Subhanallah! Liang Lahad Bercahaya

Malaysia dikejutkan dengan berita yang tersebar di internet bahawa terdapat jenazah seorang wanita berusia 35 thn yang kuburnya bercahaya. Jenazah adalah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, selepas asar.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52 pagi (Ahad) kerana menghidap kanser payudara dan telah merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Ia merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir” LAAILLAH HAILLALLAH” selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.

Mungkin inilah hadiah kepada orang yang mulutnya tidak berhenti zikir semasa hidupnya.

kubur berchaya 4

Semoga ini menjadi contoh teladan kepada kita semua…

kubur bercahaya 2

Sumber: Harian Metro

Berikut adalah perkongsian paparan dari fb arwah Adzlin Lin Halimi yg kuburnya dikatakan bercahaya.

fb arwah

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah…

Subhanallah! 16 Mayat dikebumikan 8 – 11 tahun lalu masih utuh

Kerja-kerja  pengalihan kubur dari Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Gemereh, Segamat yang bermula pada 6 November 2013 untuk memberi laluan kepada Projek Pelebaran Jalan Segamat-Ledang telah menggemparkan penduduk kampung kerana sebanyak 16 mayat terdiri daripada 2 janin dan 14 dewasa daripada kubur yang digali didapati seperti baru dikebumikan dengan kain kafan yang tidak terjejas langsung, walaupun mayat-mayat tersebut telah dikebumikan dari 8 hingga 11 tahun dulu.  Bukan itu saja, kawasan perkuburan pun berbau wangi semerbak sebaik saja mayat-mayat tersebut dikeluarkan…. Subhanallah.

jenazah segamat

Di antara mayat yang dikenali ialah mayat Haji Md Raof dan isterinya yang telah dikebumikan 11 tahun dulu. Kedua-duanya menjadi guru mengaji Al-Quran semasa hidupnya. Satu lagi mayat yang dikenali ialah mayat Maheran yang telah dikebumikan 8 tahun lalu. Menurut menantunya, Abdullah,  arwah Maheran mengamalkan bacaan zikir selepas bangun tidur, tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir, sangat taat kepada suaminya, sentiasa pergi ke masjid, mengajar mengaji anak-anak jiran tetangga dan sering bersedekah.

Mari kita jadikan teladan dan peringatan apakah  amalan-amalan yang dilakukan oleh mayat-mayat tersebut semasa hidupnya, sehingga bumi pun menghormati mayat mereka. Subhanallah.

Sumber

Subhanallah! Paku pakis membentuk kalimah Allah

Subhanallah! Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu. Paku pakis di tebing sungai ini membentuk kalimah Allah.

lumut allah

Pisang Belalai Gajah

Tahukah anda di Malaysia juga terdapat pisang yang aneh dan menakjubkan di mana setandan pisang yang panjang sehingga mencecah tanah, mengandungi buah yang sangat banyak dan bersaiz kecil. Nama Pisang Belalai Gajah ini adalah berdasarkan kepada bentuk tandannya dan panjang ke bawah menyerupai belalai gajah.

pisang belalai gajah combine

Diberitakan, pisang ini terdapat di beberapa tempat di Malaysia termasuk di Pahang, di Lenggeng (Negeri Sembilan), Sungai Besar (Selangor) dan beberapa negeri lain. Di Pahang buah Pisang Belalai Gajah ini juga digunakan sebagai bahan membuat puding bagi santapan Diraja di Istana Sultan Pahang yang unik.

Pisang Belalai Gajah ini juga terdapat di kawasan tropika lain dan di sesetengah tempat ia dijadikan pokok pisang hiasan. Ketinggiannya lebih kurang 5 kaki 6 inci.

pisang belali gajah

Bentuk pulau semulajadi pelik dan unik

Mari kita lihat 13 buah pulau semulajadi yang berbentuk pelik dan unik di seluruh dunia …. Subhanallah!

1. Bentuk jantung

Pulau yang berbentuk jantung ini merupakan pulau semulajadi yang dikenali sebagai Galešnjak, iaitu pulau persendirian di Laut Adriatik, terletak di perairan pantai Croatia, berdekatan dengan bandar Turanj.

2. Bentuk Sperma

Pulau ini berbentuk macam sperma yang sedang berenang dalam laut biru. Gambar ini diambil oleh Simone Preuss semasa penerbangan antara Eropah dan Jepun.

3. Bentuk pokok

Pulau berbentuk sebatang pokok ini terletak di luar pantai Cornwall, Isles of Scilly.

4. Bentuk Lobak Merah

Pulau berbentuk sebatang lobak merah ini diambil oleh jurugambar, Badruddeen, semasa beliau baru berlepas dari Male International Airport, Maldives.

5. Bentuk Topeng Venetian

Pulau yang berbentuk topeng Venetian ini sebenarnya adalah Pulau Huvahendhoo iaitu salah satu daripada ribuan pulau terumbu karang Maldives. Makdives mempunyai sejumlah 1,190 pulau terumbu karang di atas keluasan lebih kurang 90,000 km persegi dan merupakan negara terendah di dunia, iaitu purata 1.5 m dari paras laut. Pemanasan global yang meninggikan paras laut akan menenggelamkan pulau-pulau di Maldives secara perlahan-lahan.

6. Bentuk paru-paru

Pulau berbentuk paru-paru beserta trakea, bronkus dan bronkiol menjadikannya kelihatan seperti paru-paru hijau dari pandangan udara.

7. Bentuk Ikan Pari

Pulau berbentuk ikan pari yang sedang berenang ini terletak di Laut Kattegat, di luar pantai utara Pulau Funen (pulau ketiga terbesar Denmark).

8. Bentuk gambar karton

Pulau berbentuk gambar karton ini terletak di Lautan Hindi dan Flores, Banda, Sawu dan Laut Timor, Indonesia.

9. Bentuk Mata

Pulau berbentuk mata lengkap dengan retina dan iris terletak di Maldives. Gambar ini diambil oleh jurugambar Mohamed Shareef.

10. Bentuk kuda laut

Pulau berbentuk kuda laut ini dinamakan Pulau Isabela yang merupakan pulau terbesar di Kepuluan Galapagos. Pulau ini terbentuk daripada letusan gunung berapi berjuta tahun dulu

11. Bentuk Boomerang

Pulau yang berbentuk boomerang ini terletak di tengah-tengah Laut China Selatan, dilihat dalam penerbangan dari Manila ke Kuala Lumpur, selepas 45 minit berlepas dari Manila. Pulau terumbu karang ini termasuk dalam Kepulauan Spratly yang mengandungi 750 pulau-pulau kecil, terumbu karang dan pulau-pulau besar. Gambar ini diambil oleh Earl (jurugambar).

12. Bentuk ikon senyum (smiley)

Pulau berbentuk ikon smiley (senyum) dari pandangan udara ini terdiri daripada 3 pulau iaitu Pulau Manukan, Mamutik dang Sulung yang terletak dalam perairan Malaysia.

13. Bentuk Ikan Dolphin

Pulau berbentuk ikan dolphin tengah meloncat ini adalah pulau terumbu karang yang terletak di luar pantai utara Pulau Flores, Indonesia

Sumber

Fenomena Buruj Orion pukul 1:00 pagi 4/10/2012

Subhanallah, satu lagi fenomena alam bakal berlaku pada pukul 1:00 pagi (4/12/2012) nanti di Malaysia, insyaAllah, iaitu Fenomena Buruj Orion (orang Melayu kata “Bintang Tiga”).

Ia juga boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat secara semulajadi.

Sesiapa yang tidur lewat bolehlah menyaksikannya…. harap2 langit tak mendung malam ni.

Sumber maklumat

Fenomena Halo matahari di Kuala Lumpur hari ini 2/10/2012

Alhamdulillah, tengahari tadi (2 Oktober 2012) saya sendiri, buat pertama kalinya, dapat menyaksikan fenomena Halo Matahari yang terjadi di kawasan Kuala Lumpur, Malaysia. Ia suatu fenomena yang sangat indah, Allahu Akbar!!!

Apakah yang dimaksudkan dengan Fenomena Halo Matahari?

Halo matahari ialah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari. Ia terjadi disebabkan titisan-titisan air yang berada di udara (lapisan troposfera atas pada ketinggian 5-10 km) di kawasan di mana terjadi halo tersebut mula membeku (kerana terlalu sejuk) menjadi ais kristal. Ais kristal ini membiaskan cahaya matahari sehingga menjadi warna pelangi yang membentuk bulatan di keliling matahari.

Sumber gambar

Kalimah Allah pada daging korban

Subhanallah! Satu lagi kalimah Allah tertera pada daging korban. Begitulah Allah mempamerkan namaNya pada makhlukNya. Wallahu a’lam.

Kalimah Allah pada daging korban

KEMAMAN – Gambar ini dikirim oleh seorang pembaca HMO. Kejadian ini berlaku pada pagi tadi ketika sedang memotong daging. Semasa sedang memotong daging untuk dijadikan lauk, beliau terperasan di mana urat daging itu seakan-akan tertera kalimah Allah. Kejadian ini berlaku di Kemaman, Terengganu.

Namum, setelah dipotong beberapa keping lagi dagaing tersebut, kalimah Allah itu masih jelas kelihatan. Menurut pembaca itu lagi, daging tersebut adalah daging korban yang diterima pada Hari Raya Aidiladha yang lalu (1433H).

Sumber berita

Subhanallah! Cahaya tembus dari langit

Mari kita kongsi fenomena cahaya yang kelihatan seolah-olah tembus dari langit melalui awan tebal yang jarang berlaku. Maha Suci Allah yang menunjukkan kebesaranNya melalui ciptaanNya, Allahu Akbar!

Subhanallah! Cahaya Menakjubkan Tembus Dari Langit

June 13th, 2012

Sumber berita

Satu fenomena cahaya menakjubkan tembus dari langit telah berlaku sebelum ini, di mana terjadinya cahaya matahari yang menembusi awan dari langit. Kejadian seperti ini amat jarang sekali berlaku.

Pernahkah anda melihat satu cahaya yang menembusi langit seperti gambar di bawah ini. Cahaya menakjubkan ini bukan lagi misteri. Fenomena yang jarang terjadi ini sangat menarik sekali apabila dilihat.

Lubang dari awan yang padat menutupi cahaya matahari menghasilkan cahaya seperti sportlight yang terbesar di dunia. Jom lihat gambar di bawah ini.

Subhanallah! Salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Jelas kelihatan fenomena ini amat jarang sekali dilihat oleh ramai orang. Cahaya yang tembus amat menarik sekali dilihat jika ia berlaku ketika hampir waktu senja.

Kalimah Allah pada ikan

Satu lagi kalimah Allah yang tertera pada badan ikan kecil ini…. Subhanallah, Allahu Akbar.