

Haiwan aneh dijumpai di China

Lagi haiwan aneh dan pelik dijumpai di China….mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena sehingga wujudnya haiwan-haiwan aneh seperti ini? wallahu a’lam.

Haiwan Aneh Ditangkap Di China

Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak. Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab. Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya.
– Agensi

Sumber: Harian Metro

Anak kura-kura berkepala dua di China

Banyak betul benda pelik-pelik terjadi di China….

Anak Kura-Kura Berkepala Dua

BEIJING – Seekor anak kura-kura menetas dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China.

“Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira,” kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. – Agensi

Sumber: Harian Metro

Biri-biri punyai dua kaki di China

Subanallah! Adakah ini disebabkan mutasi genetik atau kecederaan semasa peringkat perkembangan embrio???

Biri-biri dua kaki di China

Seekor kambing biri-biri mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.

Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing biri-biri tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.

“Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati,” jelas Jinxiu. Dia dan kambing biri-biri yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.

“Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja,” kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia.

Sumber: Harian Metro

Lembu berkaki enam di Switzerland

Subhanallah, Allahu Akbar….

Lembu berkaki enam hidup normal

GENEVA – Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama.

Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.

Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.

Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. – AGENSI

Sumber: Berita Harian Metro

Pelik tapi benar: Telur dalam telur

Subhanallah! Telur ayam dalam telur

Apakah pandangan ahli genetik?

8/3/2012

BUKIT RAYA – Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.

Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.

“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku.

Sumber Berita