Bismillah 5 – Penyembuh pelbagai penyakit

Amalkanlah doa Bismillah 5 ini sebagai Syifa’ atau penyembuh penyakit. Saya telah lama mengamalkanynya dan Alhamdulillah memang berkesan…. Mengamalkan doa ini hendaklah yakin sepenuh hati bahawa Allah Taa’lalah Yang Menyembuhkan dan memberi kesihatan yang baik.

Bismillah 5

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

Maksudnya:

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:

* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar sakit perut.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh.

Sumber gambar

7 Responses

  1. tiup atas air .kemudian air nk wat ape ?

  2. Salam..jika sakit nie di bahagian dlm bagaimana ya?susah nak bernafas

  3. minta share…tq

  4. Ijin mengamalkan nya

  5. baca 7 kali tu dalam satu kali nafas ke?

Leave a comment