Uji minda

Cuba kira berapa bilangan wajah dalam gambar di bawah ini?

berapa wajah

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 10)

Sila jawab teka-teki ini….

1. Lubang ini terus diisi, tapi tak pernah penuh. Lubang apakah ini?

2. Ketika lebat ia tidak boleh dicukur. Apa dia?

3. Ia tidak boleh dilihat tetapi ia boleh ditimbang. Apa jawabnya?

4. Ia boleh hidup di udara, di darat dan di dalam air. Apa dia?

5. Dalam banyak-banyak orang, orang apa yang tidak pernah nikah tetapi mempunyai anak?

6. Ikan apa yang miskin?

7. Ada 10 ekor burung, 4 ekor ditembak, berapa yang lari?

8. Katak diterbalikkan jadi katak, kopi diterbalikkan jadi apa?

9. Bila dikotori ia menjadi putih, tapi bila dicuci ia menjadi hitam. Apa dia?

10. Bergerak tiada kaki, menghisap air tiada mulut, menangis tiada mata. Apa dia?

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 9)

1. Apabila ditarik ke atas gembira dan apabila ditarik ke bawah merana. Apa dia?

2. 2 ayah dan 2 anak lelaki pergi memancing, dan setiap orang dapat seekor ikan untuk dibawa pulang. Kenapa mereka membawa pulang 3 ekor ikan sahaja?

3. Seorang ibu mempunyai 7 anak. Separuh daripadanya adalah lelaki. Bagaimana ini boleh terjadi?

4. Kalau satu di atas tanah, kalau dua di atas rumah. Apa bendanya?

5. Anda berlumba lari dan dapat mengalahkan pelumba lain di tempat kedua. Di manakah kedudukan anda sekarang?

6. Pohon apa yang ada di saat menyambut hari raya?

7. Tahi kucing di hujung dahan, apa dia?

8. Dipegang lembik, dilempar jadi air. Apa dia?

9. Jam apa yang berbau?

10. Apa yang ada di depan mata tapi tidak kelihatan?

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 8)

1. Walaupun kulitnya dibuang ia tidak sedih dan menangis tapi yang membuang pula yang menangis. Apa dia?

2. Siapakah abang ibu anda yang mempunyai satu-satunya adik ipar kepada anda?

3. Selak kain nampak bulu, selak bulu nampak biji, selak biji nampak batang. Apa dia???

4. Tiada permulaan, tiada pertengahan dan tiada penghujung, dan ada di setiap benua. Apa dia?

5. Kalau tidak dipakai ia disimpan, tapi kalau dipakai ia dibuang. Apa dia?

6. Buang 1 daripada 9, tapi tinggal 10, bagaimana ini boleh terjadi?

7. Dalam satu keluarga terdapat 7 orang adik beradik perempuan. Setiap seorang mempunyai hanya seorang adik beradik lelaki. Berapa jumlah semua adik beradik mereka?

8. Walaupun dikecilkan, disakiti dan dihancurkan tapi ia masih berfungsi seperti biasa. Apa bendanya?

9. Bergerak tiada kaki, menghisap air tiada mulut, menangis tiada mata. Apa dia?

10. Apakah benda bertali yang apabila kita pegang ia akan mati dan apabila kita lepas ia akan hidup namun ianya akan tetap mati juga jika dibiarkan lama. Apa dia?

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 7)

1. Diberi makanan dia akan hidup, tapi diberi air dia akan mati. Apakah bendanya?

2. Orang yang membuatnya tidak menyukainya, orang yang menyewanya atau menempahnya juga tidak menyukainya, orang yang menggunakannya tidak mengetahuinya. Apakah bendanya?

3. Ringan seperti bulu, tapi orang yg paling kuat pun tak boleh menahannya walaupun seminit. Apakah dia?

4. Bila malam datangnya tidak diundang, bila siang hilangnya tidak dicuri. Apa dia?

5. Cair di pangkal tapi pekat di hujung. Apa dia?

6. Kenderaan apa yang paling banyak tayar kat dunia?

7. Ia tidak diketahui sehingga ia diukur dan ia terus berjalan tanpa menunggu kawan dan lawan. Apakah dia???

8. Seorang peladang mempunyai 9 ekor lembu. Semua kecuali 6 ekor telah mati. Jadi berapa ekor lembu yg masih hidup???

9. Beberapa bulan ada 30 hari, beberapa bulan ada 31 hari, berapa bulan yang ada 28 hari???

10. Apa benda yang ada 3 mata dan 1 kaki?

Jawabnya (fikir-fikirkan)…..Hint:

1. ipa
2. adnarek
3. safan
4. gnatnib
5. iagnus
6. lapak awab rayat
7. maj kidnar
8. 6 ekor
9. 12 bulan
10. gnait upmal kifart

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 6)

1. Apa ada di hujung laut?

2. Sungai apa yang paling panjang???

3. Apakah beza jatuh pokok dengan jatuh perigi?

4. Lidah apa yg paling dibenci???

5. Negeri yang mempunyai pelbagai jenis pasir?

6. Jam yang boleh dimakan?

7. Bulat dan gemuk tapi bila kentut jadi kurus. Apa dia?

8. Kuda apa yg makan di waktu malam?

9. Ada gigi tapi tidak boleh mengunyah. Apa dia?

10. Saya mempunyai lubang di kiri kanan, depan belakang saya, tetapi saya masih boleh menampung air, siapakah saya?

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 5)

1. Apakah nama kuda yg ekornya keras dan tiada bulu???

2. Ada mulut besar tapi tak boleh bercakap. Apa dia?

3. Apakah yang ada di tengah-tengah sawah???

4. Apakah persamaan antara telefon dengan jemuran???

5. Waktu bilakah jam anda berada pada pukul 13?

6. Apakah perbezaan antara di sini dan di sana?

7. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba. Apa dia?

8. Batu apa paling tua?

9. Sungai apakah yg paling kurus kat dunia ni??

10. Negeri manakah yg paling padat penduduk di Malaysia ni???

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 4)

1. Sungai apa yang paling runcing???

2. Kulit bertemu kulit, bulu bertemu bulu, semakin rapat semakin enak… apa dia??

3. Kaki satu tapi matanya tiga???

4. Masukkan aku ke dalam gua, mainkan aku sampai berdarah??

5. Ikan apa yang buang air besar di darat???

6. Perginya terbang tapi baliknya berenang. Apakah jawapannya?

7. Kalau kotor tak boleh dicuci, kalau koyak tak boleh dijahit???

8. Dalam banyak-banyak nombor, nombor apa yang orang paling tak suka???

9. Saya berbentuk 4 segi, duduk di penjuru, dan selalu terbang ke pelusuk negeri, siapakah saya?

10. Si kembar masuk lubang terus mati, apa dia?

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 3)

1. Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba?

2. Antara pasir, pasir kat mana yg mahal???

3. Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga,
tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tahu… apa dia?

4. Burung apakah yang paling penyayang?

5. Kita jalan, dia jalan..kita berhenti dia jalan…kita tidur, dia jalan…kita makan, dia jalan…dia tidur, kita jalan..apa dia???

6. Ada 10 ekor cicak di siling, 2 ekor sdg bergusti. Tiba-tiba yang seekor tu kalah lalu jatuh. Apaabila nak meraikan kemenangan cicak yang menang tu, semua cicak (8 ekor baki tu) jatuh…kenapa?

7. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais??

8. Kasut apa yang paling keras?

9. Huruf jawi apa yang ada angin?

10. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor lembu. Apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu berhenti?

Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 2)

1. Antara banyak-banyak binatang, binatang apa yang kaya?

2. Binatang apa yang paling kurang ajar?

3. Batang apa berlubang-lubang, tirus di atas di bawah kembang, terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

4. Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak dapat. Apakah itu?

5. Tempat apa yg ramai tapi sepi sekali??

6. Haiwan apa yang hanya ada dua huruf?

7. Dalam banyak2 binatang, binatang apa yg bertelur dan beranak?

8. Saya ada 3 adik beradik….bila tiba waktu lapang, saya suka main kejar-kejar, tapi sedihnya, saya tidak pernah dapat menyentuh adik beradik saya. Siapakah saya?

9. Sebelum masuk keras, betul-betul keras, bila dah masuk kena kapit..keluar jadi lembik. Apa dia???

10. Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?