Today’s Quote

“A lot of people become saints because of their stomach.” ~ Indian Proverb

Pengabdian diri kepada Allah sahaja

“Manfaatkan apa yang diberi Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Sepanjang jalan kehidupan tentu akan ada ujian supaya bersabar dan ni’mat supaya bersyukur.” ~ Pesanan Luqmanul Hakim

Tahukah anda?

Menyikat rambut

Tahukah anda apakah kebaikan menyikat rambut, selain daripada nampak kemas dan bergaya?

Menyikat rambut secara dalam (sampai ke kulit kepala) dapat melancarkan aliran darah dan nutrien di kulit kepala dan batang rambut, serupa macam mengurut kepala. Menyikat rambut sebelum bersyampu pula akan dapat menyalurkan minyak dari kulit kepala ke batang rambut, dan ini menjadikan rambut lebih sihat.

sikat

Pesanan Luqmanul Hakim

“Hai anakku! orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak mendurhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.” ~ Pesanan Luqmanul Hakim

Today’s Quote

“To send a letter is a good way to go somewhere without moving anything but your heart.” ~ Phyllis Theroux

Ubat alternatif bagi jantung tersumbat

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di dunia, Malaysia juga tidak terkecuali. Bayangkan berapa banyak perbelanjaan yang perlu digunakan bagi merawat dan mengubati pelbagai masalah berkaitan dengan penyakit jantung, baik di pihak pesakit mahupun di pihak kerajaan yang terpaksa memperuntukkan bajet yang begitu besar di hospital-hospital kerajaan untuk penyakit ini. Tidak kurang pula berapa ramai yang menunggu bagi menjalani ujian oleh pakar jantung dan seterusnya mendapatkan rawatan. Jika kita pergi di hospital, pesakit yang paling ramai ialah di Unit Kardio/Jantung.

jantung-koroner-300x232

Memandangkan keadaan yang kritikal ini, saya ingin berkongsi ubat alternatif bagi melancarkan semula perjalanan darah di jantung yang sempit atau tersumbat, atau yang perlu membuat bypass. Resepi bagi ubat alternatif ini diberikan oleh seorang kawan, yang mendapatkan resepi ini daripada seorang Cina yang lanjut usia, tapi masih sihat. Kawan saya yang telah lama mengidap penyakit jantung dan sepatutnya membuat bypass, tidak jadi buat bypass setelah mengamalkan ubat alternatif ini. Mudah-mudahan ramai pesakit jantung lain sihat semula selepas mengamalkan ini, in sya Allah.

Ramuan

45 g cendawan hitam putih (kering)
10-14 buah kurma merah
8 hirisan panjang halia (2 cm/hirisan)

Caranya

Rebus semua bahan di atas dengan 4 liter air (lebih kurang 8 mangkuk air) dengan api yang sangat perlahan selama 3-4 jam, sehingga airnya tinggal 1 mangkuk (2 gelas). Minum airnya 1 gelas pagi dan 1 gelas petang.

Nota: Air rebusan hendaklah dibuat sekali untuk sekali minum. Air rebusan ini in sya Allah dapat membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit. Bagi orang yang mempunyai salur darah di jantung yang sempit atau tersumbat, amalkan setiap hari. Sebagai langkah pencegahan, air rebusan ini juga elok diamalkan oleh orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, mungkin dibuat seminggu sekali (tak perlu buat hari-hari).

Semoga info ini bermanfaat untuk semua yang ingin mencubanya.

Jauhi mengumpat

“Jauhi mengumpat orang lain. Panggil memangggil dengan gelar-gelar yang buruk, dan jangan berbicara kecuali yang baik.” ~ Wasiat Hasan Al-Banna

~ Petikan buku: 10 Wasiat Hasan Al-Banna (Dr. Abdul Adhim Ibrahim al-Matha’ani)

Today’s Quote

“A wise man makes his own decisions, an ignorant man follows the public opinion.” ~ Chinese Proverb

Fadilah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah surah Al-Falaq dan surah An-Nas sebanyak 100 kali.

Siti Aisyah menerangkan: “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Saidina Ali menerangkan: “Pernah Rasulullah SAW digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam dan dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas lalu disapukan pada anggota yang digigit kala tadi.”

Uqbah bin Amir menerangkan: “Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan bersama Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas dan aku pun disuruh membacanya.”

Uqbah menerangkan: Rasulullah SAW berkata kepadaku: “Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 surah yang tidak terdapat bandingannya dalam Zabur, Taurat dan Injil?” Saya menjawab: “Baiklah ya Rasulullah.” Kemudian Rasulullah membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati..

Rujukan: Buku Risalah Doa Yaa Rabbi (H. Dja’far Sabran)

Fadhilat Surah Al-Kafirun

Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca Surah Al-Kafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.” (HR At-Tarmizi)

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.