Syariat, Tariqat dan Haqiqat

“Imam Malik r.a. pernah berkata:
(Ertinya): “Siapa yang (beramal) dengan fiqah tanpa tasawuf maka ia jadi fasik, siapa yang bertasawuf sahaja tanpa fiqah maka ia jadi zindik, dan siapa yang telah (beramal) dengan memadukan kedua-duanya maka ia telah sampai kepada hakikat.”

tasbih

Al-Syariah itu adalah seperti kapal laut, iaitu menjadi sebab yang membawa kepada tercapainya maksud dan selamat daripada kebinasaan. Al-Tariqah pula seperti lautan yang terdapat di dalamnya berbagai bahaya yang menjadi tempat yang (mesti dituju dan dilalui) untuk sampai kepada maksud. Al-Haqiqah pula adalah seperti butir mutiara yang sangat berharga yang tidak tercapai kecuali di dalam lautan. Tentulah tidak boleh (lalu) di lautan itu kecuali dengan kapal laut. Maka, sesiapa yang melihat (dan merasakan) semua haqiqat sesuatu itu secara “billah” atau dengan kehendak, daya dan kekuasaan Allah SWT semata-mata, tahulah ia bahawa al-syariah dan al-haqiqah itu adalah sentiasa berkait rapat antara satu sama lain, seperti air bagi pokok dan ruh bagi jasad. Al-syariah adalah pokok, al-tariqah adalah dahan-dahannya, dan al-haqiqah adalah buah-buahnya. ~ Petikan Buku Membentuk Jiwa Sufi

Leave a comment