Hadis Qudsi ~ Ikhlaskan amalan untuk Allah semata-mata

Berkata adh-Dhahhak r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Akulah sebaik-baik sekutu! Barangsiapa yang menyengutukan yang lain dengan Aku, maka hendaklah dia bergantung dengan siapa yang disekutukannya itu. Wahai manusia! Ikhlaskanlah segala amalanmu itu untuk Allah! Sebab Allah tiada menerima apa amalan pun, melainkan amalan yang diikhlaskan untukNya. Dan janganlah kamu mengatakan yang ini untuk Allah, dan yang itu pula untuk kerabat, kerana sebenarnya semua itu adalah untuk kerabat dan tiada sedikitpun untuk Allah. Dan janganlah kamu mengatakan juga, semua ini adalah untuk Allah dan untuk diri sendiri (supaya orang dapat melihat dan memuji), kerana sebenarnya semua itu adalah untuk kepentingan diri kamu sendiri, dan tiada sedikit pun untuk Allah.” (Riwayat Bazzar)

Leave a comment