Apa itu Kolagen?

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.

Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas).

Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.

19 Responses

  1. Paling penting, yg berhubung dgn domba kolagen secara budaya dapat diterima dan bersertifikat Halal.

  2. thanks.. info yang berguna

  3. Bagaimana pula dengan kolagen daripada kacang soya?

  4. kalau molekul air zamzam begitu, air biasa maksudnya air mineral @ air RO bagaimana?

  5. Macam mana kita nak tahu kolagen yg di campur dlm kopi dan dijual dipasaraya tu, dari sumber halal ke haram?

    • Salam..buat masa sekarang ada syarikat melayu islam yg memasarkan produk kolegen yg dibuat dari ikan, saya sendiri beli untuk mengamalkan amalan pemakanan yg sihat dan memang kolegen amat2 membantu. saya berumur 38 tahun dan isteri saya 51 tahun, Alhamdulillah dgn pengambilan kolegen isteri saya masih mampu buat saya tersenyum gembira. boleh hubungi saya shamsudinbakri@gmail.com.. tq.

  6. Terima kasih atas info kolagen yang sangat berguna, Kolagen dari hasil laut(iKAN) sememangnya terbaik dan harus kita pastikan saiz molekulnya kecil, 1000 Dalton adalah yang terbaik untuk penyerapan lebih sempurna dan optimum.

    Saya nak share, produk yang baru dilancarkan di Malaysia oleh Shaklee Malaysia..

    Shaklee Collagen Powder>

    Hubungi saya untuk lebih info.

  7. […] kita fahamkan apa itu kolagen dan mengapa ianya diperlukan oleh tubuh badan..Saya petik dari sumber ini dan saya olah serba sedikit […]

  8. saya adalah seorang bekas pesakit cancer usus .enam tahun telah berlalu. kini berat badan saya naik mendadak hingga 84 kg. sedikit sebanyak membuatkan pergerakan agak terbatas . soalan: bolehkah saya mengamalkan produk diet yang mengandngi colagen. saya bimbang jika kandungan protein colagen akan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel canser. mohon penjelasan . tq

  9. Artikel yang menarik! mohon share link dlm blog saya. Terimakasih.

  10. tq share info yg menarik n full of knowledge… mohon share dalam blog saya ye… thanks again

  11. […] kita fahamkan apa itu kolagen dan mengapa ianya diperlukan oleh tubuh badan..Saya petik dari sumber ini dan saya olah serba sedikit […]

  12. Assalamualaikum..mohon share ye. terima kasih

  13. Info yang sangat bermakna buat saya, terima kasih. Lega saya telah memilih kolagen dr sisik ikan merah yang ternyata selamat dan berkesan.

    sini saya sharekan info kolagen yang saya amik.

Leave a comment