Hadis Qudsi – 70 ~ Kelebihan Wali Allah

“Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah swt berfirman: “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.” “Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku […]

Hadis Qudsi – 69 ~ Allah SWT mentakdirkan kebaikan dan kejahatan seseorang sekehendakNya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Akulah Yang Mencipta Kebaikan dan Kejahatan. Maka berbahagialah siapa yang telah Ku takdirkan kebaikan di tangannya, dan celakalah siapa yang telah Ku takdirkan kejahatan di tangannya.” (Riwayat Thabrani)

Hadis Qudsi – 68 ~ Allah mengampuni dosa selagi tidak syirik

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Akulah yang patut ditakuti, dan tiada dijadikan di sampingKu Tuhan yang lain. Barangsiapa yang takut hendak menjadikan di sampingKu Tuhan yang lain, maka patutlah Aku mengampuninya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi – 67 ~ Allah Berkuasa menutup dan mendedahkan rahsia kejahatan seseorang

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku lebih Pemurah dan lebih Pengampun daripada kemungkinan Aku menutup rahsia kejahatan seorang muslim, kemudian Aku mendedahkannya pula (di hari kiamat) sesudah Aku menutupinya. Aku masih terus mengampunkan hambaKu selagi dia memohon keampunan kepadaKu.” (Riwayat Hakim)

Hadis Qudsi – 66 ~ Allah bersama orang yang berkongsi

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Akulah pengongsi ketiga antara dua orang yang berkongsi, selama yang satu tiada mengkhianati temannya. Jika dia mengkhianatinya, keluarlah Aku dari antara keduanya.” (Riwayat Abu Daud dan Hakim)

Hadis Qudsi – 65 ~ Jangan menyengutukan Allah SWT

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Akulah yang paling tidak perlu kepda sekutu untuk bersekutu dengan Aku. Maka barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang dia menyengutukan yang lain dengan Aku, nescaya terlepaslah Aku daripadanya, dan biarkanlah dia tinggal dengan siapa yang dia sekutukan itu.” (Riwayat Muslim dan Ibnu […]

Hadis Qudsi – 64 ~ Taati Yang Maha Berkuasa

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku Al-Aziz (Maha Berkuasa)! Barangsiapa yang inginkan kemuliaan dunia dan akhirat hendaklah dia mentaati Yang Maha Berkuasa.” (Riwayat Khatib Bughdadi)

Hadis Qudsi – 63 ~ Jibril datang mengajar tentang Islam

“Dari Umar Ibnul-Khattab r.a. katanya: Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan […]

Hadis Qudsi – 62 ~ Setiap amalan bergantung kepada niat

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah […]

Hadis Qudsi – 61 ~ Allah Raja segala raja

Berkata Abu Darda’ r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Akulah Allah! Tiada Tuhan melainkan Aku! Aku Penguasa segala kerajaan dan Raja dari segala raja. Hati sekalian raja di dalam genggamanKu. Dan sesungguhnya sekalian hamba, jika mereka mentaatiKu, nescaya Aku akan menjadikan hati raja-raja mereka berbelas kasihan kepada mereka. Dan sesungguhnya jika […]