Hadis ~ Dua perkataan mudah tapi berat timbangannya

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Dua perkataan yang ringan di bibir tetapi berat di neraca timbangan dan yang paling dicintai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah Subhanallahi wabihamdih Subhanallahil azhim.” (HR Bukhari dan Muslim)

Minuman ringan diet, baik atau buruk?

Minuman ringan (minuman bergas) biasa mengandungi banyak gula dan kalori yang menjadikan seseorang itu gemuk dan berisiko mendapat diabetes. Namun begitu, minuman bergas jenis diet atau kononnya dilabelkan sebagai tanpa kalori atau berkalori rendah juga menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk.

Banyak kajian menunjukkan kesan yang sama dipamerkan oleh minuman gas biasa dengan minuman gas jenis diet, seperti kegemukan dan selalu rasa lapar, kenapa ini berlaku?

Pengambilan banyak fruktos (sejenis gula ringkas), pemanis/gula tiruan dan gula alkohol (sejenis gula tiruan berkalori rendah) akan mengganggu aktiviti bakteria berfaedah dalam usus, yang seterusnya juga akan mengganggu metabolisme badan dengan memberi signal yang salah di mana sepatutnya signal mengatakan seseorang itu sudah kenyang, tetapi sebaliknya memberi signal yang ia masih lapar. Ini akan menyebabkan seseorang itu rasa hendak makan lagi.

Minuman bergas jenis diet juga memberi kesan buruk jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Asid lemak yang dihasilkan semasa pencernaan gula atau pemanis tiruan akan menyebabkan radang di lapisan usus, berisiko mendapat diabetes Type 2, strok dan penyakit jantung.

Oleh itu, bagi menjaga kesihatan, jangan mudah terpedaya dengan iklan syarikat minuman ringan bergas diet yang kononnya tiada kalori atau berkalori rendah dan dapat menguruskan badan. Ini semua adalah gimik perniagaan sahaja dan jauh dari kebenaran. Jangan amalkan minum air minuman bergas diet kerana ia lebih mudharat dari segi kesihatan.

Maklumat seterusnya boleh didapati di link berikut:

Sumber

Hadis ~ Ujian bagi umat Nabi Muhammad SAW

“Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan.” (HR Tirmizi)

Tangisan

Setiap manusia pasti akan menangis, sejak lahir ke dunia hinggalah meninggalkan dunia. Memangis pun banyak peringkatnya, sama ada menangis di dalam hati tanpa diketahui orang lain, menangis sekadar linangan air mata, menangis terisak-isak, menangis sambil merengek macam budak kecil, menangis menjerit, menangis dengan meraung-raung macam hilang akal lebih-lebih lagi jika berlaku peristiwa yang menyayat hati seperti kematia atau tragedi lain, dan berbagai-bagai lagi.

Ketika lahir, bayi akan menangis kerana dengan menangis bayi akan mula bernafas dan paru-parunya mula berfungsi manakala orang sekelilingnya bergembira. Sebaliknya, semasa meninggal orang sekelilingnya pula yang menagis mengiringi pemergiannya.

Sebagai manusia, kita tidak akan dapat mengelak untuk mengalami beberapa jenis tangisan berikut. Tentunya ada jenis tangisan yang diredhai dan disukai Allah, seperti tangisan taubat, kasih sayang, dsb. dan ada jenis tangisan yang dilaknat dan dimurkai Allah SWT yang perlu kita hindari, seperti menangisnya orang munafik, dsb.

“Kata Ibnu Qayyim: 10 jenis tangisan, iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ngikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis..”

Kurangkan sakit kepala, jet lag dan sakit perut dalam perjalanan

Mari kita berkongsi petua daripada Dr. Mao bagi mengurangkan sakit kepala, jet lag dan sakit perut semasa dalam perjalanan jauh, sama ada naik kapalterbang atau naik kenderaan darat yang lain (kereta/bas/keretapi).

Secara ringkasnya, 4 petua yang disarankan oleh Dr. Mao ialah:

1. Tekan di belakang kepala, iaitu di pangkal tulang tengkorak yang dikenali sebagai kolam angin (wind pond) seperti dalam gambarajah di bawah ini dengan ibu jari bagi meringankan atau melegakan sakit kepala, pening dan buang angin.

2. Ringankan jet lag dengan pengambilan suplemen vitamin B atau makanan yang mengandungi vitamin B seperti brokoli, beets, pisang, strawberries, telur, yis dan kacang hijau.

3. Makan halia atau makanan berhalia kerana ia dapat melindungi serta mengurangkan rasa loya, mabuk angin, alergi atau sakit perut/perut memual semasa dalam perjalanan jauh. Halia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.

4. Bawa makanan ringan yang berkhasiat dan segar serta air masak/air mineral bersama semasa dalam perjalanan bagi mengelakkan rasa yang terlalu lapar. Rasa lapar juga boleh menyebabkan pening, sakit kepala perut memual.

Untuk perincian, sila baca artikel berikut….

Travel Tips: Relieve Headaches, Jet Lag, and Digestive Issues

By Dr. Maoshing Ni
Jul 20, 2012

Summertime is here, whica h for most of us, means we are planning a vacation or weekend getaway! Travel and recreation are lots of fun, so don’t let a headache, jet lag, or upset stomach get you down. Here are 4 helpful tips and remedies to help prevent and relieve the illnesses that can creep up on you as a traveler, so you’ll be at your peak all summer long!

1. Press Here to Relieve Headaches

Whether it’s the airplane altitude or your kids asking “are we there yet?” for the millionth time, a headache can creep up during times of travel. Other culprits could be allergies, dehydration, lack of sleep, a cold, or some deeper condition. When you experience a headache, blood vessels are contracting and producing pressure, inflammation, and pain. In traditional Chinese medicine, we view this as a signal from the body that there is a blockage of energy and blood. Stimulate your energy and help relieve the pain with acupressure! This is the ideal on-the-go treatment for headaches, because you don’t need anything but your own two hands.

• Wind Pond Acupressure Point

This Wind Pond (GB-20) point clears the head, benefits the eyes, nose, and ears, and is a very effective pain reliever. You can find this point in the natural indentation at the base of your skull on both sides of your neck (see illustration above). With your thumbs, press and lift up the base of your skull and lean your head back. Use your head’s weight against your thumbs for a steady pressure. Hold for about 5 minutes. Breathe deeply and slowly while you are pressing the acupoint.

So forget over-the-counter painkillers, and try using acupressure instead! It goes wherever you go and there are numerous acupressure points that will help free up your energy blockages and alleviate pain in minutes. Isn’t that wonderful news? To learn more acupressure points to relieve a variety of health conditions, I recommend you read my newly released eBook, Secrets of Longevity: Acupressure Healing.

2. Alleviate Jet Lag with Vitamin B

When we have jet lag, it means that our natural body’s clock–our circadian rhythm–has been disturbed, which puts a lot of stress on our nervous system. Some research has shown that taking a good amount of stress-busting vitamins like B complex a couple days before the trip, during, and a few days afterwards can help your body cope with the stress of long-distance travel. Consider taking supplements or eating foods that are high in B-vitamins, like broccoli, beets, bananas, strawberries, eggs, brewer’s yeast, and mung beans. Also choose nuts, fish, and other foods that are high in tryptophan, an essential amino acid that helps relax the nervous system. Make sure that you are exposed to plenty of natural light and maintain physical activity before, during, and following your trip.

3. Restore Your Stomach with Ginger

Not only is ginger delicious and stimulating, it will do wonders to protect or relieve you from nausea, motion sickness, allergies, and even the common cold! Ginger will act on your side in two ways: firstly, by strengthening your immune system against future breakdowns, and secondly, by settling your stomach and providing gentle mental stimulation to help you settle the discomfort. The best way to consume ginger is by making a tea by boiling 3 slices of fresh ginger in water—add two ice cubes to make a cool tea for a hot summer day! On the go? Bring ginger tea bags or ginger supplements with you.

4. Stave Off Cravings and Pack a Snack!

When you’re traveling, you never know when you’re going to experience a sudden pang of hunger, or what type of food will be available. I always have healthy snacks with me for my family and myself: trail mix, fresh fruits, and veggies that are easy to eat on the spot. Bring along fresh cherry tomatoes, carrots, cucumbers, an avocado, or a peach! Dip broccoli in an organic, all natural peanut butter. Accompany this with some dried fruits and nuts in the form of a home made trail mix. These will give you a boost of energy, fill you up, and do wonders for your health! Make sure that your trail mix is free of added salts and sugars.

We also make sure to have plenty of filtered water when we travel, which we carry around in glass bottles. It is less expensive, and may be even healthier than bottled water; research has found bottled water to be almost the same a tap water, which can be contaminated with harmful substances even when it is from areas with strong infrastructures. Stay hydrated to beat the heat and travel with comfort!

May you live long, live strong, and live happy!

—Dr. Mao

Source

Wirid Menghilangkan Keletihan dan Melipat Bumi

Mari kita berkongsi wirid untuk menghilangkan rasa keletihan dan melipat bumi. Wirid ini adalah salah satu daripada khazanah ilmu peninggalan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang ingin mengamalkannya…..

Kredit kepada Tn. Adnan Dahalan

Hadis ~ Orang mukmin sentiasa diuji sebagai penghapus dosa

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” (HR Tirmizi)

Perbezaan antara sakit kepala migrain dengan sakit kepala sinus

Di antara sakit kepala yang biasa di kalangan kita ialah sakit kepala disebabkan migrain dan sakit kepala disebabkan sinus. Adakah kedua-duanya sama atau berbeza?

Sebenarnya banyak persamaan simptom asas di antara kedua-dua jenis sakit kepala ini, namun terdapat juga simptom khusus bagi mengenalpasti jenis sakit kepala tersebut. Mengetahui jenis sakit kepala yang betul adalah penting kerana ia berkait rapat jenis rawatan dan ubat yang harus diberikan.

Di antara simptom sama yang dikongsi oleh kedua-dua jenis sakit kepala ini ialah sakit kepala terutamanya di dahi yang disertai dengan gatal mata atau mata berair dan sakit ini dikaitkan dengan pergerakan.

Bagi sakit kepala migrain ditambah dengan simptom khusus iaitu rasa loya atau muntah, sensitif kepada bunyi atau cahaya, dan sakit kepala berdenyut yang teruk di sebelah kepala sahaja.

Sakit kepala sinus selalunya disebabkan oleh infeksi dan radang (bengkak) di laluan hidung dalam (nasal) yang biasanya menunjukkan simptom hidung tersumbat (sesak) di samping terasa sakit dan tekanan ke atas dahi dan di belakang tulang pipi.

Oleh kerana penyebab sakit kepala berbeza, maka rawatan dan ubat untuk mengurangkan sakitnya juga berbeza. Bagi sakit kepala migrain, yang penting ialah menghentikan atau mengurangkan rasa sakit dengan makan ubat (contoh triptans) dan hindari penyebab kepada migrain tersebut.

Bagi sakit kepala sinus, ubat diperlukan bagi mengurangkan hidung tersumbat dengan cara melegakan laluan nasal di samping ubat penahan sakit atau antibiotik (nasal steroids).

Rujukan

Hadis ~ Tadarus Al-Quran secara berterusan setiap malam Ramadhan

Abdullah Abbas berkata: “Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran dan Rasulullah lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat daripada angin yang berhembus.” (HR Bukhari)

Diabetes dan kesihatan gusi

Diabetes dan kesihatan gusi

Diabetes yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko masalah kesihatan gusi, antaranya ialah:

1. Lambat sembuh selepas menjalani pembedahan gusi/gigi.
2. Infeksi (jangkitan) fungus.
3. Mulut kering.
4. Gigi berlubang.

Dengan kata lain, jika kesihatan mulut dan gigi dijaga dengan baik, makan risiko masalah kesihatan gusi dapat dikurangkan. Diabetes menyebabkan badan kurang berupaya menentang infeksi kuman yang menyebabkan masalah gusi yang teruk.

Terdapat beberapa peringkat penyakit gusi. Peringkat awal penyakit gusi dikenali sebagai gingivitis di mana gusi bengkak, lembut dan berdarah terutamanya semasa memberus gigi atau floss.

Gingivitis (gusi bengkak)

Peringkat seterusnya, gusi mula kelihatan terasing daripada gigi dan kemudian membentuk poket yang boleh mengumpulkan bakteria dan menyebabkan infeksi. Jika infeksi ini tidak dirawat, ia akan merosakkan tulang gusi. Jika terdapat infeksi seperti ini, pembedahan adalah diperlukan.

Bagi pengidap diabetes, pembedahan oral ini biasanya lambat sembuh, oleh itu biasanya doktor gigi akan membekalkan antibiotik dan bagi pengidap diabetes pula perlu mengawal kandungan gula sebelum dan selepas pembedahan bagi mempercepatkannya sembuh.

Pengidap diabetes juga menghadapi risiko infeksi fungus dalam mulut yang dikenali sebagai oral candidiatis, terutamanya bagi mereka yang memakai gigi palsu.

Mulut kering atau xerostomia juga merupakan masalah bagi pengidap diabetes di mana air liur kurang dikeluarkan. Ini menyebabkan bakteria menyerang tisu mulut atau gusi yang mudah luka dan bengkak, dan akhirnya gigi mudah reput.

Apa yang perlu dilakukan oleh pengidap diabetes?

1. Jaga kesihatan mulut, gusi dan gigi, berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
2. Kumur dengan cecair kumuran mulut antibakteria yang banyak terdapat dalam pasaran bagi mengurangkan pengumpulan plak di gigi dan gusi oleh bakteria.
3. Selalu periksa mulut dan jika ada tanda pendarahan gusi, pengidap diabetes perlu jumpa doktor gigi dengan segera sebelum ia melarat dan sukar dibendung.
4. Bersihkan gigi di klinik pergigian setiap 3-6 bulan.
5. Pastikan pengidap diabetes memberitahu doktor gigi yang dia mengidap diabetes semasa membuat pemeriksaan, rawatan atau pembedahan gigi supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil oleh doktor gigi.

Rujukan