Hadis Qudsi – 45 ~ Ketamakan anak Adam

Berkata Abu Waqid Al-Laitsi r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Sesungguhnya Kami (Allah) turunkan harta untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Sekiranya anak Adam itu mempunyai satu lembah, nescayalah ia ingin mempunyai dua lembah. Sekiranya ia mempunyai dua lembah, ia hendak pula mempunyai tiga lembah. Dan tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah saja. Kemudian Allah akan mengampuni siapa yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Leave a comment