Today’s Quote

“When the rich make war it’s the poor that die.”
~ Russian Proverb

Hadis ~ Hidup sentiasa diuji

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” (HR Tirmizi)

Faedah berjalan

Dikongsikan di sini hasil kajian yang dijalankan oleh Mayo Foundation for Medical Educational Research (MFMER) berkaitan dengan faedah atau kebaikan berjalan setiap hari, yang begitu banyak sekali, di antaranya:

1. Badan manusia dijadikan atau dicipta oleh Yang Maha Pencipta memang untuk berjalan.

2. Berjalan selama 30 minit setiap hari dapat mengurangkan separuh daripada kadar mendapat diabetes, dan berjalan juga mengurangkan risiko mendapat diabetes di kalangan orang yang berumur lebih daripada 60 tahun sebanyak 70%.

3. Berjalan mengurangkan risiko mendapat strok lebih daripada 25%.

4. Berjalan mengurangkan penyakit darah tinggi (hipertensi). Badan kita mempunyai sejumlah lebih daripada 100,000 batu (160,934.4 km) salur darah. Salur-salur darah ini menjadi lebih sihat dan berfungsi dengan lancar apabila seseorang itu berjalan.

5. Berjalan mengurangkan risiko mendapat kanser.

6. Wanita yang selalu berjalan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara sebanyak 20% dan kanser kolon sebanyak 31%.

7. Orang yang selalu berjalan mempunyai badan yang lebih sihat, lebih tahan daripada serangan penyakit dan jika sakit akan cepat sembuh.

8. Sebenarnya, kita tidak perlu berjalan banyak, berjalan 30 minit sehari pun sudah mencukupi dan memberi kesan yang besar terhadap kesihatan kita.

9. Orang lelaki yang berjalan 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat dengan begitu ketara, dan mampu mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 60%.

jalan-kaki

10. Orang lelaki yang mengidap kanser prostat dan mengamalkan aktiviti berjalan setiap hari didapati dapat mengurangkan kadar kematian disebabkan kanser ini sebanyak 46%.

11. Berjalan juga membantu mencegah depresi (kemurungan), dan bagi mereka yang mengidap penyakit kemurungan ini mampu mengurangkan tahap kemurungan dengan berjalan. Ini disebabkan berjalan akan menggalakkan pengeluaran endorphins yang membantu seseorang itu berasa seronok, riang dan tenang.

12. Berjalan menguatkan jantung dan tulang.

13. Berjalan memperbaiki sistem peredaran darah.

14. Berjalan mampu menjana pengeluaran neurokimia positif jika dilakukan dengan seronok dan rela, bukan dipaksa-paksa. Kesannya akan menjadi lebih baik dengan bantuan amalan pemakanan sihat.

15. Kesan berjalan selama 30 minit sehari lebih baik berbanding kesan penurunan berat badan sebanyak 20 pound (9 kg) terhadap kesihatan tubuh.

16. Berjalan mengurangkan risiko darah beku atau tersumbat di kaki.

17. Orang yang berjalan secara regular mampu mengurangkan risiko mendapat thrombosis salur darah dengan ketara.

18. Orang yang suka berjalan akan kurang mendapat selesema berbanding dengan orang yang malas berjalan.

19. Berjalan selama 30 minit sehari itu tidak perlu dilakukan sekali gus. Ia boleh dilakukan selama 15 minit pada waktu pagi dan 15 minit lagi pada waktu petang atau malam. Kesannya adalah sama jika dilakukan 30 minit secara terus.

20. Apabila berjalan kita akan berasa sihat di samping membantu menyembuhkan penyakit lebih cepat kerana berjalan mampu memperbaiki tahap kesihatan dari segi biologi, fizikal, psikososial dan emosi.

Oleh itu, jadikan aktiviti berjalan sebagai amalan harian, sama ada di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat riadah. Berjalanlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari bagi mendapatkan manfaatnya.

Sumber: Email

Today’s Quote

“Anger ends in cruelty” ~ Indian Proverb

Pesanan Luqmanul Hakim

“Hai anakku! Seandainya ibu-bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibu-bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.” ~ Pesanan Luqmanul Hakim

Air rebusan daun parsley bersihkan ginjal secara semulajadi

Sebagai organ yang penting bagi menapis darah, ginjal juga menghadapi masalah pengumpulan garam, bahan toksik dan bahan buangan lain yang tidak diperlukan oleh badan.

Umum mengetahui bahawa daun parsley mempunyai banyak khasiat kerana ia kaya dengan sumber vitamin A, B, C dan K, serta mineral seperti zat besi, asid folik, kalsium, fosforus, manganese dan potassium yang mudah diserap oleh badan.

Selain daripada khasiat tersebut, air rebusan daun parsley juga mampu menyingkirkan garam, bahan toksik dan bahan buangan lain yang berkumpul di dalam ginjal secara semulajadi melalui air kencing.

Air rebusan daun parsley ini boleh disediakan seperti berikut:

Ambil secekak daun parsley, basuh bersih-bersih dan kemudian dipotong kecil-kecil. Rebus sehingga mendidih selama 10 minit, kemudian sejukkan dan tapis. Simpan dalam peti sejuk. Minum segelas sehari, anda akan rasa perbezaannya, in sya Allah.

Selamat mencuba!

parsley

Today’s Quote

“Be careful for deep water and dogs do not bark” ~ Indian Proverb

Hadis ~ Keadaan umat Islam akhir zaman

“Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi Muhammad SAW kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (HR Abu Daud)

Tahukah anda?

Maksimumkan khasiat air teh

Tahukah anda khasiat air teh mampu dimaksimumkan dengan mencampurkan jus lemon atau jus limau kerana jus sitrus ini mampu meningkatkan penyerapan antioksidan yang sedia ada di dalam air teh. Antioksidan ini perlu bagi melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit, kesan pencemaran dan melambatkan proses penuaan.

Lemon_tea_squared_circle

Today’s Quote

“Better to be slapped with the truth than kissed with a lie.” ~ Russian Proverb