10 Tanda awal dan simptom Alzheimer

Alzheimer merupakan penyakit penurunan fungsi dan daya ingatan otak yang menyebabkan hilang ingatan (lupa), permulaan kepada nyanyuk dan perubahan mood yang ketara. Penyakit Alzheimer ini dimulai dengan hilangnya sedikit ingatan dan kebingungan, yang akhirnya menyebabkan kelemahan mental sehingga tidak dapat mengingat, berfikir, belajar, berimaginasi dan membuat keputusan yang betul.

Penyakit ini boleh menyerang sesiapa saja, dari umur 30an hingga 80an. Setakat ini belum ada ubat yang betul-betul boleh mengubati penyakit ini, walaupun ada rawatan yang dapat mengurangkannya.

Penyakit Alzheimer ini dipercayai adalah kombinasi antara genetik, gaya hidup dan persekitaran seseorang, yang merosakkan sel otak.

Kerosakan sel otak/saraf (neuron) pada pengidap Alzheimer disebabkan oleh dua struktur tak normal, iaitu plak dan tangles, yang membunuh sel saraf di dalam otak.

Struktur Plak adalah pengumpulan fragmen protein (beta-amyloid) di dalam ruang antara sel-sel saraf (neuron). Struktur tangle ialah fiber berpintal bagi protein yang dikenali sabagia tau yang berkumpul di dalam sel-sel neuron. Bagi pengidap Alzheimer, plak dan tangles ini tersebar di korteks otak.

plaques_and_tangles_border

Berikut dikongsikan tanda-tanda awal penyakit Alzheimer yang perlu diambil perhatian sekiranya ia berlaku di kalangan ahli keluarga. Dapatkan rawatan awal sebelum ia semakin parah….

10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:

1. Mudah lupa atau hilang ingatan

Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.

2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah

Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang dilakukannya.

3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.

Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.

4. Keliru dengan masa dan tempat

Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.

5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan

Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.

6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis

Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu benda.

7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu

Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap hari.

8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara

Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.

9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial

Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.

10. Perubahan mood dan personaliti

Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.

Sumber

7 Responses

  1. slm…
    nk tnya, klu yg b’umur 20-an, berisiko x utk dpt pnyakit alzheimer nie???

  2. gawat…dri 10 tnda2 d atas, sya ad 5 yg ccok…
    haha

  3. hmm…kalau yang berumur belasan tahun dah ada tanda-tanda macam di atas…ada risiko tak alami alzheimer???

  4. Good info…

  5. sy umur 28 tahun tanda tanta awal d atas 10 sy ada dan sy mula jadi pada usia 22 thn,hudup amat menyusahkan.soalan sy adakah amur semuda sy blh menghidap penyakit ini?

  6. Assalamualaikum…
    Ada alami masalah sakit alzhimer….pelbagai internatif diguna tapi tak berhasil….
    saya ada cara yang selamat dan berkesan…whatsapp 0176607841…insyaallah saya akan bantu dan guide anda hingga berjaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: