Hadis Qudsi ~ Balasan orang yang dibenci oleh Allah SWT

Berkata Jabir r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku membalas orang-orang yang Aku benci dengan orang-orang yang Aku benci, kemudian Aku seret mereka sekalian ke dalam neraka.” (Riwayat Thabrani)

Hadis Qudsi ~ Luasnya pengampunan Allah kecuali syirik

Berkata Abu Zar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Satu kebajikan diganda dengan sepuluh kali ganda, atau Aku tambah lebih dari itu. Dan satu kejahatan tetap satu ataupun Aku mengampunimu daripadanya. Andaikata seseorang itu menemuiKu dengan seisi bumi kesalahan, tetapi dia tidak mengongsikan yang lain dengan Aku, nescaya Aku akan menemuinya […]

Hadis Qudsi ~ Ganjaran melakukan kebajikan

Berkata Abu Zar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Satu kebajikan (diganda) menjadi sepuluh, dan Aku menambah lagi, sedang satu kejahatan itu dikira satu saja, ataupun Aku akan mengampuninya, walaupun dia (hambaKu) itu akan menemuiKu dengan seisi bumi kesalahan. Barangsiapa bercita-cita untuk membuat kebajikan, lalu terhalang untuk membuatnya, akan ditulis baginya […]

Hadis Qudsi ~ Puasa benteng api neraka

Berkata Basyir bin Al-Khashashiyah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Puasa itu adalah benteng dari api neraka. Puasa itu juga bagiKu, dan Aku akan membalasnya sendiri. Dia telah meninggalkan hawa nafsunya dan makan minumnya kerana Aku. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau […]

Hadis Qudsi ~ Sangkaan hamba terhadap Allah SWT

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya dan Hakiim)

Hadis Qudsi ~ Apabila manusia mendapat bala

Berkata Abu Umamah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Wahai MalaikatKu! Pergilah kepada hambaKu (si fulan), dan timpakan ke atasnya bala, maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya, dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan:” Wahai Tuhan kami! Kami telah timpakan bala ke atasnya sebagaimana yang Engkau […]

Hadis Qudsi ~ Allah sentiasa bersama orang yang mengingatiNya

Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku Ada bersama hambaKu, ketika dia mengingatiKu dan bergerak kedua bibirnya (untuk mengingatiKu).” (Riwayat Abu Daud)

Hadis Qudsi ~ Ganjaran orang berjihad fi-sabilillah

Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Sesiapa saja dari hamba-hambaKu yang keluar berjihad fi-sabilillah untuk memperoleh keredhaaanKu, nescaya Aku menjamin kembalinya. Sama ada Aku kembalikannya dengan ganjaran atau ghanimah (harta rampasan perang), ataupun, jika Aku menahannya (mengambil nyawanya), nescaya Aku akan mengampuninya, merahmatinya serta memasukkannya ke dalam syurga.” […]

Hadis Qudsi ~ Allah mengikut sangkaan baik atau buruk

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu. Jika dia menyangka yang baik, dia yang dapat. Dan jika dia menyangka yang buruk, dia juga yang dapat.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Hadis Qudsi ~ Harta yang dibelanjakan akan ditambah

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Belanjakanlah (hartamu), nescaya Aku akan menambah perbelanjaan kepadamu.” (Riwayat Ahmad)