Hadis Qudsi – 42 ~ Sifat hamba yang mu’min

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Sesungguhnya hamba-Ku yaang mu’min tetap berada dalam kedudukan yang baik, dia sentiasa memuji-mujiKu, padahal Aku akan mencabut nyawanya dari jasadnya.” (Riwayat Ahmad)

2 Responses

  1. sill email lebih lanjut infomasi kepada say a.Terma Kasih.

    • Huraian ringkas:

      Hadis Qudsi ini menggambarkan kepada kita seolah-olah Allah Ta’ala merasa kesal sekali kerana terpaksa mencabut roh orang mu’min itu, padahal ia sentiasa memuji-muji Allah Ta’ala dan membesarkanNya, mengerjakan segala perintahNya dengan baik dan sempurna, dan menjauhi segala laranganNya dengan patuh dan rela. Mengapa ia mesti sampai mati? ini kerana mati itu tidak boleh tidak. Orang yang hidup mesti mati, tiada seorang pun yang dikecualikan daripada mati, kerana ia adalah satu-satunya jalan untuk membawa si mukmin tadi kepada kehidupan akhirat yang abadi di mana kenikmatannya tidak dapat dibayangkan (hidup di syurga). Tanpa mati seseorang itu tidak akan sampai ke syurga kerana mati itu adalah pintu untuk menuju ke syurga Allah SWT (petikan dari buku Analisa dan Komentar Hadis Qudsi oleh Syed Ahmad Semait).

Leave a comment