Hadis Qudsi – 52 ~ Jangan mengundang bala Allah SWT

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Sesungguhnya Aku hampir-hampir akan menimpakan siksa ke atas penghuni bumi, kemudian apabila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid-Ku), dan juga kepada mereka yang beristighfar di waktu fajar, maka Aku pun mengalihkan siksa-Ku daripada mereka.” (Riwayat Baihaqi)

Pengajaran: Jangan mengundang bala dan siksa Allah SWT dengan melakukan pelbagai maksiat dan segala laranganNya, sebaliknya makmurkanlah masjid-masjid dan beristighfarlah setiap pagi dan petang…

Leave a comment