Wirid murah rezeki supaya mudah melunaskan hutang

Doa yang dipetik daripada Surah Ali-Imran, ayat 26-27 yang biasa dibaca dalam wirid selepas solat, boleh dijadikan wirid harian bagi melapangkan rezeki supaya mudah melunaskan hutang yang banyak, insya Allah.

Rasulullah SAW telah mengkhabarkan kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. akan kelebihan wirid tersebut. Baginda juga telah memberikan sebuah doa kepada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah r.a. Dan doa itu mengandungi khasiat yang sama seperti wirid yang telah diajarkan kepada Muaz Bin Jabal.

Kisah yang diceritakan…

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah SAW menegur Saidina Muaz Bin Jabal r.a. selepas selesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang Yahudi. Aku dikurung di rumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Saidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terus terang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasulullah SAW tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saidina Muaz dan berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saidina Muaz bersungguh-sungguh.

Rasulullah SAW pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu, sehingga Saidina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Inilah ayatnya:

Surah Ali Imran Ayat 26:

Maksudnya: “Katakanlah, “Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau Kehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau Kehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau Kehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau Kehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Surah Ali Imran Ayat 27:

Maksudnya: “Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan.”

Berkat daripada kata-kata Rasulullah SAW tersebut, akhirnya Saidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan kejayaannya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.

Oleh itu, mari kita amalkan wirid ini, semoga kita semua dihindari daripada termasuk dalam golongan orang yang banyak hutang….wallahu a’lam.

Petikan oleh: Muhammad Widad

22 Responses

  1. Terima kasih kerana berkongsi wirid utk melunaskan hutang. Selepas terbaca ttg wirid ni, saya telah mengamalkan setiap selepas solat. Alhamdulillah, dgn izinNya, satu persatu hutang kad kredit dan juga hutang bank dapat diselesaikan. Alhamdulillah, lega sgt slps selesaikan hutang.

  2. agak susah baca ayatnya… ada bahasa indonesianya?

    • Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia bukankah hampir serupa? Maaf buk, saya nggak ngerti kalau ada yang lain dalam Bahasa Indonesia, mungkin bisa minta google tolong carilah…. 🙂

  3. Mohon share artikel ini dan terima kasih di atas perkongsian wirid ini…Insyaallah saya akan jadikan wirid ini amalan saya sehari-harian.

  4. tqsm,,amat berguna.

  5. bacaan doa ni selalu ayah saya amalkan. rupanya juga doa utk memudahkn byr hutang. apa yg saya baca sebelum ni ttg kelebihan lain. ni yg ayah saya suruh hafalkn selain doa lain. terima kasih dgn info no

  6. terima kasih …saya akan mencuba doa ini sebagai amalan doa harian

  7. Izin mengamalkan..

  8. Assalamu’alaikum wb…
    Terima ksh kerana sudi berkongsi…
    Tapi,, terus terang saya nyata kn yg saya tdk la fasih sgt dlm membaca bahasa jawi…
    Blh tk kalau bacaan wirid ini di terjemah kn dlm bahasa Malaysia…t/ksh…

    • Sebaik2nya ayat2 al-Quran dibaca dengan tulisan Arab jika tidak, bacaannya agak lari kerana Arab dan rumi tak sama sebutan dan mahrajnya.

  9. salam,
    mohon share utk amalan.

    tk

  10. tq berkongsi. Insyaallah akan diamalkan.

  11. trimaksh…sy cuba amalkan..stat dr saat ini (8/9/14) sy akan amalkan..insyaallah..
    dan setelah bjaya sy akan update cni..amin..doakan sy dpt slesaikan hutg2 sy..amin

  12. Mohon share..t.kasih..

Leave a comment