Alat HaFYS kesan DNA babi dengan tepat

Dengan terciptanya alat HaFYS yang berupaya mengesan DAN babi dengan tepat dalam makanan, sesungguhnya ia amat melegakan semua umat Islam yang selama ini terbelenggu dalam keraguan sama ada sesuatu makanan itu mengandungi unsur babi atau tidak, terutamanya di restoran, hotel, makan diproses, bahan makanan basah, dsb. Alat ini amat membantu JAKIM dalam menentukan kehalalan sesuatu makanan itu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penyedilik di Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia dan Pengarahnya Prof. Dr Yaakob Che Man, yang telah berjaya menghasilkan alat pengesan ini. Saya sebagai warga UPM tumpang rasa gembira dan berbangga dengan kejayaan IPPH ini. Semoga kejayaan ini akan berterusan demi untuk memaslahatan ummah Islam, bukan saja di Malaysia malahan di seluruh dunia.

Perincian mengenai alat pengesan ini dipanjangkan dalam artikel berikut….

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

Alat HaFYS kesan DNA babi dengan tepat, bantu pastikan restoran tepati piawaian Syariah

AWAL minggu ini, umat Islam digemparkan dengan berita sajian tidak halal yang disediakan kebanyakan kopitiam di negara ini. Pendedahan itu yang menyusuli laporan mengenai pasar raya menjual ayam tidak disembelih dengan sempurna, hanya mencetuskan kebimbangan ramai yang sudah pasti amat sensitif dengan isu halal haram makanan ini.

Persoalannya, selain logo halal disahkan kerajaan, apakah ada cara lain dapat membantu menangani isu ini, khususnya mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan? Jawapannya – alat HaFSY atau sistem pengesahan halal yang dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM). Malah, pada tempoh terdekat ini, jika melihat pegawai agama atau anggota penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa alatan berwarna hitam seperti pembakar roti, memasuki mana-mana restoran, kilang atau kedai runcit, jangan tersalah sangka, ia bukan untuk dijual sebaliknya itulah HaFSY.

Alat itu sebenarnya adalah pengesan produk halal atau haram melalui pengesanan dan pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang dikhaskan bagi menentukan sesuatu produk mengandungi DNA babi atau tidak.

Ia dibangunkan IPPH selama lebih setahun yang terbukti berkesan, pantas mendapatkan keputusan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Berbanding kaedah kajian sebelum ini, sampel produk akan dibawa ke makmal untuk dikaji dan keputusan paling cepat akan diperoleh selepas dua hari. Kini, ia cuma diperoleh dalam masa satu jam untuk menentukan produk mengandungi DNA babi atau tidak.

Bersesuaian moto produk HaFYS iaitu ‘one step, one button, one hour’ (satu langkah, satu butang, satu jam) sudah menceritakan kelebihannya.

Ia bermaksud pengguna boleh mengenal pasti atau mengesan kehadiran DNA babi dengan satu langkah penyediaan saja, menekan butang pada mesin PCR dan keputusan sama ada positif atau tidak boleh diperoleh dalam masa satu jam.

Bak kata Pengarah IPPH, Prof Dr Yaakob Che Man, melalui penggunaan produk itu, sesiapa saja boleh menguji sesuatu produk tanpa memerlukan kelayakan dalam bidang kajian DNA.

“Ustaz pun boleh buat, ia cukup mudah. Kita tak perlukan saintis untuk buat kerja pengesahan ini kerana keputusan yang diperoleh melalui alat ini tepat dan terbukti. Hanya masukkan sampel produk ke dalam alat kajian dan tunggu keputusan dalam masa sejam.

“Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, ramai pengguna yang tidak tahu atau tidak faham apa yang dikatakan DNA iaitu bahan baka di dalam tubuh manusia dan hampir semua organisma lain.

Maklumat dalam DNA disimpan sebagai kod yang terdiri daripada empat asas kimia iaitu Adenine (A), Guanine (G), Citosin (C), dan Thiamin (T).

Jika dibuat kajian saintifik terhadap sesuatu produk dan ada jujukan atau urutan DNA daripada sumber haram dan sepadan dengan rekod DNA babi, secara automatik ia akan menunjukkan laporan positif. Begitu juga sekiranya ada DNA dari haiwan lain yang haram dimakan mengikut syarak.

Dr Yaakob menjelaskan, IPPH menjalankan penyelidikan mengikut kaedah penentuan kehadiran DNA daripada spesis haiwan yang tidak halal seperti babi bagi mengesahkan kehadirannya.

“Kami reka bentuk primer dan ‘probe’ (alat siasatan) sepadan dengan jujukan DNA babi. Seterusnya analisis lanjut Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Ujian Tindakan Rantai Polimeris, dijalankan bagi menentukan sama ada wujud DNA babi dalam sesuatu produk halal. Hanya ada dua keputusan tepat iaitu positif atau negatif,” katanya.

Menurut Dr Yaakob, HaFYS bukan saja direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam makanan tetapi berkesan dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan.

Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol.

Banyak pihak dikatakan mempunyai alatan PCR dalam menjalankan kajian makmal, tetapi produk HaFYS yang lebih terperinci diakui satu satunya produk di dunia yang dikhaskan kepada mengesan DNA babi.

“Dalam aspek sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

“Dalam erti kata lain, konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam Al Quran menepati makna sebenar produk halal. Menjadi tanggungjawab kami membantu umat Islam mengenal pasti produk halal atau haram dan menjadi tanggungjawab masyarakat menyedari hak mereka,” katanya.

Ketika ini produk ini yang mendapat kerjasama daripada sebuah syarikat di Utah, Amerika Syarikat sudah pun diluluskan dan bersedia memasuki pasaran tempatan serta antarabangsa.

‘Berpotensi jadi kaedah piawaian antarabangsa’

PRODUK pengesan produk halal atau haram melalui pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA), HaFYS (Halal Verification System) berpotensi dipasarkan serta digunakan di seluruh dunia berdasarkan kaedah penggunaannya yang tepat dan mudah.

Ketika ini, produk hasil kajian dan penyelidikan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) itu sudah mula diperkenalkan di serata dunia termasuk kepada 80 peserta luar negara mewakili agensi persijilan halal sempena MIHAS 2010, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah IPPH merangkap penyelidik, Prof Madya Dr Shuhaimi Mustafa, berkata pihaknya banyak bekerjasama dengan negara luar termasuk Thailand, Indonesia dan Turki dalam usaha mengenengahkan penggunaan HaFYS.

Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berperanan penting dalam menentukan status produk halal dilihat sebagai peluang keemasan untuk memantapkan penggunaan produk halal di peringkat tempatan dan luar negara.

“Kami mempunyai hubungan erat dengan JAKIM dan bekerjasama memberikan penerangan dan melatih pegawai mereka dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

“IPPH cukup yakin, melalui JAKIM, produk HaFYS ini berpotensi menjadi kaedah standard dan boleh digunakan di seluruh dunia. Walaupun JAKIM mengeluarkan cop Halal tetapi bagaimana kita nak pastikan produk mereka betul betul halal,” katanya.

Selain itu, IPPH turut menganggotai banyak jawatankuasa di JAKIM serta bertanggungjawab melatih pegawai agensi itu dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

Katanya, kaedah penggunaan produk itu dilihat menepati cita rasa masyarakat kerana pengguna hanya perlu memasukkan sampel kecil produk ke dalam tabung kecil sebesar batang pen sebelum meletakkannya ke dalam pemegang khas.

“Sampel itu dimasukkan ke dalam tabung kecil yang mengandungi semua bahan kajian, ia akan mengesan sebarang unsur DNA babi. Itulah yang membezakan produk ini kerana PCR kami adalah satu satunya mesin mempunyai ‘primer dan probe’ yang khas untuk DNA babi,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh bagaimana ikan patin dan ikan keli yang didakwa diberi makanan bercampur unsur babi boleh dikesan sama ada mempunyai DNA haram atau tidak dengan cara mengkaji salah satu daripada sampel makanan, perut ikan, air kolam, lendir pada ikan dan lumut.

Dalam erti kata mudah, produk HaFYS akan dapat mengesan dengan tepat jika terdapat anggaran unsur DNA babi dalam sebarang produk dengan catatan bacaan 0.001 peratus ataupun satu auns (0.04 gram) bagi setiap satu kilogram.

Kesimpulannya, dalam konteks sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

Itu bermakna konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam al-Quran menepati makna sebenar produk halal yang tidak perlu diragui.

Info Kaedah lain mengesan unsur haram

# Protein (ELISA)
# Lemak (Kromatografi, FTIR)
# Electric Nose
# Alkohol (GC)

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)

# Ditubuhkan tahun 2005 dengan nama Institut Produk Halal
# Ditukar nama kepada IPPH pada 2006
# Skop kajian:
1) Makanan
2) Pakaian
3) Kosmetik
# Produk HaFYS pernah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2009.

Produk HaFYS

# Setiap mesin bernilai RM50,000
# Satu cartridge bernilai RM200
# Berat maksimum mesin: 4 kilogram
# Hampir sama dengan teknologi mengesan denggi, malaria dan influenza.
# Mempunyai primer dan probe yang pertama di dunia.

Sumber berita

Advertisements

Today’s Quote – 24

Great things are done by a series of small things brought together ~ Vincent van Gogh

Panduan pesakit migrain

Boleh dikatakan semua orang tahu apa itu migrain, malahan budak kecil pun tahu kerana sudah biasa dan menjadi sebutan dalam masyarakat kita.

Pada umumnya orang tahu bahawa migrain adalah sakit kepala yang teramat sangat (ada orang kata, macam nak pecah kepala) tetapi hanya bertumpu di sesuatu kawasan atau di sebelah kepala sahaja. Migrain akan datang berulang-ulang kali selagi faktor yang menyebabkannya masih tidak dihapuskan/dihindari. Setakat ini tiada ubat yang mujarab untuk menghilangkan migrain secara terus buat selama-lamanya. Ubat yang ada hanya ubat menahan sakit, selepas itu doktor akan suruh berehat untuk meredakan migrain tersebut.

Maklumat lanjut tentang migrain terdapat dalam artikel berikut:

What are Migraine Headaches?

There are two types of headaches that have been identified: primary headaches which are not associated with any underlying pathology and include migraine, cluster, and tension headaches and secondary headaches, which are attributable to an underlying pathological condition such as tumor, infection, or a vascular condition.

People who suffer from migraine headaches are called migraineurs. Migraine headaches are characterized by:

* Pain typically starting around the eyes, on the side of the head (temples), or in the forehead
* Pounding, throbbing, or pulsating pain
* Unilateral (one side of the head) pain but could be bilateral
* Pain duration of 2 hours to three days
* Sensitivity to light and sound during the migraine
* Disabling and incapacitating pain during severe headache
* Presence of an aura, a pattern of lines or shadows in front of the eyes, in a minority of patients
* Physical exertion, such as lifting or climbing stairs may intensify the pain
* Nausea, with or without vomiting in approximately 80% of migraineurs
* An almost universal desire to lay down in a dark, quiet room and sleep

The National Headache Foundation estimates that approximately 20.5 million people in the U.S. suffer from migraine headaches. Migraines occur most commonly between the ages of 15 and 55 though they are not uncommon in preschoolers and elementary school-age children. Migraines typically peak at 40-50 years of age and subside thereafter in both men and women. Up to 80% of migraineurs have a family history of migraine headache.

The largest subgroup of people who experience migraine headaches is women in their reproductive years. It is estimated that up to 25% of all migraine attacks occur in the perimenstrual period of the menstrual cycle (from two days before up to 3 days after the cycle begins).

It is estimated that less than half the people suffering from migraines receive a correct diagnosis by their physicians. Migraines are severely underdiagnosed and are often misdiagnosed as tension or sinus headaches. When left untreated, a migraine headache can continue for up to 72 hours. They may occur as infrequently as twice a year or as often as daily. For unknown reasons, some migraineurs spontaneously go into remission and experience an extended period of time (even years) without headaches.

Many migraineurs never even go to a doctor for an official diagnosis for several reasons, including:

* They feel like they can manage their headaches with over-the-counter (OTC) medication or home remedies.
* They may feel that their headache is not serious enough to warrant medical attention.
* They may have been misdiagnosed and when medication didn’t help, they assume that there’s nothing else available.
* They may have been correctly diagnosed but may have been given incorrect medications or inadequate doses of the appropriate medications.

Important Facts about Migraine Headaches

* In Western countries, migraine headache is estimated to affect 12% of the general population. Migraine is most common in North and South America, less so in Europe and Africa, with the lowest rate in Asia.

* Women suffer from migraines approximately 3 times as often as men – 18% of women vs. 6% of men.

* Prevalence of migraine in the United States has remained stable at approximately 11% over the past five years. It is estimated that migraine headache affects at least one person in every four households.

* Approximately 30 million people in the United States suffer from migraine headaches. The prevalence of migraine headaches is greater than that of asthma and diabetes combined.

* The majority of headache sufferers who consult their primary care physicians have migraine headaches, yet they are usually misdiagnosed and undertreated.

* It is estimated that only 40% of migraineurs use prescription drugs for their headaches.

* Migraine headache places an enormous burden on the individual who is suffering, their family, and society in terms of lost days of work or school, impact on functioning in the family unit, lost productivity, absenteeism, and elevated health care costs.

* It is estimated that the annual cost of lost productivity and absenteeism from migraine headache in the US is $13 billion and the cost of caring for people suffering from migraine is approximately $1 billion.

* The World Health Organization (WHO) considers migraine to be one of the 20 most disabling diseases worldwide.

Knowledge is Critical when Dealing with a Life-Altering Condition such as Migraine Headaches

If you or a loved one has been diagnosed with migraine headaches, it’s critical to learn everything you possibly can about this condition so that you can make informed decisions about your treatment. That’s why we created the Medifocus Guidebook on Migraine Headaches, a comprehensive 132 page patient Guidebook that contains vital information about migraine headaches that you won’t find anywhere in a single source.

The Medifocus Guidebook on Migraine Headaches starts out with a detailed overview of the condition and quickly imparts fundamentally important information about migraine headaches, including:

* The underlying causes of migraine headaches.

* The risk factors that can increase a person’s chances for developing migraine headaches.

* The triggers that can precipitate an acute attack of migraine headaches in many patients.

* A detailed overview of the different types of migraine headaches that are recognized, which include:
o Migraine with aura
o Migraine without aura
o Basilar migraine
o Chronic migraine
o Transformed migraine

* The signs and symptoms of migraine headaches.

* How migraine headaches are diagnosed based on factors such as signs/symptoms, patient history, and physical examination.

* Other medical conditions that may be confused with migraine headaches and must be taken into consideration in the differential diagnosis of migraine headaches.

Understanding the Standard Treatments… and the Treatment Options

The goals of treatment for people with migraine headaches include:

* Reduce the frequency, severity, and duration of migraine headaches.
* Prevent future attacks of migraine headaches.
* Enable patients to function and lead a reasonably good quality of life.
* Provide education, support, and counseling to patients and their families.

Understanding the standard treatments – and the treatment options – is critical for successfully achieving the goals of treatment for migraine headaches. As you read through the section of the Guidebook that focuses on the treatments for migraine headaches, you will specifically learn about:

* The specific medications that are commonly prescribed for the treatment of migraine headaches, which include:
o Analgesics
o Migraine-specific medications
o Rescue medications

* A detailed overview of the U.S. Consortium on Headache practice guidelines for the treatment of migraine headaches.

* Abortive strategies that may be used to prevent the onset of migraine headaches.

* Special considerations in the treatment of migraine headaches in other populations such as:
o Children
o Adolescents
o Women who are pregnant

* The role of complementary and alternative therapies in the management of migraine headaches.

* The prognosis (outlook) for people with migraine headaches.

* Quality of life issues that often confront people with migraine headaches and how to minimize their impact and cope better with these issues.

* Important questions to ask your doctor about migraine headaches.

Source

Today’s Quote – 23

Those who will play with cats must expect to be scratched ~ Miguel de Cervantes

7 common mistakes in prayers

Received this article in my email and I like to share it here….

Listed below are the 7 Common mistakes usually we make in prayers

Mistake 1: Reciting Surat al-Fatiha fast without pausing after each verse.

The Prophet (SAW) used to pause after each verse of this surah. (Abu Dawood)

Mistake 2: Sticking the arms to the sides of the body, in rukoo ‘ or sujood, and sticking the belly to the thighs in sujood.

The Messenger of Allah (SAW) said: ‘ Let not one of you support himself on his forearms (in sujood) like the dog. Let him rest on his palms and keep his elbows away from his body. ‘ (Sahih Muslim) . The Messenger of Allah (SAW) used to keep his arms away from his body during rukoo ‘ and sujood that the whiteness of his armpits could be seen (Sahih Muslim).

Mistake 3: Gazing upward during prayer.

This may cause loss of concentration. We are commanded to lower our gaze, and look at the point at which the head rests during sujood. The Prophet (SAW) warned: ‘ Let those who raise their gaze up during prayer stop doing so, or else their sights would not return to them. i.e. lose their eyesight]. ‘ (Muslim)

Mistake 4 : Resting only the tip of the head on the floor during sujood.

The Prophet (SAW) said: ‘ I am commanded to prostrate on seven bones the forehead and the nose, the two hands [palms], the two knees, and the two feet. ‘ (Sahih Muslim) Applying the above command necessitates resting the forehead and the nose on the ground during sujood.

Mistake 5 : Hasty performance of prayer which does not allow repose and calmness in rukoo ‘ or sujood.

The Messenger of Allah (SAW) saw a man who did not complete his rukoo ‘ [bowing], and made a very short sujood [prostration] ; he (SAW) said: ‘ If this man dies while praying in this manner, he would die upholding a religion other than the religion of Muhammad. ‘ Abu Hurairah (RA) said:
‘ My beloved friend, Muhammad (SAW) forbade me to perform postures of prayer copying the picking of a rooster; (signifying fast performance of prayer), moving eyes around like a fox and the sitting like monkeys ( i.e. to sit on thighs). ‘ (Imam Ahmad & at-Tayalisi) The Messenger of Allah (SAW) said: ‘ The worst thief is the one who steals from his own prayer. ‘ People asked, ‘ Messenger of Allah! How could one steal from his own prayer? ‘ He (SAW) said: ‘ By not completing its rukoo ‘ and sujood. ‘ (At Tabarani & al-Hakim).

To complete rukoo ‘ is to stay in that posture long enough to recite ‘ Subhana rabbiyal Adtheem ‘ three times, SLOWLY, and ‘ Subhana rabbiyal-a ‘ ala ‘ t hree times, SLOWLY, in sujood. He (SAW) also announced: ‘ He who does not complete his rukoo ‘ and sujood, his prayer is void. ‘ (Abu Dawood & others)

Mistake 6 : Counting tasbeeh with the left hand

The Prophet (SAW) used to count tasbeeh on the fingers of his right hand after salah. Ibn Qudamah (RA) said: ‘ The Messenger of Allah (SAW) used his right hand for tasbeeh. ‘ (Abu Dawood).. The above hadeeth indicates clearly that the Prophet (SAW) used only one hand for counting tasbeeh. No Muslim with sound mind would imagine that the Prophet (SAW) used his left hand for counting tasbeeh. Aa ‘ ishah (RA) said that the Prophet (SAW) used his left hand only for Istinjaa ‘ , or cleaning himself after responding to the call of nature. He never used it for tasbeeh. Yasirah (RA) reported: The Prophet (SAW) commanded women to count tasbeeh on their fingers.

The Messenger of Allah (SAW) said: ‘ They (the fingers) will be made to speak, and will be questioned (on the Day of Resurrection. ) ‘ (At-Tirmidhi) .. The above Hadeeth indicates that it is preferable to count tasbeeh on the fingers of the right hand than to do so on masbahah (rosary).

Mistake 7 : Crossing in front of a praying person.

The Messenger of Allah (SAW) warned: ‘ Were the one who crosses in front of a praying person to know the consequences of doing so, he would have waited for *forty better than to cross in front of him. ‘ (Sahih Bukhari and Muslim). *The forty in the tradition may be days months or even years. Allah knows best.

Common Errors in Prayer That MUST Be Avoided – Please inform your near and dear ones to take care of the above.

Remember Muslim Ummah in your supplications

1. Prayer for Mercy and Forgiveness

Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfir lana wa tarhamna lanakunanna min-al-khasirin.
“Our Lord ! we have wronged ourselves. If Thou forgive us not and have not mercy on us, surly we are of the lost.”

2. Prayer for Grace on both the Worlds

Rabbana aatina fid-unya hasanatan wa fil-aakhirati hasanatan wa qina ‘ ashab-an-nar.
“O Lord ! Give unto us in the world that which is good and in the Hereafter that which is good and guard us from that doom of the Fire “.

3. Prayer for Forbearance and Fortitude

Rabbana afrigh alaina sabgran wa thabbit aqddamana wansurna alalqaumil-kafirin.
” Our Lord! Bestow on us endurance, make our foothold sure, and give us help against the disbelieving folk”.

4. Prayer for Protection against the Mischief of the Devil

Rabbi a ‘ udhu bika min hamazat-ishayatini wa audhubika rabbi an yahdurun.
” May Lord ! I seek refuge in Thee from suggestions of the evil ones and I seek refuge in Thee, my Lord ! last they be present with me”.

5. Prayer for Protection against the torment of Hell

Rabbanasrif ‘ anna ‘ adhaba jahannama inna ‘ adhadaha kana gharama Innaha sa ‘ at mustaqarran wa muqama:
” Our Lord ! Avert from us the doom of hell : Lo ! The doom thereof is anguish. Lo ! it is wretched as abode and station”.

6. prayer for the Correction of Heart

Rabana la tuzigh qulubana ba ‘ da idh hadaitana wa hablana min ladunka rahmah innaka antal-Wahhab.
“Our Lord ! Cause not our hearts to stray after Thou hast guided us, and bestow upon su mercy from Thy Presence. Lo ! Thou, only Thou art the Bestower”.

7. Prayer for the Purification of Heart

Rabbanaghfir lana wa li-ikawaninal- ladhina sabaquna bil-imani wa la taj ‘ al fi qulubina ghillal-lil- laghina aamanu rabbana innaka ra ‘ uf-ur-Rahim.
” Our Lord ! Forgive us and our brethren who were before us in the faith, and place not place not in our hearts any rancour towards those who believe. Our Lord ! Thou art full of pity, Merciful”.

8. Prayer for Favourable Turn of Events

Rabbana aatina min ladhunka rahmatan wa hayyi ‘ lana min amrina rashada.
“Our Lord ! Give mercy from Thy presence and shape for us right conduct in our plight”.

9. Prayer for salvation

Rabbana aamanna faghfir lana warhamna wa anta khair-ur-rahimain.
” Our Lord ! We believe therefore forgive us and have mercy on us for Thou art best of all who show mercy”.

10. Prayer for the grant of satisfaction and peace in the family

Rabbana had lana azeajina e adhur-riyyatina qurrata a ‘ ayunin waj ‘ alana lil-muttaqina imma.
” Our Lord ! Vouchsafe us comfort of our wives and of our offspring, and make us patterns for (all) those who ward off (evil) “.

11. Prayer for Parents

Rabbanaghfir li wa li-walidayya wa lil-mo ‘ mina yauma uaqumu-ul-hisab.
” Our Lord ! Forgive mi and my parents and the believers on the day when the account is cast “.

12. Prayer for protection form trials and tribulations

Rabban la tu ‘ akhidhna innasina au akhta ‘ na rabbana wa la tahmil ‘ alaina isran kama hamaltahu ‘ alalladhina min qablina rabbana wa la tuhamilna ma la taqata lana bihi wa ‘ fu ‘ anna waghfir lana war hamna anta maulana fansurna ‘ al-la-qaum- il-kafirin.
” Our Lord ! Condemn us not if we forget or err : Our Lord ! Lay not on us such a burden as Thou didst lay on those before us : Our Lord ! Impose not me us that which we have not the strength to bear : Pardon us, absolve us and have mercy on us. Thou ‘ art our Protector and give us victory over the disbe lieving folk “.

13. Prayer for getting rid of the disbelievers ‘ domination

Alallahi tawakkalan rabbana la taj ‘ alna fitnatanlil- qaum-iz-zalimin. Wa najjina firahmatika min-al-qaumil kafirin.
” In Allah we put trust. Our Lord ! Oh, make us not a lure for the wrongdoing folk. And of Thy mercy, save us from the folk that disbelieve”.

14. Prayer for a Propitious end

Fatir-as-samawati wal-ardi anta waliyyi fid-dunya wal-aakhirati tawaffani musliman wa allhiqni bissalihin.
” Creator of the heavens and the earth Thou art my protecting Friend in the world and the Hereafter. Make me to die submissive (unto Thee), and join me to the righteous “.

Rabbana innana sami ‘ na munadiyan yunadi lil-imani an aaminu birabbium fa ‘ amanna rabbana faghfirlana dhunubana wa kaffir ‘ anna sayyi atina wa tawaffana maial abra. Rabbana wa-atina ma wa adtana ala rusulika wala tukhzina yaum-al-qiyamati innaka la tukhlif-ul-mi ‘ ad.
” Our Lord ! We have heard a crier calling unto Faith : Believe ye in your Lord ! So we believed our Lord ! Therefore forgive us our sins, and remit from us our evil deeds and make us die that death of the righteous. Our Lord ! And give us that which Thou hast promised to us by Thy messengers. Confound us not upon the Day of Resurrection. Lo ! Thou breakest not the trust “.

Genap setahun…

Genap setahun 1 hari blog ni diwujudkan (28/10/2009)… hitnya mencapai 50,003 (masa menulis ni), alhamdulillah. Tak sangka banyak juga hitnya kan? terima kasihlah kepada semua pengunjung samada pengunjung setia atau tak setia…. diharapkan apa-apa yang dipaparkan dan dipanjangkan di sini dapat menambah pengetahuan, informasi, semangat dan iman kita semua.

Insya Allah, bila ada masa dan kesempatan saya akan update blog ni dari masa ke masa….

Jazakallahi kathira….

Tahukah anda? – 4

Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

%d bloggers like this: